Sunday, January 23, 2011

DeRmA DaRaH

22hb January 2011

Semangat aku bangun pagi neh..semangat nak p derma darah...untuk Hospital Tengku Fauziah..
kempen tue bertempat kat kolej kediaman laen..aku ngan rakan-rakan bersiap sedia untuk 
p cna...sebelum p,kami breakfast ckt..tue antara syarat-syarat untuk menderma..
sampai kat cna,mcm biasa lah...kena la baca syarat2 dulu..
bila syarat-syarat semua mencukupi,baru bole isi borang...

antara syaratnya ;
~umur mestilah 18 tahun ke atas..(budak2 kecik xyah derma la ek)~
~berat badan wajib 45kg ke atas..(lau kurang dari tue,takut membahayakan diri sendiri lak)~
~bukan dalam waktu subur (period)~
~x pregnant...(confirm la aku bukan kategori tue lgi,he)~
~xda sebarang penyakit..(takut effect kat si penerima lak)~
~hemoglobin wajib 12.5 ke atas..(kena check dulu la..lau x,aku pon xtaw..)~
then,banyak lagi la...

so,aku pon p ke bahagian untuk check hemoglobin...cukup or x,untuk melayakkan aku menderma..
"saya cucuk ckit kat jari yer"...kata mak cik nurse tue  kat aku..
macam 1st time lak kena...masuk ari nie,da 5x aku p kempen menderma...
tp,hanya 2x aku dapat menderma..yg selebihnya tue,hemoglobin aku xcukup..hanya 
cukup untuk aku sorang...huhuhu..

darah aku jenis A +ve..ikut mama or abah ek??
xkisah la mana2 pon...hehe...jnji anak mama n abah..
tunggu punya tunggu,jwpannya mengecewakan...huhuhu...hemoglobin aku 
cuma 11.9...ala...aku suruh nurse tue check skali ag...
tp,tetap jawapn yg sama..
kecewanya aku...kiranya da 3x aku xley menderma...darah aku cukup 
untuk aku sorang ja...

ehmm...so,aku tunggu la rakan-rakan yang bole menderma..
nurse td bagi vitamin nak bantu tambahkan hemoglobin aku..
then nasihat aku macam-macam...makan sayur la..
makan tue la,makan nie la...semua aku makan la...
tp,nak wat mcm mana...mana aku taw,hemoglobin aku cukup x...
confirm la vitamin tue aku xmau mkn...effect dia akan menambahkan selera makan..
naek berat badan aku nanti..
huhuhu...xmau la...da cukup berat kot..
k,lah...laen kali saya try lagi yer mak cik nurse...

maceh...

Ada sedikit info untuk tatapan pembaca,


14 Jun setiap tahun telah disambut sebagai Hari Menderma Darah sedunia.

Ulama dan pemikir Islam terkenal Dr. Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa menderma darah adalah salah satu bentuk sedekah yang paling utama di zaman sekarang ini. Sebabnya menjadi aktiviti menderma darah dalam konteks ini bukan sekadar membantu, tetapi sudah sampai ke taraf menyelamatkan nyawa seseorang. Jadi nilainya sangat tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

ومن أحياها فكأنما أحيا الناس جميعًا

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya”. (Al-Maidah: 32).

Aktiviti menderma darah sangat besar ertinya dan boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Satu unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa seperti demam denggi, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah terutamanya musim perayaan, ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit Talasemia, pesakit Anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia, pesakit Haemifilia dan ramai lagi.



##pesanan-kepada rakan2 kat luar cna,derma lah darah..at least kita ley buat baik kepada masyarakat..n darah kita yang lama tue,ley ganti dgn darah yang baru...beshhhhh taw...=p

Friday, January 14, 2011

Hospital Pulau Pinang

Jarum jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 5...mama kejutkan aku untuk temankan mama n abah ke hospital pulau pinang..aku merangkap peneman n driver untuk mama n abah pagi neh..argghhh...sejoknya..tanpa pikiaq pnjang aku pon,masak ler ayaq panas.mama tanya,ayaq apa atas dapoq tue...??aku apa lagi,tersengih-sengih macam kerang busuk...lalalala...sedapnya mandi guna ayaq panas..ley wat slalu la macam neh...
sampai kat Gurun,kami stop untuk solat subuh.then, teruskan prjalanan sebab takut jalan sesak.jalan kat penang bukan macam jalan kat kg nih...sesak sangat..2x tanya org,baru kami sampai kat hospital tue..pastu lak,nak kena cari parking.tue yang xberapa nak besh tue...pusing punya pusing,baru la jumpa tempat parking bertingkat...baru taw,yang ada parking bertingkat.patutla aku tengok dekat bawah tue,sikit ja tempat parkingnya...orite jugak la wat mcm tue..idea yang sangat bijak untuk sebuah negeri yang pesat membangun macam penang.
lepas buat pendaftaran,abah kena tunggu giliran untuk buat x-ray...pastu naek balik untuk jumpa pakar.mama temankan abah kat dalam.aku hanya tunggu kat ruang menunggu ja.lepas abah n mama kuar,aku tengok macam mama nanges..mama memang cepat sedih.doctor tue cakap,3 saluran utama kat jantung abah da tersumbat..lepas nie datang buat ujian darah n dengar ceramah pasal nak operation nanti.lepas dapat keputusan darah nanti,baru tentukan tarikh untuk buat operation.kalau darah abah ok,mungkin dalam masa 3 bulan lagi baru operate.tp,kalau darah abah da xberapa ok,kena cepat2 buat operation tue..
effect bila wat operation tue,maybe akan lebih sihat dari sebelum nie,meninggal,strok,buah pinggang and apa ntah lagi..ya allah...sebak aku dengaq...sebarang kemungkinan akan berlaku..tp,aku xkan putus2 berdoa supaya abah sihat balik macam dulu...aku sangat sayangkan abah..biarlah aku dapat bagi abah kebahagiaan dan kesenangan dulu...sebelum Engkau ambil abah dari aku sekeluarga...ya allah...aku tahu Engkau dengar permintaan hambaMu ini,ya allah...semoga kesihatan abah terpelihara dan panjangkan lah umur abah,ya allah ya robbal alamin....

Wednesday, January 12, 2011

Memberi Menambah Keyakinan Diri


source: www.earthmothercrafts.com
“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.
“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.
“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.
“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.
“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.
“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]
Sumber:ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Monday, January 10, 2011

Family First....=p

Sabtu yang lalu,aku bawak adik2 n abah pg main bowling..da janji dengan adik2..so,mestilah dikotakan janji tue..bahagia aku tengok adik2 hepy..n rasa bahagia sangat bila bersama family..
abah lak first time main.asalnya,abah xmau ikut.tp,aku ajak jugak...abah besarkan kami sampai xda masa untuk diri sendiri..so,aku ajak abah ikut jugak.paksa rela tue..hikhik..alhamdulillah..abah nak ikut..aku nampak abah hepy sangat bila main..bila abah hepy,aku lah orang yang paling bahagia...luv him so muchhh...

ari nie,aku bangun awal..kena amik alih tugas mama..mama xda,sebab temankan k.long ke Terengganu..lepas sujud ke hadrat Ilahi,sebab masih pnjangkan umur aku untuk terus hidup di atas muka bumi nie,untuk aku terus berbakti pada kedua ibu bapaku,aku ke dapur untuk siapkan breakfast adik2...baju sekolah aku dah siapkan dari semalam lagi..supaya pagi nie aku xlah macam lipas kudung..

menu breakfast pada pagi nie,bihun goreng n milo...tue ja yang sempat aku siapkan..sebenarnya,tue ja yang paling senang..hehe..then siapkan adik2 untuk ke sekolah...aku dapat rasakan macam tue lah aktiviti mama setiap pagi,siapkan aku ke sekolah waktu aku kecik2 dulu...sekarang aku da besar,giliran aku pulak untuk siapkan adik2..

then,aktiviti aku yang seterusnya kemas rumah,siapkan lunch sebelum adik2 balik sekolah,sidai baju...uishhh..penat jugak..malam aku tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 dengan adik2...abah lak demam malam nie..aku keluar dengan adik,cari cool fever untuk abah..semoga abah cepat kebah...jangan demam2 lagi..k.ngah sayang abah...semoga k.ngah dapat jaga abah macam mana abah jaga k.ngah waktu kecik dulu...ya allah...berilah abah kesihatan yang baik...

....amin....

Bertemu Ya RASULLULLAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.


Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.


Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam... Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

sungguh hina diri ini bila dalam fikiran,hanya sibuk encari cinta manusia yang belum tentu kesuciannya..
hinanya diri bila hati lebih merindui lelaki/perempuan yang bukan mahram..dari merindui Rasulullah dan kasih sayang dariNya..
padahal..hingga ke saat kematian Baginda,Baginda masih memikirkan kita..umatnya..

Ya Allah..ampunkan dosaku..

Friday, January 7, 2011

BeriTa Yg X BerApA nAk HePy

Semalam aku baru dapat taw yg permintaan k.long untuk bertukar sekolah dah pon diluluskan oleh pihak jabatan...sedih ada..hepy pon ada...sedih sebab sayang sgt kat adam..tgk dia membesar depan mata..dari ari pertama lahir,sampai da boleh meniarap sekarang..sayang jugak kat ummi nya..satu2nya kakak yang aku ada...huhu..tp,kena jugak aku faham k.long..k.long cakap,kalau k.ngah ada family nanti,baru k.ngah akan faham..mesti nak dekat dengan husband,nak bina family sendiri..bla..bla..bla..sedihnya rasa nak berpisah dengan adam...xsanggup tengok orang lain yang jaga dia...mintak2 xda benda buruk yang berlaku...m.ngah sayang adam sangat,taw...hari nie,aku belikan hadiah untuk adam..sepasang baju,kasut yang cumel,n toys untuk adam yang debab..


hari nie jugak aku dapat taw,abah sedih dan murung...abah kena serang dengan pihak PPD...atas desakan rakan-rakan,abah buat surat ke jabatan pendidikan..aku curi2 baca surat tue...menitis air mata aku..Ya Allah Yg Maha Esa,Engkau tolonglah ringankan bebanan abah...bantulah abah,ya allah..aku sedih bila tengok abah sedih..aku nak tengok abah bahagia...aku SAYANG abah sangat2...mama jugak...mmuaxhh2!!

Sunday, January 2, 2011

SeLaMat TaHuN baRu 2011


Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua pembaca-pembaca di luar sana.Rasanya masih belum terlambat nak wish..kui3x!!2010 dah pon meninggalkan kita semua.Tak ada poket Doremon untuk pinjam mesin waktu atau laci masa supaya boleh berundur semula ke belakang. Apa yang berlaku telahpon berlaku. Tinggal lagi bagaimana caranya nak kenangkan semula semua yang ditinggalkan di belakang tu. Sebagai kenangan manis? Pahit? or sebagainya...

http://www.emocutez.com

Macam aku sendiri, 2010 banyak dugaan dan rintangannya...apapon,lupakan yang lama dan mulakan yang baru..bak kata org tutup buku lama,buka buku baru..mulakan azam baru dan buat satu perubahan yang positif,untuk tahun nie dan juga tahun yang mendatang.lalalala...ingat taw,azam yang baru untuk hidup yang baru nih..da...sebelum tue, tengok di bawah yer......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.

No regret about the past…
No fear about the future…
Thankful to ALLAH for His blessings in 2010.
Happy New Year 2011!!
http://www.emocutez.com