Thursday, October 6, 2011

Demam


Assalammualaikum w.b.t

Baru hari ini aku dapat buka blog dan merayap-rayap ke blog2 yang lain, setelah 2 or 3 hari demam melanda. Sekarang pun masih ada rasa ketat-ketat hidung, lenguh-lenguh belakang...hukhukhuk...adoooiii, ai!! Lotih den!! Bosan sangat asyik terperap kat katil, tambahan pulak rindu gila nak merayau-rayau dan baca blog blogger-blogger yang laen...terutamanya blog Hami Asraff...huhuhu..Tapi, tak update blog plak saudara Hami Asraff nih. Mungkin busy barangkali. As a student, aku paham sangat la...Aku dapat pakej lengkap untuk ujian dari Allah kali neh...(demam+batuk+selsema)...menarik bukan?

Apakah yang membuatkan aku demam??Mungkinkah keadaan cuaca kat perlis neh? or sebab perubahan musim? cece...gaya-gaya perubahan musim tue, macam duduk kat London ja sebelum neh..haha..Mungkinkah berjangkit dari rumate aku yang baru saja lega demam..? Virusnya tempias kena aku..maklum saja lah duduk sebelah katil. Bleh lak virus tue merayap mai kat katil aku... Kalau lah aku nampak, aku penyet2 bagi lumat. Eeeeiii...geram!!

Ok, esok hari jumaat, dan hari yang paling ditunggu-tunggu untuk balik kampung. yeye....beshhhnya! Balik makan masakan kat rumah, tambah-tambah yang mama masak, mesti sembuh 100% punya...kan?? Air tangan ibu jugak ubat yang paling mujarab taw. Dengan pelbagai masalah dan keserabutan sepanjang minggu nih, aku bercadang nak rehat puas-puas sekejap...next entry, kita cerita lagi ok.

Jumpa lagi, ya...

Wassalam...=)

Hargailah Perasaan Orang Lain

Sering kita mentertawakan apa yang di lakukan atau apa yang ada pada diri seseorang,
tanpa kita sedari apa yang kita tertawakan itu telah menyakiti perasaan orang tersebut,
walau pun dengan kasar mata tidak terlihat, akan tetapi luka itu akan membekas si dalam hati,
bagaimana pun juga, manusia di berikan hati dan perasaan oleh ALLAH SWT
yang harus selalu kita jaga dan jangan sampai melukai perasaan itu,
serta jangan lah melihat seseorang dari pekerjaannya, 
tetapi lihat lah apa yang mampu kita berikan untuk nya,
kerana apa yang kita lakukan tak kan pernah sama oleh orang lain,
hargai lah itu kerana dengan menghargai apa yang di lakukan orang lain, 
maka kita akan dihargai oleh orang lain juga,
jangan lah pernah menghakimi seseorang walau pun itu hanya sebuah gurauan,
kerana tak selama nya gurauan itu adalah sebuah kelucuan
akan tetapi itu akan memberikan sebuah luka di hati yang sangat pedih

Doa HambaMu

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah,
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi wanita solehah dan baik budi serta akhlaknya.


Ya Allah,
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat….

Amin…

Sunday, September 25, 2011

Final Year

Assalammualaikum w.b.t



For this entry, aku nak story mory about final year. Bagi manusia yang bergelar mahasiswa or mahasiswi, mungkin depa(mereka) pernah rasa or akan rasa debaran tempoh final year. Bagi aku, final year adalah kemuncak segala-galanya.. Kemuncak sepanjang 2 tahun belajar sebelum nih. Tempoh final year adalah satu tahun. Apa yang menarik dan lawaknya (lawak ka? pandai2 la hampa tafsirkan nanti) bila kuar tajuk untuk buat final year project. Memang gelabah abeh la. Bagi aku student Unimap, 'stail'  for this year adalah "fiirst come first serve" and peristiwa sebegini telah terjadi di kalangan kami:

Di suatu malam bila semua orang dah sampai kat umah sewa(walaupun semangat cuti masih ada), time semua orang tengah rancak menyembang pengalaman berhari raya, tiba-tiba....:

Member A: Weh, rakan-rakan tajuk project dah kuar la. Kita kena bertindak awai kalau kita nak tajuk yang x serabut kepala. 

Member L: Kita kena plan nih. (tutup pintu blk diam2 ala-ala nak spy dan bawak kuar kertas conteng) 

Then, rumate aku (termasuklah aku) berkumpul dan berbincang. Semua soalan dibincang dengan detail. Antara faktor yang diambil kira adalah:
                        >...Soalan yang boleh dikatakan senang...<
                        >...Soalan yang tidak memerlukan kos yang tinggi, sebab budget untuk setiap orang        
                          hanya RM200, lebih dari tuh kena guna duit sendiri...<
                        >...Lecturer yang baguih, means tak kedekut markah, boleh guide kita setiap step, bole
                         dengaq setiap permasalahan kita (memahami la tue) dan sebagainya lah...<

Member A: Kalut calling-calling nak risik dari senior tentang lecturer terdahulu. Tanda pangkah kat lecturer yang susah nak communicate and susah nak bagi commitment dengan student. Bila dah dapat confirmkan lecturer mana, masing-masing nampak sinar cahaya kegembiraan kat muka. Esok belum tentu macam mana. Masing-masing berdoa dan simpan harapan didalam hati.

Member S: Kalut iron baju, untuk esok. Sebabnya esok kena ligan(kejar) bas dan berebut dulu untuk sampai ke kampus utama. 

Aku dan Member S2: Kalut siapkan report LI. Tue lah time balik kampung xmau settlekan. Kan da susah. (Ala...rileks la weh, baru ada pengalaman wat keja last minute...hehehe)--->tak elok untuk ditiru.

Keesokan paginya, kring...kring...kring...jam menunjukkan pukul 6.00 a.m

Semua dah kalut bangun nak mandi. Memang bersungguh-sungguh nak p berebut tajuk dan lecturer. Semoga apa yang diusahakan, mendapat balasan yang setimpal. Kalut punya kalut, tertinggal bas pulak..Dalam hati hanya tuhan ja yang taw. Takut student laen rebut dulu, memandangkan ramai student yang ada transport sendiri, and anytime depa bole pergi kampus tetap. Kami pulak kena ikut la jadual bas.

Ok, sementara tunggu bas kami p lah breakfast dulu. Kena ada sedikit tenaga sebab satgi nak kena berlari naik turun tangga. Bila dah smapai sana, seperti yang diduga memang ada student yang lagi awai. That's mean depa nie lagi rajin lah. Mungkin depa nie golongan yang tak tertinggal bas tadi agaknya.


Berlari-larian jumpa lecturer yang telah di aim and discuss sikit apa tajuk yang berkaitan. Macam-macam soalan jugak yang keluar. Selepas jumpa, lebih kurang 4 orang lecturer, kami pon  decide lah nak ambik lecturer mana. Alhamdulillah, lecturer yang dipilih memang dipuji dan di suggest dikalangan senior. And, seperti yang dijanjikan, first come first serve yang dapat. Syukur sangat, itulah rezeki di pagi-pagi hari.

Bila dah mintak tandatangan dan cop, secara rasminya kami telah dapat lecturer yang dipilih tadi. Memang baik lecturer tue. Namanya Mohd Zamzuri bin Mohammad Zain. Lecturer yang pernah mengajar subect Engineering Analysis 2 aku. Orangnya memang tenang dan baik..Muka asyik senyum ja. Sejuk hati tengok. Semoga saya dapat belajar banyak dari en. dan semoga en. jugak dapat tahan kerenah saya yang tak berapa nak bijak nih.

En Zamzuri terang serba sedikit tentang tajuk yang bakal kami buat. Setiap orang tajuk yang berlainan...dari luaran ja lah. Tapi, hakikatnya lebih kurang sama. Cuma process dan material ja yang different sikit.  Tapi, still boleh buat dan bertindak sesama. Tajuk nih cuma kena buat research dan experiment macam dalam lab tue lah. Sebab berkaitan dengan material. Kita xpayah susah-susah nak kena design product. Macam sesetengah tajuk lain. Nasiblah sapa yang dapat. Aku nih kureng sikit bab design-deign nih...mau nangeh dibuatnya..So, awai-awai lagi aku menyerah. Tak mau menanggung risiko, sebab we still have a choice. Buat apa nak peningkan kepala.

Ok, lebih kurang pukul 2p.m semuanya dah settle. Senyuman terukir di wajah masing-masing, bila tengok student lain ada yang berlarian macam kami mula-mula tadi. Lega rasa bila da dapat tajuk yang bagus. Ya lah, mana tak nya final year project nie memang sangat penting. Untuk tolong naikkan kita punya pointer and time nak interview keja nanti. Antara soalan yang akan ditanya adalah berkaitan final year project. So, do your best ya.

Last but not least, nak taw aku punya tajuk x?? Yang dok pulun berebut sangat tue..hehe...

Taaaaara..!!

FFECTS OF AL (NO3)3 ON THE MAO COATINGS ON AZ91D MG ALLOY IN SOLUTION CONTAINING RARE EARTHS SALT SOLUTION.


Apa punya tajuk nih aku pon xberapa nak pakar, nanti kita tanya yang pakar ea(En. Zamzuri)...Semoga dalam masa setahun nih, aku banyak belajar tentang tajuk nih. Dan jugak semoga aku banyak buat research dan sediakan banyak soalan untuk improvekan lagi diri aku. That's important now.

Kepada sesapa yang tengah final year or akan bertemu dengan final year nanti, do your best ya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar and May GOD bless you all always and always...thanks..



Wassalam...









Tidur after Subuh

Assalammualaikum w.b.t

Berkenaan topik di atas, mungkin ada sesetengah pihak yang sudah familiar..x g2?? Tambah-tambah time cuti cenggini kan? Termasuk lah aku. Tak dapat lari dari sikap yang xberapa nak baik nih (memang xelok pun). Namun, azam aku untuk mengubahnya lepas nih. Lepas subuh tadi, terus buka tingkap rumah sewa seluas-luasnya supaya aku dapat merasakan angin luar. Sedapnya angin pagi, sejuk rasa...dari katil, aku dapat tengok langit yang cerah dengan burung-burung berterbangan... Wah2...ayat memang x menahan, dapat mana ntah ayat berterbangan tue. Terpengaruh dengan novel la nih... Memang xpatut la. Muhasabah diri sat (shortcut for sebentar untuk orang kedah).. Burung-burung pun taw bangun awai untuk mencari rezeki, apatah aku manusia. Patut rasa malu dengan burung-burung tuh. Kalau lah burung tue boleh berkata-kata....mesti dia cakap "Aku pelik tengok manusia nih, asyik tidoq ja kejanya. Nasib la Allah cipta aku sebagai burung. Alhamdulillah.."



Comey lak tengok en burung nih...hikhik. Kembali kepada tajuk topik kali nih, jom kita tengok apa dalil-dalil yang melarang kita tidur selepas subuh. Jom kita share bersama-sama ya.

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)


maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)



Tengok matahari terbit nih cantik ja kan? Hari yang menandakan bermulanya siang. Ha, da taw kan apa dalilnya? Tak berdosa dari segi agama. Cuma makruh, but better ditinggalkan daripada dijadikan amalan. Right?

Ok, after this, don't sleep after subuh lagi ya. Cuba tahan sikit en mata tuh supaya tidak terlelap. Do anything activities to prevent rasa mengantuk tue datang lagi. Kalau dapat buat, merupakan satu kejayaan  yang cukup besar taw, sebab kita dah berjaya melawan hasutan syaitan. Biar padan dengan muka en syaitan tue. Nikmat taw kalau kita dapat buat dan teruskan untuk hari-hari yang berikutnya ya. Cuba tanda kat calender tuh. Jom sama-sama membasmi gejala tidur lepas subuh. (gaya-gaya macam nak membasmi dadah pulak) Whateverlah..Fighting! Fighting!

See at the other entry ya..

Wassalam...

Saturday, September 24, 2011

Bercinta Kerana Allah

Assalammualaikum w.b.t


“ Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal r.a., ia berkata : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w, menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya:     
 
"Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

Abu Muslim menyambung : “ Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutnya kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan: 
“ Aku mendengar Rasulullah s.a.w. menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman : 
“ Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong-menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku.” Orang yang bercinta kerana Allah S.W.T berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.”

(Riwayat Ahmad)
Sesungguhnya amat besar peranan cinta yang Allah hadirkan di dalam diri kita. Ia bukan sekadar membuai perasaan, bukan sekadar membolehkan kita merasai nikmat duniawi semata-mata, malah ia lebih daripada itu. Cinta adalah satu anugerah yang menjadi pintu bagi kita mengecap redha dan cintaNya. Justeru, selayaknya kita memaknakan cinta itu sebaik-baiknya.
Pernahkah terlintas di fikiran kita, sedalam mana cinta kita kepada Allah Sang Pencipta? Ikhlaskah kita mencintai-Nya? Adakah Dia juga membalas cinta kita? Sedalam mananya cintaNya kepada kita? Mari kita renung jauh ke dalam diri, ke lubuk hati. Benarkah kita mencintaiNya?
Tugu cinta yang dibina hanya kerana Allah yang membantu kita menggapai redhaNya. Andai kita mampu merealisasikannya semasa hidup di dunia, maka kita adalah manusia yang beruntung dan bakal meneguk nikmat yang tiada ternilai harganya di akhirat kelak. Namun, andai nafsu dunia dibiarkan menjadi raja, maka cinta yang tidak dipandu cahaya hanya sia-sia. Kerana cinta itu tiada nilainya walaupun sedikit pun di sisi Allah.
Marilah sama-sama kita tuluskan cinta kita hanya kerana Dia. Semoga kehidupan kita hari-hari akan sentiasa dirahmati dan diredhai olehnya.

Wassalam... 

Setelah Sekian Lama...

Assalammualaikum w.b.t

Setelah sekian lama aku tak meng'update' blog aku, hari ni aku mendapat sedikit semangat untuk menaip. Bukan apa, nak exercise sikit jari-jemari aku yang agak gemok ini, supaya menjadi sedikit kurus. Tak gitu? Mungkin tue salah satu dari kebaikan menaip, selain dari dapat menambah skill menaip. Mungkin dengan kelajuan 1000words/hour..wah wah..memendai ja (memandai). Mungkinkah aku perlu mengira?? Berapa huruf aku perlukan untuk 1jam aku menaip? Menarik tue, memang abeh tak dak keja sangat la tue.

Ok..ok..Stop takat tue dulu, Bukan aku xdak masa langsung nak update blog aku, aku bukan perdana menteri pon, bukan jugak pengerusi Puteri Umno yang mungkin busy memanjang, aku hanyalah seorang insan yang kerdil di sisiNya. Tapi kadang-kala kita kena jugak ada masa untuk diri sendiri. Kan... kan...?? (nak bela diri la tue). Hehe...(rasa bersalah melimpah-limpah). Muhasabah diri setiap hari. Banyakkan berfikir. Macam-macam aku muhasabah diri aku ni. Semoga aku menjadi wanita yang lebih baik selepas ni.

Semangat dan idea untuk menulis datang apabila aku terjumpa satu blog yang aduhhh, memang buat jiwa kewanitaan aku tersentuh. Buat aku terasa aku perlu banyak memperbaiki diri ini. Memang...Tersenyum-senyum sesorang bila baca hasil nukilan dari saudara penulis tersebut. Memang tersusun dan isi-isinya penuh bermakna diselitkan dengan sedikit lawak jenakanya. Baguih2..Tahniah ya.Menarik sangat bagi aku. Kenapa aku xjumpa dari awal-awal lagi? Tue lah, malas sangat nak hupdate belog, tue lah jadinya.

Saudara penulis tersebut adalah--------->Hami Asraff<------------
Cubalah klik kat sini, kalau nak tengok saudara nih punya blog. Boleh kita pakat-pakat serbu dan kongsi apa yang baik dan ilmu yang berguna kat situ. Boleh kot noh saudara hami asraff. (mintak-mintak la bole)


Hari ni jugak la aku terjumpa lagu nasyid dari kumpulan saujana nih. Sekali dengaq memang terus terpikat dan jatuh cinta. Kelebihan yang Allah bagi memang depa (mereka) tak salah gunakan. Syukur alhamdulillah. Terus aku search kat google nak cari lirik dia. Scroll ke bawah bagi sapa-sapa yang nak taw dia punya lirik.


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

Besh taw lagu ni. Tapi cari-cari dia punya video klip kat youtube tak dak pulak. Kekecewaan sedikit melanda di hati ini. Btw, dapat dengaq pon dah cukup sebenarnya. Lepas dah dapat download, apa lagi memang asyik repeat lagu ni ja lah. Sampai ada member tegoq..

Hg xdak lagu lain ka? Dari tadi aku dok dengaq lagu yang sama ja..Cemuih aku dengaq. Lagu baru jumpa ka?

Hehe...lebih kurang la..lagu baru ja jumpa..syok apa..(sambil tarik earphone dan sumbat telinga). Maap ea...(xpasai-pasai kena sound)

Akhir kata, ini dulu yang dapat aku kongsi untuk semua. Jumpa di lain penulisan ya.

Wassalam.

Saturday, June 18, 2011

3 minit saja...renungkanlah...

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya
lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "

Pesanan Rasullullah sebelum tidur

SEBELUM Tidur Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu : 1. Khatam Al Qur'an, 2. membuatkn para nabi memberi syafaat kpdmu di hari akhirat, 3. membuatkn para muslim meredhai kamu, 4. melaksanakan ibadat haji dan umrah. "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah..Bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?" Rasulullah trsenyum sambil brsabda : "Jika engkau tidur bacalah:- Surah Al -Ikhlas 3 kali ,(maka ia seolah2 kau mgkhatamkan Al Qur'an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, ( maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah2 kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)" - MAFHUM DARI HADIS Sekian , Semoga ia menjadi renungan dan ingatan buat kita semua.

Friday, June 10, 2011

Ronda-Ronda Penang!!

Last week aku da balik kg, lepaskan rindu kat family..berkumpul bersama..beshhhh rasanya.
So, for this week aku plan ngan rakan-rakan untuk teroka penang...apa yang ada di penang neh?last two weeks aku ke Bukit Bendera. So interesting!!Kagum sangat dengan ciptaan Allah Yang Maha Esa...Syukur masih sempat lihat semua ciptaannya.

Nie pemandangan dari dalam train. Waktu perjalanan naik ke atas bukit. Cantik sangat walaupun ada rasa gayat sikit-sikit...doa banyak2 dalam hati...hehe..=p
Pemandangan dari atas Bukit Bendera. Bole nampak satu Penang. Kecik2 ja nampak.macam semut api..huhuhu...
Eh2, tetiba ada belalang gergasi kat situ...hehe..belalang member yang beli kat sorang untie India tue..cari duit dengan apply dia punya kemahiran...menarik tue..ramai orang berkerumun tengok..pandai untie tue cari duit nak sara family dia...siap ada yang tanya untuk buat kelas ajar budak2 lagi...terpegun tengok.apa kemahiran yang aku ada lak??buat bintang kertas bole la...laku ka??hahaha....

Walaupun kaki nie lenguh sangat jalan panjat bukit, and xabes pon berjalan pusing2 kat atas tue, tapi rasa berbaloi sangat...harga pon murah..sebab aku dan rakan-rakan ada student card. So, dapat lah tiket dengan harga kanak-kanak sebanyak RM4...untuk warganegara Malaysia hanya RM8 ja...So, bole lah kalau sapa2 nak p tue....beshhhh taw...nak p lagi lah...hikhik...=p

Monday, May 16, 2011

practical...ooh...practical

aku kat makbul nasik kandaq,penang...24hours buka..n free wifi..apa yg aku bole ckp,penat sgt...tp menarik..bole timba pengalaman bnyk2 sblm aku btl2 tempuh alam pekerjaan nant...huhu..tp,apa yg xmenariknya...xda internet untuk online,xda tv,dah tertinggal banyak episod cerita..huhu..nasib baek ada dpur serba lengkap,untuk kami memasak n membsrkn ag badan neh...huhu..tue ja dulu.nant2 online lg...da...=p

Sunday, May 1, 2011

Coretan Hatiku Buatmu

Bismillahirrahmaanirrahim...
Di malam yang sunyi,
Aku menulis untuk dirimu...

Jujur aku katakan, aku diselubungi rasa bersalah pada dirimu ketika ini. Kerana aku tidak berada bersamamu untuk memberi kata semangat padamu di kala kepayahan itu singgah dalam jalan hidupmu ketika ini. Setulusnya, aku sendiri merasakan diriku tidak layak dalam bab memberi kata-kata nasihat ketika ini. Aku cuba untuk menenangkan hatimu. Namun, aku sentiasa tersilap dalam mangatur kata-kata, seterusnya menambahkan lagi keserabutan hatimu. Ikhlas dari sudut hatiku, seribu kamaafan aku pohon darimu. Ketahuilah, andai dirimu terlalu lemah ketika ini, masih ada insan yang lagi lemah dari dirimu. Aku. Insan itu adalah aku. Andai kau rasa aku sentiasa tertawa, tertawa itu hanya pada zahirnya saja. Hanya Dia saja yang mengerti apa yang tersimpan di sudut hatiku.

Tapi aku masih ingat, di saat aku lemah, kadang-kadang kau hadir bertanya khabar. Dan kadang-kadang kata-kata kau memberikan aku semangat untuk terus bangkit dan kuat dalam menempuhi hidup ini. Terima kasih aku ucapkan. Aku terasa cukup bahagia apabila dirimu bertanyakan khabarku. Walaupun aku tahu, bahagiaku bersifat sementara..Mana mungkin aku sentiasa bahagia,kan?? Lumrah hidup manusia, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Begitu juga aku yang kerdil ini. 

Setiap kali aku mengenangkanmu, dalam setiap doaku, bibirku tidak pernah lekang dari menyebut namamu. Begitu payah untukku melenyapkan fikiran tentangmu. Hanya kepadaNya aku memohon...Kerana aku tahu, Dia sentiasa mendengar doaku. Sampailah satu ketika, aku mendapat panggilan darimu. Aku terasa begitu bahagia. Alasannya, aku tahu Dia mendengar apa yang aku pohonkan dan aku tahu kehidupanmu baik2 saja di sana. 

Aku berterima kasih pada Dia, kerana memberi aku kesempatan dalam hidup yang sementara ini, untuk mengenalimu. Dalam mengenalimu, aku banyak belajar dan berfikir tentang erti sebuah kehidupan ini. Ada manisnya, ada pahitnya, ada sendunya, dan ada tawanya. Itulah erti kehidupan bagi diriku. Insan yang aku hormati, ingatlah..dalam setiap doaku, akan ada terselit namamu. Terima kasih kerana sudi mengenaliku dari jauh, sudi bertanyakan khabarku walau seketika cuma, sudi memberikan daku semangat dan sudi berkongsi sedikit kebahagiaan untukku. Ya allah, jangan jadikan aku terlalu mengharap, kerna aku takut, seandainya aku dikecewakan, aku akan lemah, hilang arah dan pedoman kepadaMu...Aku tahu, Engkau sentiasa dihatiku, bersama hambamu yang lemah ini.

"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberikan mereka keceriaan dan kegembiraan." (Al Insan-ayat 11)

Maka, aku labuhkan tirai kata-kataku dengan sedikit kelegaan dihati..
Akhirnya terlafaz jua apa yang terbuku...


p/s: Maafkan aku...



Tuesday, April 12, 2011

GuD LuCk!!

Kepada semua rakan-rakan tahun 3 di Unimap, selamat menempuh minggu peperiksaan..
all the besh to you all, pulun sungguh2 k..
biarlah makan dengan buku, tdoq pon dengan buku skalipon,
yang penting kita dapat jawab exam kali nie, right??...
do the besh, and get the besh result tooooo...
paper aku start 18hb 4-engineering analysis 1...
sambung lagi 20hb 4-engineering analysis 3...
sambung lagi 22hb 4-engineering analysis 4 (killer paper)..adoiii..
esoknya plak, 23hb 4-engineering analysis 2...
and for the last paper 29hb 4-university english
2hb 5-do my industrial training at penang...
semoga semuanya berjalan dengan lancar...
btw, untuk 3rd year manufacturing students...all the besh ya..
chayok2...!!we can do it..!!
~~untuk seorang teman tersayang di UTM johor, aku doakan dari jauh...
do the besh in your final exam and never give up, ok..
ALLAH is always with you.....and with us, too...gud luck!!~~

Doa, Usaha, Tawakkal..
Semoga kejayaan milik kita bersama...=)

##psssttt~Oh, doakan kejayaan aku skali ya...
salam and cheers...~~~

Thursday, April 7, 2011

Hari Yang Pasti Tiba...

Assalammualaikum,
entry kali nie berkaitan dengan gambaran jelas hari kiamat...terbaca cerita neh waktu godek2 blog seorang rakan blogger [srikandisyafyka.blogspot.com], sedih, bingung, insaf, xterkata dan xbole nak gambarkan di fikiran...takut sangat...terasa kerdil diri nie..terasa banyak sangat dosa yang ditanggung...takut macam mn nak menghadapinya nanti...daku kongsi info nie untuk sahabat sekalian...luangkan sedikit masa untuk membaca info nie yer..semoga kita sama-sama peroleh hidayah dan keinsafan selepas membacanya..amin..
GAMBARAN HARI KIAMAT


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


RUJUKAN: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





Sunday, April 3, 2011

Ku PohOn MaAf

Aku manusia biasa
yang lemah dan kerdil di sisiNya
terkadang perbuatanku menyakitkan hati
terkadang bicaraku menusuk kalbu
kepada yang terasa aku mohon beribu kemaafan
jauh di lubuk hati ini
aku tidak pernah bermaksud
untuk menyakiti hati mu

diamku xbermaksud dendam
sepiku xbermakna aku melupakanmu
dari jauh aku mencarimu
dalam senyap aku merinduimu
mungkin itu cara yang terbaik
hanya ALLAH yang tahu
setiap saat kamu berada dalam doaku

ya allah...
dengan rasa rendah hati
kupohon kepadamu..
seandainya dia tercipta untukku..
temukanlah kami satu saat yang sesuai nanti..
seandainya dia bukan milikku...
lenyapkan lah perasaan ini terhadapnya..
semoga ada yang lebih baik dariku
untuk dirinya...
amin...

FirsT LuV

saya ambil kata-kata nie dari cinderella story..hehe..like it very much..it is true that first love not necessarily to be together, but somehow there some couple live happily with their first love. All of that just one piece of your life puzzle, if you lost someone, you throw him or she from your life but that person are one piece of your life puzzle. And you must to learn how to complete your life puzzle, even there a lot of pain or sadness on the way you completing your life puzzle. Don't even stand there and blame others but you must strong and move on, whatever had happen, you must believe that someday you will be happily ever after. i guess..

dalam hidup nie cinta boleh datang dan pergi
ketawa kerananya
senyum kerananya
menangis semahunya
sakit...
perit...

bermula dengan persahabatan
segelintir pula cuma sedar bila ia hilang
semata-mata untuk rasa dihargai
ada yang percaya cintanya untuk selamanya

for some of us
finally we realized that life is not a fairytale
we need to start over

demi sebuah impian
tak salah untuk kita berkorban
bila mana hati kita rapuh
menghadapi reliti
nangis....
nangis semahunya
tapi jangan biarkan hati kita terus rebah

sejauh mana kita kenal hati budi seseorang
kita tetap tak boleh buat penilaian

in life
we have to learn to let go
and keep on moving
the more you wait
the more time you missed

bermula dengan hati, angan dan mimpi
sebesar mana pon kedudukan kita
segagah mana pon prinsip kita
akan mampu goyah
because of love
because WE ARE HUMAN BEINGS...

Thursday, March 17, 2011

Aku dan Tuhanku . . . . .


Berdiri dalam balutan telekung putih bersih
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya
Berteleku antara dua sujud
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan
Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata

Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...
Amiin3 ya Rabbal 'alamin..

Sunday, March 13, 2011

Maafkan K.ngah...=(

Abah, maafkan k.ngah sebab accident semalam. k.ngah cuai.
cuai sangat...xpalah melayang duit k.ngah untuk p.cik tue.mungkin rezeki p.cik tue..
duit yang mama bagi, untuk belanja ke hiking, bukan rezeki k.ngah..semua abes kat p.cik tue....alhamdulillah, 
da settle di tempat kejadian. xpa lah k.ngah xdapat p hiking pon, abah. kalau accident 
tadi teruk, and kalau apa2 jadi kat abah k.ngah mesti xdapat maafkan diri k.ngah sendiri...
k.ngah pon xtahu kenapa, k.ngah xtekan brek...kenapa k.ngah xstop keta tue...
ntah fikiran k.ngah melayang ke mana...
ntah iblis mana menguasai diri k.ngah...maafkan k.ngah,abah...
maaf sangat-sangat...selalu menyusahkan diri abah...teruk keta tue...
kalau k.ngah ada duit, k.ngah akan ganti kat abah...
k.ngah rasa menyesal sangat...insyaallah, k.ngah akan lebih berhati-hati lepas nie...
ya allah, panjangkan umur abah...semoga aku dapat balas semua jasa-jasa abah..
ya allah, aku mohon kepadaMu...berikan abah kesihatan yang baik
supaya aku dapat balas semua jasa abah yang dah banyak berkorban untuk aku.
xlelap mataku malam neh...
cepat ja tanganku menaip sms untuk abah...
v
v
v
v
v
v
##salam,abah...k.ngah mintak maaf pasal accident tadi. k.ngah careless.##
~~ok lah..fikir jauh ke depan lepas nie.risiko dan kemungkinan akan berlaku.
jangan ingat kita saja yang menang.laju biar berpada...ok la tue...~~
##huhu...maap sangat2 yer,bah...esok mesti k.ngah kena marah dengan mama..##
~~k,lah..selagi hidup cubaan dan dugaan memang banyak. jangan takut. kuatkan semangat
kecik tue. memang ada dugaan yang lagi besar..bersedia lah..dah...p tdoq lena..kereta abah
buat sendiri nanti...~~
##huhu...maceh abah..k.ngah sayang abah sangat..nite, abah..salam,yer...##
v
v
v
v
v
v
menitis air mataku, bila msg dengan abah...aku xkuat..selalu sangat susahkan abah..
tapi, abah xpernah rasa nak marah..mungkin marah dalam hati..
tpi, abah xpernah tunjuk...abah bagi nasihat lagi...
abah taw, aku jenis yang cepat sedih...abah taw aku nie anak dia yang macam mana...
k.ngah sayang abah sangat...semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama abah..
luv u, abah...mmmuahx..!!

Saturday, March 12, 2011

Wuduk Dan Zikir, Ubat Paling Mujarab Hilangkan Kemarahan

Oleh Mohd Shukri Hanapi


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata:

“Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:

“Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud:

“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud:

“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.