Sunday, October 4, 2015

K.U.A.T ♡♡♡

Assalammualaikum w. b. t. . .

Ya ALLAH. . .kuatkan aku untuk menerima semua ini. . .Tenangkan hati dan perasaan ini supaya aku dapat tidur dengan nyenyaknya. . .Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. . .

#Jodoh petemuan, ajal maut DIA yang tentukan.
#Yakin dengan janji ALLAH.
#Terasa air mata membasahi pipi lagi.
#Ingin aku pergi jauh dari semua ini.
#Ya ALLAH, ampuni dosaku.
#Insan yang banyak berdosa.

Wassalam. . .

Saturday, October 3, 2015

K.O.S.O.N.G

Assalammualaikum w. b. t. . .

Ya ALLAH. . .aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau tidak pernah jauh dariku, kasih sayangMu tidak pernah berkurang walau kasih sayang manusia kian menjauh. . .

Ya ALLAH. . .mungkin ini teguran dariMu kerana aku terlalu mengejar kasih sayang manusia sehingga aku lupa Engkau yang menciptaku. . .

Apa jua perancangan dan rencanaMu, aku terima dengan redha dan hati yang terbuka. . .Hanya engkau yang layak mencorakkan kehidupanku. . .aku ingin kembali kepadaMu. . .Maafkan aku, ya ALLAH. . .aku hambaMu yang kerdil, lemah, tidak sempurna dan hina di sisiMu. . .

Ampunkan semua dosa-dosaku. . .

P/s -----> Perasaan marah tidak pernah wujud di dalam hati ini. Cuma. . .hati yang selalunya berusaha, terasa sakit, kosong, tawar dan hanya berserah semuanya pada ALLAH untuk tentukan. Hati ini perlu di rawat. . .Hanya kepadaMu, aku pohon pertolongan.

Wassalam. . .

='(

Thursday, September 24, 2015

S.I.L.E.N.T

Assalammualaikum w.b.t. . .

Walaupon hari niii, hari yang sangat memenatkan bagiii aku, tapi kalau bole lihat insan yang aku rindu, rasanya bole hilang semua penat tu. . .tunggu dan terus menunggu. . .adaa sedikit menyimpan harapan. . .namun, hampa dan kecewa akhirnya, sedih sangat rasa hati. . .terus terkenangkan peristiwa tahun lepas. . .cukup lah apa yang dah terjadi. . .takot tak tertanggung semua bebanan tuuuu. . .betul lah, kalau perasaan kita lebih kepada manusia, kita seringkali akan dikecewakan. . .tapiiii, kalau perasaan kita lebih kepada yang Esa, Dia tak kan biarkan hati kita dicewakan. . .maafkan aku, ya ALLAH. . .seringkali lupa dan jauh dariMu. . .ya ALLAH. . .aku serahkan semua masa hadapan ku untukmu. . .aku pasrah dan redha. . .hanya ENGKAU yang tahu apa yang terbaik untukku. . .sesungguhnya, ENGKAU sebaik-baik perancang. Pelihara dan lindungi aku sentiasa yaaaa. . .hanya padaMu tempat aku mengadu. . .terasa mata masuk habuk. . .

#tariknafasdankosongkanminda
#kembalikepadayangEsa
#terimakasihALLAH

Wassalam. . .

Thursday, September 3, 2015

Hari Pertunangan FADHIRUL ♡ NURUL NAIM


Assalammualaikum w. b. t. . .

Salam sejahtera, semoga awak-awak sentiasa dirahmati dan dilindungi ALLAH swt selalu. . .amin.

First of all, sebenarnya berkali-kali jugak aku terfikir untuk update tentang majlis pertunangan aku. Bukan apa, encik tunang da pesan yang dia tak nak heboh-heboh kat facebook, sebab baru tunang kannnn...bukan nikah lagi. Bila  di fikirkan, ada betulnya apa yang dia cakap. So, dalam facebook aku tak da update langsung pasal pertunangan aku. 


Tapi hari tu, ada sedikit salah faham dengan encik tunang. . . Tak tau macam mana, aku luahkan di sini dan suruh encik tunang baca isi hati aku (ya lah, nak tulis dalam wassap panjang sangat kot, larat ka dia nak baca...hiiihiii...^_^) sedangkan sebelum nihhh, saja tak nak bagitaw encik tunang yang aku ada blog. Blog ni dah macam diary aku, tenang bila luahkan semuanya. Blog lebih privacy, tambah pulak aku ni bukan jenis banyak follower. Buat blog pon sekadar untuk mengisi masa lapang, hobi, boleh jugak jadikan diary aku sebagai kenangan di hari tua. Insyaallah. . .semoga ALLAH panjangkan usia. 
Aminnnnnn. . .

So, bila encik tunang dah taw yang aku ada blog, aku pon ambik lah kesempatan sikit. . .Saja tanya dia, boleh tak nak letak gambar tunang dalam blog just sebagai kenangan (rasa nak buat macam mata meow dok kedip-kedip jaaa, heeee mana taw dia cair kan. . . teknik memujuk tuuuu, pompuan jaaa pandai). . . hiiiiii. . . sekali, dia cakap letak lah. . .Yeayyy!!! Rasa nakk guling-guling kejap. . . Makaseh encik tunang sayang. . .Ni gambar kenangan majlis kita hari tu yaaaa. . . 

Tanggal:
06 Jun 2015

Bersamaan:
19 Syaaban 1436

Hari:
Sabtu (lepas Zohor)

Sama hari dengan: 
Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong. . . heeee


Alhamdulillahhhh. . . apa yang aku rancangkan, ALLAH permudahkan semuanya. . .Aku rancangkan majlis yang ringkas, sesuai dengan bajet aku, panggil jiran dan keluarga terdekat saja. . . kawan-kawan pon tak sempat nak datang sebab masing-masing kerja. 
  • Kain untuk baju dan veil aku beli sendiri dekat Jakel (nak kain yang elok sikit, sebab lepas kawen still bole pakai lagi baju nihhhh. . .Tuuuu pon kalau badan tak kembang. . . heeee)
  • Dress dan veil kak long yang jahitkan. Lace di sponsor oleh k.long. Makaseh kakakku sayangggg. . .Muahhh ciked. . . ^_^
  • Bunga tangan dan decoration katil dan bilik, DIY sendiri
  • Cadar (pinjam member yang baik hati)
  • Hantaran DIY sendiri, bekas hantaran (pinjam member yang baik hati)
  • Make up (member yang baik hati tolong make up kan)
  • Karpet dalam bilik (mama/abah sponsor, kalau ikot aku guna ja yang sedia ada. . . sesuai dengan bajet. . .)
  • Makanan mi rebus, kuih-muih, yang lain di sponsor oleh mama dan adik.
  • Tak da pelamin bagai, sebab aku nak sarung cincin dalam bilik jaaaa. . . Anak dara niii pemalu sikit okehhhh, harap family encik tunang memahami. . .
  • Photographer (kawan yang baik hati, camera handphone saja)

Hantaran pihak lelaki warna ungu dan pihak perempuan pink+mint

 
Tadaaaa. . . niiii lah bakal mak mertua aku. . .comey kan, macam menantu diaaaa (perasannn!!!haha) Menggigil tangan saat nak sarung cincin tuu, bukan apa isaw cincin tak muat jaaaa. . .maluuuu ceq. . .
Bismillahhirohmanirrohim. . .bakal mak mertua aku lafazkan beserta doa sewaktu cincin disarungkan ke jemariku yang comel niiii. Sebak rasa hati, 1st step to a new beginning. Ya ALLAH, semoga aku dapat menyayangi bakal mertuaku sebagaimana aku manyayangi ibuku juga semoga bakal mertuaku dapat menerima semua kekuranganku dan menerima aku seadanya. Permudahkan semuanya, ya ALLAH. . .

Aku niii, disebabkan jenis yang gelabah sampai gambar dengan family pon tak banyak. Gambar dengan mama abah pon langsung tak dak. Segan sebab family dok susah-susah kat dapur, aku lak asyik bergambar. . .dan tak ingat sama. Sebab orang ramai time tu kan. . .Aku kat dalam bilik, family kat luar. . . Malu nak keluar sangat. . .Dah siap hantar encik tunang kat pagar, aku terus salin baju dan tolong-tolong basuh pinggan kat dapur. Sampai sedara yang datang lambat pon marah, sebab tak sempat nak bergambar bersama. . .Haaaa. . .lambat lagi sapa suruh. . .heeee ^_^

Niiiii ja gambar yang ada. . .sedih kannnn. . .Nurul Naim, tolong beringat yaaaa. . .nanti kenduri kawen, tak nak jadi macam niiii dah oke. . . Kawen sekali ja. . .gambar kenangan tuuuu, penting tau sebab nak tunjuk kat anak, cucu dan cicit nanti. . . cewaaaahhhhh. . .peace!!

Taraaaaa...!!!! Ini lah encik tunang, buah hati bambam aku. . .Gambar ni pon sebab bapak sedara dia yang ambik, kalau tak jangan harap. . .elok laaaa, sama-sama pemalu. Manis tak encik tunang saya?? Macam gula-gula kannnn. . . sooo, sweeet. . . pujiiii melambung tuuuu, paham-paham na encik tunang. . .kalau tak boleee set pinggan mangkuk, set blink-blink dari hujung mata sampai hujung kaki pon cukup. . . hiiihiii. . .sekadar gurauan. . . ^_^

Alhamdulillah. . . selesai sudah semuanya. . .nampak tak cincin kat jari manis tuuuu. . .haaaa, tu tandanya aku dah di booking orang. . .haram meminang tunangan orang yaaaa, abang-abang macho di luar sana. . .hikhik^_^

Buat encik tunang saya, Fadhirul bin Zulkifli. . .thanks for being in love with me. . .Seperti yang awak ketahui, orang yang awak jadikan tunang nihhh langsung tidak sempurna mana. Banyak kurangnya jika dibandingkan dengan wanita diluar sana. Apa pon, saya harap awak dapat terima semua kekurangan saya. Insyaallah. . .Bila kita dah sah menjadi suami isteri nanti, saya ni lah yang akan siapkan sarapan pagi awak, sediakan pakaian keja awak, sediakan makan tengahari dan malam awak, tunggu awak balik keja, teman awak tidur malam-malam, jaga anak-anak awak, teman awak jalan-jalan, layan awak borak. . .insyaallah, semua tu saya akan uruskan untuk awak. . .Dannnn. . .awaklah lelaki yang bakal menjadi imam saya, pemimpin saya, ketua dalam rumah tangga saya, dan teman saya. . .awak lah yang akan smbung tugas abah dan mama untuk jaga saya. . .jaga saya elok-elok taw. . . ^_^ dannnn. . . bawalah saya bersama awak sampai ke syurga. . .sama-sama kita doakan, okeee??? ^_^

Encik tunang. . .kadang-kadang kita gaduh sebab hal remeh temeh, semuanya berpunca dari saya yang tak berapa nak matang nihhh. . .Tapi awak tetap tahan dan bersabar melayan karenah saya. . .Tima kasih encik tunang, sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan kucing kat umah saya pon bergaduh sampaiii luruh bulu yang gebusss tu, apakan kita manusia biasa. . . Cewaaaahhhh. . .hiiiii. . .maaap, tawww terpaksa bersabar dengan saya!!! Harap awak dapat bersabar sampaiiii selamanya. . .

Encik tunang, 8 bulan lagi akan tiba masa yang kita rancang. Semoga ALLAH permudahkan semua urusan kita. . .Semoga ALLAH panjangkan jodoh dan usia kita. . .Semoga ALLAH pelihara dan rahmati awak untuk saya. . .Walaupon awak bukan yang pertama hadir dalam hidup saya, saya doakan ALLAH jadikan awak yang terakhir dalam hidup saya. 


Sebelum terlupa, terima kasih pada semua especially buat family, encik tunang dan kawan baik saya kerana menjayakan majlis saya. . . sayaaaaaaang semua. . .mmmuahhhhh ciked  ^_^

Wassalam. . . 




Monday, August 24, 2015

Belajar Bercakap. . .Komunikasi antara Suami Isteri


Assalammualaikum w. b. t. . .


Komunikasi adalah suatu proses penyampaian informasi dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (lisan) yang dapat dimengerti oleh kedua belah pihak. Apabila tidak ada bahasa verbal yang dapat dimengerti oleh keduanya, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-gerik badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa nonverbal. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan disini bahawa komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat dari seseorang kepada seseorang yang lain dengan apa cara sekalipun asalkan maklumat yang ingin disampaikan itu difahami oleh pihak yang lain.


Komunikasi dalam rumahtangga merupakan satu perkara yang amat penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dan bahagia dalam sesebuah keluarga. Hal ini demikian kerana, melalui komunikasi yang berkesan, pelbagai perkara yang tidak di ingini didalam pembinaan sebuah keluarga yang harmoni dapat dielakkan seperti pertengkaran, perbalahan yang akhirnya boleh menyebabkan penceraian dan meruntuhkan sesebuah instituti kekeluargaan tersebut.


Komunikasi yang berkesan dalam rumahtangga memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri. Suami sebagai pemimpin di dalam sesebuah keluarga manakala isteri merupakan pembantu yang akan sentiasa disamping suami bagi membantu menguruskan hal-hal rumahtangga. Sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34
 “ Kaum lelaki itu adalah pengurus dan pemimpin ke atas kaum perempuan”
Komunikasi juga merupakan salah satu perkara yang boleh mewujudkan kemesraan diantara suami dan isteri. Di dalam kehidupan seharian kita, komunikasi di dalam sesebuah keluarga ini dapat dibahagikan kepada dua jenis dan bentuk komunikasi iaitu komunikasi secara lisan dan komunikasi yang berbentuk bukan lisan.


1. Komunikasi menurut perspektif Islam
2. Komunikasi berdasarkan Al-Quran

Komunikasi Secara Lisan
Bermesraan adalah salah satu cara suami isteri untuk menunjukkan perasaan saling kasih mengasihani dalam bentuk lisan.Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rum ayat 21

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan di antara kamu (suami isteri)perasaan kasih sayang dan belas kasihan".

Berdasarkan ayat tersebut, Allah menegaskan kemesraan hidup antara suami isteri harus dilaksanakan mewujudkan sebuah keluarga yang mahabbah mawaddah sekaligus memberikan kesenangan hati dan ketenteraman jiwa kepada setiap pasangan. Selain itu, suami haruslah memberikan pujian serta tunjuk ajar dengan cara yang lemah lembut serta berhikmah kepada isterinya dan isteri haruslah patuh, tunduk serta taat kepada arahan dan tunjuk ajar suaminya selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak syara. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada isteri yang patuh dan taat kepada suaminya. Hal ini demikian kerana, peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia memerlukan perlindungan dan suami adalah orang yang dapat memberikan keyakinan tersebut kepada isterinya.


Selain itu seorang suami juga haruslah bergaul dengan isterinya dengan cara yang baik dari segi pertuturan, perbuatan mahupun tindakan. Ini juga merupakan salah satu bentuk komunikasi antara suami mahupun isteri yang amat berkesan bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni. Berdasarkan firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 19

 “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik”

Dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, komunikasi secara lisan semata-mata belumlah benar-benar berkesan jika tidak disertakan dengan komunikasi dalam bentuk bukan lisan.
3.0.2 Komunikasi berdasarkan As-Sunnah

Komunikasi Secara Bukan Lisan
Sentuhan tangan dan gerak tubuh badan adalah termasuk dalam lambang komunikasi bukan lisan ketika suami berkomunikasi dengan isterinya.
Rasullullah juga turut merasakan pentingnya bermesraan bersama isteri. Bahasa cinta Rasullullah kepada isterinya banyak digambarkan dalam bentuk bukan lisan sehingga baginda mengamalkannya dalam kehidupan seharian baginda. Sebagai contoh, baginda Rasullullah S.A.W mengamalkan mandi bersama isteri baginda. Perkara ini dibuktikan melalui riwayat daripada Aisyah, beliau berkata: “ Aku biasa bermandi bersama dengan Nabi didalam satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” ( Hadis riwayat ‘Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


Selain itu, baginda juga mengamalkan tidur di pangkuan isteri bagi melambangkan perasaan cinta dan kasih baginda terhadap isterinya. Berdasarkan riwayat daripada Aisyah, beliau berkata: “ Nabi biasa meletakkan kepalanya pada pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran” ( Hadis riwayat ‘Abdurrazaq)

Rasullullah juga bijak dalam mengawal kemarahan isteri baginda dengan cara yang mesra. Perkara ini amat penting dalam membentuk sebuah keluarga yang aman dan bahagia. Jika kemarahan tidak dibendung, hal ini boleh membawa kepada keretakan sesebuah institusi kekeluargaan dan akhirnya membawa kepada perceraian. Walaupun penceraian itu halal, namun ia merupakan perkara yang dibenci oleh Allah. Seperti sabda Rasullullah
“ Perbuatan halal yang amat dibenci Allah ialah talak” ( Hadis riwayat Abu Dawud dan Ibnu Hibban)

Dalam menangani kemarahan isteri baginda, Rasullullah biasa memicit hidung Aisyah jika beliau marah dan baginda bersabda: “Wahai ‘Uwaisy bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan”
(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Baginda Rasullullah juga mengamalkan bentuk komunikasi secara bukan lisan dengan membelai isteri baginda. Berdasarkan riwayat, “ Adalah Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri pada waktunya, lalu baginda bermalam di tempatnya.” ( Hadis Riwayat Ahmad)


Aplikasi komunikasi menurut Islam kearah kebahagiaan rumahtangga
Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah diatas, maka jelaslah kepada kita bahawa komunikasi yang baik antara suami dan isteri amat penting bagi memelihara kerukunan rumahtangga. Seorang suami memberikan sepenuh perhatian serta mencurahkan kasih sayang yang sepatutnya terhadap isterinya. Ucapan kata-kata yang indah yang penuh dengan kasih sayang serta kebijaksanaan seorang suami mengawal kemarahan seorang isteri adalah penting bagi memelihara sesebuah rumahtangga itu. Selalu memberikan pujian sebagai tanda penghargaan kepada seorang isteri yang bertukus-lumus menguruskan hal rumahtangga mampu membahagiakan hati seseorang isteri itu. Sebagaimana Rasullullah mengambil langkah yang bijak untuk mengendalikan kemarahan isterinya, begitu jugalah seharusnya setiap pasangan suami isteri harus mengendalikan perkara tersebut. Seorang isteri juga haruslah tunduk dan patuh kepada arahan suami selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Merendahkan nada suara ketika bercakap,serta bercakap dengan suami dengan penuh perasaan kasih dan sayang mampu menyenangkan hati seseorang yang bergelar suami. Sikap saling tolong menolong serta memahami di antara satu sama lain amat diperlukan di dalam sesebuah rumahtangga.




Kesimpulan
Komunikasi merupakan satu aspek yang amat ditekankan oleh baginda Rasullullah kepada umatnya dalam membentuk keharmonian dalam sesebuah rumahtangga tersebut. Sesungguhnya Islam secara jelas dan terus terang mengungkapkan bagaimana pentingnya komunikasi dalam hubungan suami dan isteri yang akhirnya akan mewujudkan satu hubungan yang mesra. Hubungan mesra antara suami dan isteri adalah sebahagian dari kepentingan manusia, walaupun pada prinsipnya ia bukanlah merupakan tujuan utama kehidupan. Hubungan mesra antara suami isteri merupakan asas untuk membina keluarga dan menumbuhkan kekuatan Islam sekaligus menyusun gerak dan perkembangan masyarakat secara terus menerus untuk mewujudkan kehendak Allah yang agung dalam memakmurkan muka bumi Allah ini.



Wassalam. . .

Menulis tanpa Bicara. . .

Assalammualaikum w. b. t. . .

Khas untuk Encik Tunang saya,

Kebelakangan ini, ada hati yang nampak tak indah. Ada hati yang tak terjaga.

Mungkin terleka dengan dunia, lalu syaitan mula membisik ke telinga. 

Hati saya kah itu?

Yaaa, hati saya yang agak caca marba. Saya mudah terasa hati dan marah dan tidak pernah bersyukur atas layanan si dia, sedangkan si dia yang sentiasa menyokong dan menolong saya di saat saya kesusahan. 

Ya Allah...Ampunkan saya kerana menyakiti sekeping hati itu...

Ohhh air mata telah mula berlinang....Moga ALLAH ampunkan saya yang sering melakukan kesilapan...

Hati saya sedikit terubat dan kembali bermuhasabah diri apabila saya meninjau-ninjau ke blog lain untuk mencari sedikit ubat untuk hati. Sehinggalah saya terjumpa blog ini. . . http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2011/06/pernikahan-gembira-kerana-tuhan.html hati saya betul-betul terkesan. Sila maafkan saya sekali lagi.


Wahai encik tunang yang baik hati,

Saya mintak tempoh untuk saya belajar dan menuntut ilmu mengenai alam perkahwinan dan membuat persediaan sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. 

Beri saya peluang untuk matang dan tidak terlalu ikutkan perangai kebudak-budakan saya. Saya berharap, selepas ini saya diberi kekuatan untuk memahami cara En Tunang yaaa.  



Wahai Encik Tunang yang Manis,

"Saya baru baca wassap dari En Tunang, benarlah saya sudah keterlaluan. Keterlaluan menyakiti hati En Tunang, berbicara tanpa berfikir perasaan orang lain, pendek betul akal saya. Pagi tadi jujur saya katakan saya tak sempat angkat call Encik Tunang, agak kalut dan tiada kredit nak call semula. 

Saya harap Encik Tunang dapat maafkan saya...Tentang keputusan Encik Tunang, saya terima...Biarlah saya menerima hukumannya...Dari itu saya dapat belajar menghargai dan lebih menjaga perasaan orang lain. Encik Tunang, terima kasih kerana menerima saya sebelum ini, cuma saya yang tidak nampak untuk menilai.

Akhir kata, saya minta maaf sekali lagi....

Wassalam...

### Kata-kata saya bukan bermaksud, tapi saya tahu telah menyakiti hati 'awak'. Saya sayang family awak macam saya sayang family saya...


Duhai hati....

Assalammualaikum w. b. t. . .

1.18 am . . . Aku masih belum mampu untuk memejam mata...fikiran menerawang jauh entah ke mana...pelbagai benda bermain di fikiran...basah bantal dengan air mata adalah perkara biasa bagiku, entah kenapa aku sungguh terasa untuk kesekian kali...ya ALLAH hendak sahaja aku bangun, bersujud, menangis kepadaMu...hanya selepas itu, hatiku akan sedikit tenang....tetapi apa kan daya, aku tidak boleh sujud kepadaMu untuk ketika ini...kerana ia adalah perintah dariMu...

Ya ALLAH....seandainya namanya yang engkau catatkan untukku, Engkau permudahkan lah urusan kami...Engkau lembutkan lah hatinya untuk diriku...Engkau satukan lah kami sehingga ke syurgaMu, tetapiii seandainya dia bukan milikku, aku doakan akan ada insan yang lebih baik  dariku dapat menjaganya satu hari nntiiii...

Ya ALLAH....aku redhaaaa dengan semua ini....
Ampunkan semua dosaku, ya ALLAH. . . Aku hambaMu yang kerdil, hina dan sentiasa melakukan dosa kepadaMu. . .
Ampuni aku, ya ALLAH. . .

Wassalam. . .