Monday, May 16, 2011

practical...ooh...practical

aku kat makbul nasik kandaq,penang...24hours buka..n free wifi..apa yg aku bole ckp,penat sgt...tp menarik..bole timba pengalaman bnyk2 sblm aku btl2 tempuh alam pekerjaan nant...huhu..tp,apa yg xmenariknya...xda internet untuk online,xda tv,dah tertinggal banyak episod cerita..huhu..nasib baek ada dpur serba lengkap,untuk kami memasak n membsrkn ag badan neh...huhu..tue ja dulu.nant2 online lg...da...=p

Sunday, May 1, 2011

Coretan Hatiku Buatmu

Bismillahirrahmaanirrahim...
Di malam yang sunyi,
Aku menulis untuk dirimu...

Jujur aku katakan, aku diselubungi rasa bersalah pada dirimu ketika ini. Kerana aku tidak berada bersamamu untuk memberi kata semangat padamu di kala kepayahan itu singgah dalam jalan hidupmu ketika ini. Setulusnya, aku sendiri merasakan diriku tidak layak dalam bab memberi kata-kata nasihat ketika ini. Aku cuba untuk menenangkan hatimu. Namun, aku sentiasa tersilap dalam mangatur kata-kata, seterusnya menambahkan lagi keserabutan hatimu. Ikhlas dari sudut hatiku, seribu kamaafan aku pohon darimu. Ketahuilah, andai dirimu terlalu lemah ketika ini, masih ada insan yang lagi lemah dari dirimu. Aku. Insan itu adalah aku. Andai kau rasa aku sentiasa tertawa, tertawa itu hanya pada zahirnya saja. Hanya Dia saja yang mengerti apa yang tersimpan di sudut hatiku.

Tapi aku masih ingat, di saat aku lemah, kadang-kadang kau hadir bertanya khabar. Dan kadang-kadang kata-kata kau memberikan aku semangat untuk terus bangkit dan kuat dalam menempuhi hidup ini. Terima kasih aku ucapkan. Aku terasa cukup bahagia apabila dirimu bertanyakan khabarku. Walaupun aku tahu, bahagiaku bersifat sementara..Mana mungkin aku sentiasa bahagia,kan?? Lumrah hidup manusia, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Begitu juga aku yang kerdil ini. 

Setiap kali aku mengenangkanmu, dalam setiap doaku, bibirku tidak pernah lekang dari menyebut namamu. Begitu payah untukku melenyapkan fikiran tentangmu. Hanya kepadaNya aku memohon...Kerana aku tahu, Dia sentiasa mendengar doaku. Sampailah satu ketika, aku mendapat panggilan darimu. Aku terasa begitu bahagia. Alasannya, aku tahu Dia mendengar apa yang aku pohonkan dan aku tahu kehidupanmu baik2 saja di sana. 

Aku berterima kasih pada Dia, kerana memberi aku kesempatan dalam hidup yang sementara ini, untuk mengenalimu. Dalam mengenalimu, aku banyak belajar dan berfikir tentang erti sebuah kehidupan ini. Ada manisnya, ada pahitnya, ada sendunya, dan ada tawanya. Itulah erti kehidupan bagi diriku. Insan yang aku hormati, ingatlah..dalam setiap doaku, akan ada terselit namamu. Terima kasih kerana sudi mengenaliku dari jauh, sudi bertanyakan khabarku walau seketika cuma, sudi memberikan daku semangat dan sudi berkongsi sedikit kebahagiaan untukku. Ya allah, jangan jadikan aku terlalu mengharap, kerna aku takut, seandainya aku dikecewakan, aku akan lemah, hilang arah dan pedoman kepadaMu...Aku tahu, Engkau sentiasa dihatiku, bersama hambamu yang lemah ini.

"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberikan mereka keceriaan dan kegembiraan." (Al Insan-ayat 11)

Maka, aku labuhkan tirai kata-kataku dengan sedikit kelegaan dihati..
Akhirnya terlafaz jua apa yang terbuku...


p/s: Maafkan aku...