Thursday, March 17, 2011

Aku dan Tuhanku . . . . .


Berdiri dalam balutan telekung putih bersih
Dalam qiam ku bulatkan hati
Memusatkan minda hanya pada-Nya
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi
Kerna, aku ingin merasa nikmat
Lazatnya ibadah mengadap Allah
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar
Seperti Dia sedang ku pandang
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang
Tuhan yang kusembah
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya
Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujud
Ku letakkan diri sekerdil mungkin
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya
Berteleku antara dua sujud
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan
Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat
Merendahkan diri dalam lafaz pujian
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam
Tenggelam dalam lafaz istighfar
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba
Yang hina lagi tak sempurna
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana
Maka, ku tadah dua tangan
Memohon doa dengan sesungguhnya
Merayu dan mendayu
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda
Seiring derai airmata

Ya Allah,
Ku pohon ampun Ya Rabbi
Atas dosa dan kekurangan diri
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri
Moga janganlah Kau bebani aku
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku
Dalam pelukan kasih sayang-Mu
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati
Di dalam pelukan agama
Yang Kau redha...
Amiin3 ya Rabbal 'alamin..

Sunday, March 13, 2011

Maafkan K.ngah...=(

Abah, maafkan k.ngah sebab accident semalam. k.ngah cuai.
cuai sangat...xpalah melayang duit k.ngah untuk p.cik tue.mungkin rezeki p.cik tue..
duit yang mama bagi, untuk belanja ke hiking, bukan rezeki k.ngah..semua abes kat p.cik tue....alhamdulillah, 
da settle di tempat kejadian. xpa lah k.ngah xdapat p hiking pon, abah. kalau accident 
tadi teruk, and kalau apa2 jadi kat abah k.ngah mesti xdapat maafkan diri k.ngah sendiri...
k.ngah pon xtahu kenapa, k.ngah xtekan brek...kenapa k.ngah xstop keta tue...
ntah fikiran k.ngah melayang ke mana...
ntah iblis mana menguasai diri k.ngah...maafkan k.ngah,abah...
maaf sangat-sangat...selalu menyusahkan diri abah...teruk keta tue...
kalau k.ngah ada duit, k.ngah akan ganti kat abah...
k.ngah rasa menyesal sangat...insyaallah, k.ngah akan lebih berhati-hati lepas nie...
ya allah, panjangkan umur abah...semoga aku dapat balas semua jasa-jasa abah..
ya allah, aku mohon kepadaMu...berikan abah kesihatan yang baik
supaya aku dapat balas semua jasa abah yang dah banyak berkorban untuk aku.
xlelap mataku malam neh...
cepat ja tanganku menaip sms untuk abah...
v
v
v
v
v
v
##salam,abah...k.ngah mintak maaf pasal accident tadi. k.ngah careless.##
~~ok lah..fikir jauh ke depan lepas nie.risiko dan kemungkinan akan berlaku.
jangan ingat kita saja yang menang.laju biar berpada...ok la tue...~~
##huhu...maap sangat2 yer,bah...esok mesti k.ngah kena marah dengan mama..##
~~k,lah..selagi hidup cubaan dan dugaan memang banyak. jangan takut. kuatkan semangat
kecik tue. memang ada dugaan yang lagi besar..bersedia lah..dah...p tdoq lena..kereta abah
buat sendiri nanti...~~
##huhu...maceh abah..k.ngah sayang abah sangat..nite, abah..salam,yer...##
v
v
v
v
v
v
menitis air mataku, bila msg dengan abah...aku xkuat..selalu sangat susahkan abah..
tapi, abah xpernah rasa nak marah..mungkin marah dalam hati..
tpi, abah xpernah tunjuk...abah bagi nasihat lagi...
abah taw, aku jenis yang cepat sedih...abah taw aku nie anak dia yang macam mana...
k.ngah sayang abah sangat...semoga rahmat ALLAH sentiasa bersama abah..
luv u, abah...mmmuahx..!!

Saturday, March 12, 2011

Wuduk Dan Zikir, Ubat Paling Mujarab Hilangkan Kemarahan

Oleh Mohd Shukri Hanapi


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata:

“Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah:

“Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud:

“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud:

“Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah, ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Friday, March 11, 2011

Alhamdulillah...=)

Alhamdulillah...
setelah sekian lama menyepi, baru sekarang dapat balik umah dan kembali berblogging.
windu sangat...terasa gatal jari jemari nie nak menaip..kui3x!!
alhamdulillah jugak, aku dah pon dapat tempat untuk industrial training.
setelah berbulan-bulan menunggu jawapan,syukur sangat ke hadrat ilahi..
area penang.mungkin ada hikmahnya aku dapat kat situ.at least,
if abah dah dipanggil untuk operate di sana nanti, 
everyday aku boleh melawat abah...
xlah mama rasa letih and xlah abah rasa sunyi nanti..new news yang daku dapat tahu, 
bila aku sampai umah,
mama dah ambik lesen keta...dok kalut suruh ajar pasal ujian statik.
comel betol aku rasa...gud luck yer,mama...
semoga lulus dengan cepat..muahx!!
for the next week activity, we all nak pergi hiking (under Unimap)...
wah2..menariknya..da lama rasa xjoin activity macam tue...
sapa cakap perempuan bertudung, xbole buat activity lasak??
yang penting,pandai jaga diri...dan pandai jaga kehormatan sebagai seorang perempuan.
aurat dan kehormatan jangan ditunjukkan..x gitu?
insyaallah....semoga semuanya berjalan lancar...
berkatilah perjalanan kami,Ya Allah...
Semoga kami dapat pergi dan kembali dengan selamat...aminnnn...=)