Thursday, October 30, 2014

C.O.V.E.R your A.U.R.A.H. . .

Assalammualaikum w. b. t . . .

 

Wahai sahabat muslimah saya yang cantik di luar sana, seperti mana yang kita tahu sebagai muslimah kita WAJIB menutup aurat, bukan?? Yaaa. . . di sini saya ingin kongsikan cerita saya sebelum ini. Sebelum ini saya belum 100% menutup aurat. Yaaa, memang bila keluar rumah saya pakai pakaian yang menutup aurat, pakai tudung but sometimes stokin tak tepakai. Hand socks tak terpakai. Baju pulak kadang-kadang masih nampak bentuk tubuh dan tudung pun sesuka hati jaaaa pakainya.

Bila bertemu saudara mara pulak, adat salam menyalam ikut suka hati. . . Sebab dah terbiasa dari kecik, hormat saudara yang lagi tua. . .Tambahan pulak, soal bapa saudara dan sepupu. Main salam sesuka hati. Dalam rumah pulak, bila abang ipar ada, tudung pon tak terpakai. Memang dalam hati berazam nak tutup fully. . .Tapi. . . segan dan risau apa pandangan orang. Sepatutnya, risaukan pandangan ALLAH. . .Tapi, mungkin jahil lagi waktu tu kannnn. 

Satu hari, waktu kat rumah kakak di Terengganu, kakak ada ambil gambar saya yang tidak bertudung dan upload ke group wassap family. Tetiba ditakdirkan ALLAH, mak su saya reply kat kakak, mintak saya cuba pakai tudung bila berhdapan dengan abang ipar. Saya terima teguran mak su dengan hati yang terbuka dan dengan sangat berbesar hati kerana ALLAH menggerakkan hati mak su untuk menegur saya. Kalau tak, entah sampai bila saya nak berubah. 

Mak su pesan, tutup sikit-sikit. . . Mungkin awalnya tak berapa selesa, tapi lama-kelamaan kita akan dapat sesuaikan diri. Kita tak tahu bila ALLAH akan jemput kita, dan dalam keadaan apa ALLAH akan jemput kita. Tapi, biarlah bila ALLAH jemput kita dengan keadaan kita yang sempurna dan menutup aurat. Mulai saat tue, saya terus berubah sedikit demi sedikit. 

Saya akan pastikan tudung sentiasa labuh walaupun saya hanya pakai tudung bawal sahaja. Tapi kita boleh pilih bidang yang besar kannn?? Pastikan hand sock dan stokin sentiasa pakai bila keluar rumah. Jaga adat salam menyalam, yang mana halal dan haram untuk kita salam, sila pastikan betul-betul yaaa...!!!


Alhamdulillahhh. . . semoga dengan perkongsian ini dapat kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Juga semoga kita sama-sama istiqamah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. 

W.A.N.I.T.A Anugerah Terindah . . . <3<3<3

Wassalam. . .

   









Wednesday, October 29, 2014

K.E.M.B.A.L.I

Assalammualaikum w. b. t. . .

Lama sudah rasanya tak menjenguk blog nihhh...Rasanya hampir setahun sudah blog ni aku tinggalkan sepi dan tidak ter 'update'. Sebenarnya banyak benda yang aku ingin kongsikan sepanjang perjalanan hidup ini. Namun, sebagai manusia biasa kekadang aku terleka dan terlupa buat seketika.


Bermula 8hb Oktober 2014, mulalah saat aku bergelar Pelatih di Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) cawangan Yan, Kedah. Tahap pelatih ni selama 3 bln. Then, akan ke sementara dan tetap. Tetap tue tak tahu bila la  kan. Maybe 2 hingga 3 tahun. . . huuuu

Alhamdulillah. . . semuanya ALLAH aturkan dengan cukup baik sekali, di mana aku ditempatkan satu cawangan dengan sepupu iaitu anak Mak Long. So, dia pon offer aku untuk menetap sementara di rumah dia. Lagipon memang susah nak cari rumah sewa area sini. Pastu pulak rasa cam cost tinggi sikit sebab duduk sorang. Lain la kalau ada teman nak kongsi. So, buat masa sekarang aku just menetap di Sungai Petani, dan untuk duduk rumah sewa pulak nanti lah aku fikir-fikirkan. Insyaallah. . .


Alhamdulillah jugak suasana kerja memang happening dan sangat rilexs. Boss dan staff pulak memang sporting and cool habis. Insyaallah. . . semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH.

Sampai di sini saja aku nak kongsi buat masa sekarang. Semoga semua yang membaca blog ni akan sentiasa di dalam rahmatNYA. Bertemu lagi di lain entri yaaa. . .

Wassalam. . .