Saturday, September 28, 2013

Cobaan kecil...

Assalammualaikum w . b . t . . .

Haaaa...ni lah dugaan kecil untuk kaum hawa setiap bulan. Tak terkecuali aku... Aku ni pompuan kottt..huuhu.. Adoiiiii... Sakit teramat sangat, hanya ALLAH yang taw. Memang tak kuar bilik, duduk ja atas katil dalam selimut. Bau minyak angin panas tak payah tanya lah.. Memenuhi segenap ruang.. Kalau adik-adik cakap banyak rasa cam nak telan ja hidup hidup... Aku kira aku kategori yang tak ter0k sangat laaa.. Kalau dulu, setiap kali sakit mesti panadol active5 yang aku telan. Tapi sekarang bila aku taw yang ubat tu sangat lah bahaya terus aku stop. Tue yang rasa pening nak pitam semua ada. Huuhuu... Ada sorang coachee aku tue, memang kalau period pain mesti guling guling punya. Sakit ya amat. Ada sedara aku sampai pengsan setiap kali period. Syukur lah aku dalam kategori sakit suam suam kuku...haha... Ada sakit camtu jugak yerrr... Kira still ada idea dan bole dok tulis blog lagi tu kira ok lagiiii la kannn....huuuhu.. Sampai sini dulu, da tak leh nak pikiaq apaaaa.

Wassalammm...

Friday, September 27, 2013

Sebuah karya di saat aku TERJAGA...

Assalammualaikum w.b.t. . .

Alhamdulillah...malam ni terjaga saat pukul 1 pagi. Tengok handset sebentar, tetiba teringatkan seorang sahabat. Senyum dan berdoa di dalam hati, semoga ALLAH sentiasa peliharanya...Sudah lama rasanya tidak bangun di malam hari untuk bertahajud dan memperhambakan diri kepadaNya. Terjaga malam ini mungkin ada hikmahnya, akan aku segera rebut peluang itu. Ya allah...sudah 25 tahun aku hidup di atas muka bumiMu. Tetiba aku terasa banyak lagi kebajikan yang belum aku lakukan. Muhasabah diri seketika...Ya allah...maafkan aku..ampunkan semua kesalahanku..ampunkan dosaku. Sesungguhnya, jangan engkau cabut nyawa aku dulu...beri aku kesempatan untuk bertaubat dan membuat kebajikan di atas dunia ini dahulu, Ya allah...Tetiba aku terasa air panas mengalir laju di pipi. Sebak tika ini...


Ya Rahman...Ya Rahim...hati ini terlalu rapuh ketika ini. Hati ini terlalu ingin meminta dan mengadu lagi kepadaMu, namun...hati ini merasakan terlalu kerdil dan hiba sekali di sisiMu. Seringkali meminta kepadaMu...seringkali mengadu dan menangis kepadaMu. Hanya Engkau yang aku ada di saat ini...Hanya Engkau yang memahami apa yang tersirat di dalam hatiku.


Ya Allah...apakah benar kenyataan itu?? Jika benar, aku mohon keampunanMu Ya Allah...Hanya engkau tempat aku memohon keampunan. Rahmatilah aku di dunia ini...senangkanlah perjalanan aku di akhirat kelak. Kerana apa yang paling penting adalah kehidupan aku di akhirat kelak.


Benar...kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, namun kehidupan di dunia juga perlu kerana ianya akan dikira di kampung akhirat itu. Tika ini, jiwaku terasa kosong. Kosooongggg sekaliiiii. Kadang terasa seperti adakah diri ini tidak layak untuk disayangi?? 



REDHA...terkadang sengaja mem'busy'kan diri supaya tidak terkenang lagi saat yang sudah berlalu. Namun Ya Allah...Engkau ciptakan aku sebagai manusia biasa...bila bersendirian, saat lalu seringkali menjelma lagi. Tatkala itu hanya air mata menjadi peneman setia. Diri ini terkadang lemah sekali Ya Allahhh...Ampunkan aku...



Yessssss!! Allah is always here. Always by my side...cuma aku yang selalu lupakan Allah. Padahal Allah tak pernah lupakan aku. Ter0k sungguh aku sebagai hambaNya. Ampunkan aku...Ampunkan aku, Ya Allah...




Ya Allah...pencipta alam..pencipta langit dan bumi dan seterusnya semua makhluk di dunia ini... Aku tahu Engkau sentiasa mendengar doaku walaupon secebis cuma...walaupon setiap apa yang terdetik di hati dan fikiranku, aku tahu Engkau Maha Mengetahui. Aku menanti hari bahagia itu Ya Allah...Semoga aku sempat mengecapinya walaupon hanya seketika.


To my ehem ehem... my special Adam...ketua dan imam kepada bakal keluargaku nanti, this letter i wrote for you.  Datanglah segera melamar hatiku supaya akan terbina lagi sebuah masjid juga mahligai yang indah di atas bumi ini hasil daripada hubungan kita yang halal. Yang diredhai TuhanMu...Aku menanti saat dan hari bahagia itu dengan penuh debaran.



Pergilah segera wahai kesedihan... Lenyaplah engkau dari hati dan kehidupanku. Semoga hari yang mendatang penuh dengan warna warni, ceria dan gelak tawa.


Alhamdulillah...ini saja penulisan untuk hari ini. Terima kasih Ya Allah memberikan aku kesempatan dan kesihatan untuk aku menulis dan berkongsi lagi dengan semua orang tentang kehidupan ini. Segala yang buruk itu semuanya datang dari saya sendiri dan yang baik itu hanya lah dari Allah S. W. T...

Wassalammm. . .


Thursday, September 26, 2013

Sabar hatiiii...

Assalammualaikum w.b.t. . .

Sebak dan terover feeling pulak aku malam ni lepas whatsapp dengan my upline cikgu Mahizal Azim. Gara-gara baca post yang cikgu whatsapp dengan Doctor Bustari, seorang doctor perubatan yang sekarang fulltime in Herbalife. Laju air mata nih...memang tak dapat di tahan lagi. Dalam bisnes herbalife, seriously aku sangat banyak belajar.


This bisnes bukan hanya tentang kita jual product semata mata. This bisnes really came from heart. Mana tak nya, bila ada yang serius ingin turunkan berat badan dan ubah kesihatan, kita akan tolong. Jaga jadual pemakanan depa, jaga air depa, jaga exercise depa... Bagi semangat kat depa sentiasa...product herbalife very unic. Sebab tue lah hanya yang betul-betul serius dan disiplin saja akan dapat hasil yang dabooomm!! Bila dah dapat hasil yang baek, kita ajar pulak depa untuk tolong orang laen...Memang amazing!! Sebab tue herbalife dapat bertahan sampai 33 tahun sekarang, dengan izin ALLAHHH...sedih bila dengar Dr Bustari sharing apa yang dia belajar di Dream Team Retreat. 


Dont quit from this bisnes. Kalau tak boleh berlari, berjalan lah...kalau tak boleh berjalan maka, merangkak lah...Sungguh mendalam maknanya. Hanya yang buat herbalife dengan hati, sabar, niat bersih untuk tolong orang dan yang paling penting bertahannn...insyaallah dia akan berjaya sampai ke President Team. Kenapa 9/10 punca rezeki datangnya dari bisnes?? Sebab  dengan bisnes, kita tentukan sendiri gaji kita. Kita di ajar berhubungan baek sesama saudara, kita di ajar meminta kepada ALLAH TAALA, kita di ajar supaya sentiasa menderma, kita diajar sentiasa berbuat baik...kerana sekali kita berbuat jahat, rezeki kita akan ditarik...


Hebat bukan, bidang perniagaan?? Sentiasa berkait dan bersangkutan antara satu sama lain. dan...Dalam herbalife semua tue aku belajar...ya ALLAH... Rahmati aku...permudahkan segala urusanku dalam bisnes ini. Hanya padaMu tempat aku meminta dan memohon pertolongan. Aminnnn...


Wassalammm. . .

Thursday, September 19, 2013

KeLiRuuuu... ^_^




Selamat malam semua warga blog. Sebelum jari ini melancar laju, mesti semua pembaca sekalian sudah tidur bukan?? Entah kenapa malam ini mataku susah sangat nak pejam. Fikiran menerawang jauhhh... Pusing kiri salah, pusing kanan salah.. Lantas dikegelapan malam, aku mengambil keputusan untuk mengira bintang. Bukan di langit, jauh sekaliiii...aku tidak akan termampu. Tapi ini bintang di dinding bilikku. Tak banyak mana...hanya tinggal 18 sahaja..banyak yang sudah gugur menyembah bumi. Ntah apa yang aku nak tulis sebenarnya. Aku sendiri kurang pastiiii. Apa yang aku pasti, jariku bergerak seiring dengan apa yang ada di fikiranku sekarang.


Yaaaa...yaaa...aku sendiri tidak memahami diriku. Begini ceritanya, semalam seseorang menghulurkan salam perkenalan kepadaku. Alhamdulillahhh...masih ada yang ingin bersahabat denganku. Tanpa soal bicara, aku terima dengan hati yang terbuka. Mana mungkin aku memberi jawapan tidak, takut nanti dianggap sombong pulak. 


Tapiiii...lama kelamaan, aku seolah olah memahami tujuan sebenar salam perkenalan itu dihulurkan. Ya ALLAH...apakah ini adalah kemahuanMu?? Namun...jauh di sudut hati kecil itu, hati itu menangis. Hati itu ingin sekali merasa bahagia dengan insan yang telah mengetuk pintu hatinya. Hati itu ingin sekali menerima insan yang sentiasa ada disaat duka dan laranya. Mampukah hati itu redhaaa dengan kemahuanMu?? Ya ALLAH...engkau maafkanlah hati dan jiwa ini. HambaMu insan yang kerdil, hina dan lemah di sisiMu...


Tetiba aku terasa seperti mahu melarikan diri jauuuuuhhh...jauuuhhh sekali. Mungkin ke sebuah pulau yang tiada seorang pon di sana. Tentu sekali yang tidak bole excess telefon ataupon internet. Hanya ada aku sahaja..dan yang pasti akan sentiasa ada rahmatMu di sana. Aku ingin mengabdikan diriku hanya padaMu...

Ya RABB...semoga hari esok akan terpancar sinar dan harapan baru. Bantu aku mencari jalan yang diredhaiMu...Aminnnn...


Wassalammm....

Thursday, September 12, 2013

Katak ooooh katak!!

Assalammualaikum w.b.t. . .

Tolonggg akuu!! Tolongggg!! Argggghhh... Tak boleh tidoq. Bunyi itu terlalu kuat, sampai terngiang ngiang di dalam kepalaku. Mentang-mentang laaa hari ni ujan seharian. Segenap ceruk dok berpesta. Pesta apaaaakah?? Barangkali mereka terlalu bahagia menyambut hujan?? Mungkinkah ada pertemuan antara mereka? Perlukah aku ambil tahu semua tue?? Atau mungkinkah mereka juga menyambut perayaan seperti aku? Entahhh...aku kurang memahami bahasa mereka. Perlukah aku menghadiri kelas tambahan unt0k belajar bahasa mereka?? Tapi siapa pula yang mahu menjadi gurunyaaa?? Semua persoalan ini bermain di fikiranku sekarang. Tolonglah perlahankan volume anda wahai encik katak.. Aku tahu nyanyianmu terlalu merdu. Mungkinkah akan masuk kedalam mimpi ku dan bertukar menjadi seorang putera yang tampan?? Alaaa...macam cita dongeng waktu kecik-kecik dulu... Kalau ianya akan bertukar menjadi putera yang tampan lebih baik aku paksakan segera diri ini untuk tidur... Bertemu kita di alam mimpi wahai putera katak yang tampan.. Pedulikan bahasa dan cerita aku. Tiada kena mengena antara yang hidup ataup0n yang telah meninggal dunia.. Khayalan semata mata.. Aku memang suka merepeks!! zzzz...


Wassalamm...zzzzz..

Menjengah HPPC seorang diri...

Assalammualaikum w.b.t...

Selamat malam everybody!!

Laju jari ni nak menaip..tetiba banyak pulak idea yang datang.heee...sebenarnya dari siang tadi aku nak mengarang, tapi masa pulak tak memberi keizinan..cewahhh!!sedapp-sedap ja nak salahkan masa ehhh.ok, hppc tue apa ehhh??Ada sesapa yg bleh bg jawapan dak?ok, tak payah...bagi aku explain ok. Hppc shotcut for Herbalife Product Pick up Centre laaaa...memandangkan aku ni kan distributor herbalife. So, tue antara tempat yang aku kerap datang melawat selain dari muzium. Betoiii.. Siyes aku cakap. hiiikhiikk...

Seharian hari ni ujan jaaa...dari aku kuar umah kat kuala nerang kedah ni, sampailah ke penang. Cuma... Sometimes lebat.. Sometimes renyaiii. Memang sej0k gilaaa...ala ala duduk di London gituuu..heee. Teringinnya nak sampai sana. Kota cinta kata orang.. Bukan aku yang kata ok. Bet0iii kaa?? Tolong jawab sattt.. Dalam hati teringin pulak nak taw. huuhuuu....

Bertolak dari rumah tadi rasanya around kol 12 tngahari jugak. Suka singgah merata aku nih. Sampai kat alor setar, singgah pulak bank in duet untuk tambah lagi product. Hujan still renyaiii renyaiii turun membasahi bumiiii.. Sambil merenung... Ada hikmahnya ALLAH turunkan hujan nih. Jangan mengeluh... ALLAH tue kan maha adil untuk semua makhluk ciptaannya. ALLAH turunkan hujan untuk makhluknya yang lebih  memerlukan. Muhasabah seketikaaa bila buat kerja sorang-sorang...

Sepanjang perjalanan, aku hanya pasang lagu dari phone. Maklum saja radio keta rosak. Sambil memandu, sambil menyanyi... Suaraku memenuhi segenap sudut kereta. Walaupon sumbang, ada aku kisahhh?? Yang penting aku sorang ja dengaq...haahaa... Bila sorang-sorang rasa macam sedap pulak suara aku. Saja tak mau tunjuk bakat jaaa neh. Bakat terpendam katakan. Mahaiii oooo.. Kang dat0' ct tak leh cari makan pulak. Perasannnn!!

Hppc, iam coming!! opssss..aku kelihatan gem0k di situ!

Sampai kat hentian Gurun, aku behenti jap. Santai-santai sambil menghirup udara...udara dalam keta ja lahhh. Kat luaq stiilll hujan kot! Aku call company untuk buat order. And then online fesbuk kejap. And then sempat main games and bagi my Pou makan. Makan lah kau sampai gumok!! Jangan aku yang gumok sudaaaa...heee. Senyum dalam hatiii.. Santai sangat aku nih. Banyak sangat main main... So, aku teruskn perjalanan menuju destinasi. Nasib orang tak berapa ramai. Order aku dapat agak cepat. Bagusss..bagusss.. Lepas ambik order terus aku balik. Memandangkan petang ada training and meeting. Malam pulak ada erobik. I cant miss that class because iam still not satisfied with my body!! I still want to loss another more kg!! Plzzz...

Rindu betol kat kanak-kanak riang 3 orang tue (nisah, fidah and fazlin)... Sunyi rasa bila tak dak depa kat kelab. Kalau tak mesti datang penang pon berteman. Pastu gi makan makan sampai muntah.huuuhuu... Apa pon kak naim doakan kalian bertiga still continue doing herbalife walaupon kat tempat org. Kembali menjadi student bukan penghalang biz kita. Semuanya kita dah belajar dalam herbalife. Ramai student yang buat herbalife as part time right?? Buka rangkaian baru, terus sebarkan misi Mark Hughes. Remember our motto, changing people life.

Otw balik, menyanyi lagiii...hampir juga menitis air mata bila menjiwai lagu tue. Memang sama sebijik dengan apa yang pernah aku lalui...sedih seketika..***Dadali-disaat sendiri*** 
Dok syok layan lagu...tetiba ada 3 biji keta potong keta aku. Fuhhhh...cantiknyaaa keta nih. Aku tak penah tengok lagi. Almaklum laaa...aku bab keta nih kuno sikit. Memang ketinggalan jauuuuuuhhh. Aku baca kat bumper keta tue, tulis MEGANE..keta apa ni ehhh?? Terus cariii encik goooglee..walaup0n tengah drive. Aku kalau tengah excited memang camtu. Nak taw laa laaa tue jgk. Paham dak bahasa kedah aku?? (Laaa laaa tue means sekarang) heee...Dah jumpa terus save. Tak0t aku lupa...Aku nak masukkan dalam senarai dream car aku..Makaceh encik googlee!!

Tengok keta cantik, terus lupa kesedihan. Ok what?? Sampai ja dekat gurun, aku stop untuk sembahyang. Aku tak mau terlalu mengejar dunia sehinggakan aku lupa kewajipan aku sebagai hamba ALLAH dimuka bumi nih. Kan akhirat itu lebih penting...Takut jugak..mana nak taw tak sempat sampai rumah, ALLAH da cabut nyawa aku.. Solat ke mana... Akhirat ke mana.. Nauzubillahhhh... Mintak simpang laaa. Jauhkan aku dari sifat-sifat yang melalaikan.

Sampai kelab around jam 6 ptg. Training pon dah abeh. So saddd... Malam jam 8.30 aku dah bersedia untuk erobik. Sangat suka erobik, sebab aku memang jenis pemalas nak sukan. At least bila erobik, pel0h kuar la jugak. Boleh burn lagi kalori and fit lagi my body. Malam ni coach erobik ajaq buat senaman per0t. Sangat besttt... Memang sesuaiii untuk kempiskan per0t yang berlemak tue. Letihhh jug0k.. Balik erobik, layan pulak cita TITANIC kat tv ngan adik-adik. Sangat best walaup0n ntah kali ke berapa aku tengok. Jiwang sioot!! Ada kaaa lelaki camtu! Haahaa....sebel0m aku kupas panjang pasai cita tue, lebih baik aku tidoq. Kang sampai esok pagi aku tak abeh mengarang. And aku pon taw...semua orang dah tengok cita tue kannn??

Heee...ok lah. Sampai sini dulu... Selamat malam semua. Have a sweeeeet dream, ok.

Hppc penang =)

Semoga bertemu lagi di next entry.

Wassalammm...


Tuesday, September 10, 2013

DREAMMMM car

Assalammualaikum w.b.t...

dan Selamat Tengahari semua...

Ok, first skali hari ni nak pot pet pasaiiii frusttt!! Bukan frust pasai apa pon. Tapi frust bila aku dah siap-siap untuk keluar bt roadshow, tengok-tengok sang kancil aku xdaaa. Rupanya abah guna...huuhuu.

Huuhuu...terus gmbaq yang amek tadi jadik camni.. =(

Then, nak tunggu apa lagi. Terus aku tukar uniform aku kepada uniform santai di tepi pantai (actually berangan ja cam duduk tepi pantai, walaupon duduk tepi hutan. Ada aku kesah??heee...)

Pastu terus buka blog...tue ja keja aku.heee..hari nih aku nak story about my dreammm car. Mesti semua orang ada dream car sendiri kan?? My dream car maybe sama jugak dengan orang lain..maybe tak sama dengan org lain. Buttt...this is my dreammm dreammm car. Meleleh ayaq liuq kot tengok, bila selisih kat atas highway tue.

Dah la aku naek sang kancil jaaa...setiap kali selisih, setiap kali jugak aku berdoa dan berkata-kata didalam hatiii. Ya ALLAH...semoga suatu hari nanti aku dapat beli kereta nih dengan hasil kerja kuat aku sendiri...Tolong doakan aku sama ehh!!

This is my first dream car...memang sejak azali sangat suka keta nih. Tak kisah laaa orang nak cakap apaa, yang penting aku sukaa...macam bercinta pulak.hiiihiii...Taraaa...

Honda Civic Type R. Suka sgttt...kalau dapat niii, memang tak tidoq malam laaa..gilap tiap2 hariii..poyo sikit..hakhak

Haaa...ni pulak my 2nd dream car. Mitsubhishi Lancer..But, aku lebih interested to white colour. Sukaaanyaa...

Jengggg! Jengggg!! Ni 3rd dream car aku. Workswagen beetle. Sweeeet sgt..comel gilaaa rasa. Aduhhh...jatuh cinta aku ngan keta nih. Very jeles kalau nampak orang drive kat jalan. Memang semangat abehhhh...

Annnndd...my last dream car. Porche  Cayman. Very sporty. Taw tak apa yang aku pikiaq??hiihiii...naek keta ni ngan husband berdua jaaa, dating tanpa gangguan anak-anak. Pastu gi shopping sakan. Thats pencen time.haahaa...aku memang kuat berangan.

Heee...thats what I've learn in HERBALIFE. Daripada anak-anak muda yang income atas dari 10k setiap bulan. They stay and work hard in HERBALIFE.. and one more things...Belajar berimpian tinggi..coretkan impian kita di atas kertas supaya kita nampak selalu impian kita. Work to achieve our dream. Kelajuan untuk mencapai impian kita, hanya kita yang tentukan. Semoga satu hari nanti impian aku juga akan terlaksana. Aminnnn....

Wassalammm...





Kecewa..again and again...

Assalammualaikum w.b.t...

Setelah sekian lama menyepi, kali ni aku hadir lagi dengan entry terbaru. Tajuk kali ni pasal kekecewaan aku..eh, bunyi cam tak kecewa pulak.hiihii...

Nak start dari mana ekk??haaa...camni citanyaaa...aku ingatkan raya puasa kali ni adalah raya aku yang paling bahagia. Rupanya apa yang aku harapkan tidak menjadi. Rencana ALLAH mungkin lebih baik dari segala-galanya.

Sehari sebelum puasa, seorang sahabat tempat aku praktikal time diploma dulu mintak izin untuk lebih rapat dengan aku. Aku terima dengan hati terbuka disebabkan dah lama aku kenal dengan dia. Lama-lama sekali dia contact aku. Tapi tetiba raya kali ni dia betul-betul serius. Aku percaya setiap kata-katanya. Memang sangat menampakkan kematangannya. Tapi, seperti apa yang aku cakapkan tadi. Rencana ALLAH lebih baik dari percaturan manusia.

Hubungan kami hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja. Di tempat keja, rupanya ada seorang kakak yang sudah lama menyimpan perasaan kat dia. Disebabkan kakak tue sudah banyak berjasa kepadanya, dia memilih kakak tue daripada aku. Hanya ALLAH yang tahu perasaan aku saat tue. Namun aku redha dan bersyukur kerana ALLAH tunjukkan semua ini seawalnya.

Apa yang aku tak faham adalah kakak tue sudah pon berumah tangga dan mempunyai anak-anak. Ya ALLAH...sesungguhnya apa terjadi hanya engkau saja yang tahu. Selamatkanlah rumah tangganya dan jauhkanlah aku dari sifat seperti itu. Sesungguhnya aku tak tahu masa depanku macam mana. Tapi, doaku semoga suatu saat nanti andai aku bergelar seorang isteri, jadikanlah aku seorang isteri yang taat pada perintah suami selagi tidak bertentangan dengan suruhanMU...jadikanlah aku seorang isteri yang solehah..dan jadikanlah aku bidadari hanya untuk suamiku..sesungguhnya syurga seorang isteri terletak pada tangan seorang suami. Peliharalah aku Ya ALLAH...aminnnn...

Sesungguhnya aku kuat kerana aku tahu ENGKAU sentiasa disisiku Ya RABB...




Sekian dulu...sesungguhnyaaa ALLAH sentiasa bersamaku.

Wassalamm...