Monday, February 18, 2013

Sedihhhh. . .

Assalammualaikum w. b. t. . . 

Air mata laju mengalir. Entah kenapa malam nie aku terlalu sensitif. Aku terasa dengan adik-adik. Terasa hati bila mama menyokong adik-adik. Terus tinggalkan makanan di depan mata, walaupun pada mulanya niat aku untuk makan. Tengahari tadi aku hanya makan sedikit mee goreng. Lantas tangan segera mencapai vanilla shake + NW Formula. Selesai bland, aku terus masuk ke dalam bilik tanpa berkata sepatah. Minum di dalam bilik. Air mata tak dapat disekat lagi. . .Laju mengalir di pipi. Aku hanya perlukan seseorang di saat ini. Seseorang yang dapat sejukkan hati aku. Teringat member-member di zaman universiti dulu. Semenjak aku join herbalife, semua hilang di sisi. Sedih. . .Pilu. .Perit. .Terkenang semuanya. Hanya ALLAH yang ada bersamaku di saat ini. Aku hanya mampu mengadu kepadanya. . .Semoga hari esok kembali jernih seperti sediakala. . .Aminnnnn. . .



Wassalam. . .