Thursday, January 31, 2013

Diuji ALLAH. . .

Assalammualaikum w. b. t. . .


Seharian hari nie terlantar. . .suhu badan semakin meningkat. Pening dan sakit terasa. Nak suap nasik pon terasa sakit tekak. Adeiiii. . .nie gara-gara tak cukup air dalam badan la neh. Time spectacular hari tue, tak boleh nak minum air banyak. Maklum saja lah, pi sana semata-mata nak training. So, tak nak ketinggalan banyak kelas gara-gara keluar ke toilet. Tiket bayar mahal tue. . .So, biarlah berbaloiiiiii. Then, sakit pon dapat. huhuhu. . . 

Semalam gagah jugak untuk jadi mc for Herbalife Opportunity Meeting kat K.Nerang. . .Disebabkan aku antara gen-H yang agak lama, tugas sebagai mc diserahkan kepada aku. Mulanya aku nak tolak, tapi cikgu kata buat saja. Apa pon aku tak ready, main rembat jaaaa. . .Kugagahi jua sebab tak nak kecewakan mana-mana pihak and aku rasa this is time for me to learn something. Memang aku belajar. . .Belajar dari pengalaman dan kesilapan untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.

Hari ni, online ja keja aku. Bila buka facebook, banyak invitation dari member. Ramainya yang nak bertunang. . .Tak kurang yang nak mendirikan rumah tangga. .Alangkah bahagianya aku tengok. Timbul sedikit kecemburuan jauh di lubuk hati. . .Laju air mata mengalir di pipi. Bila demam macam nih memang aku terlalu sensatif. Tak pasal-pasal jaaaa. . .Adeiii. . .

Bila nak sampai turn aku pulak. . .Terus termenung jauh dan mendongak ke siling sambil berfikir. . .Adakah insan itu di luar sana? Kenapa lambat sangat nak datang? Mungkin naik kuda agaknya. . .haha. .gembirakan hati sendiri. Walaupon aku tersenyum bahagia, selalu belajar untuk sibukkan diri namun kadang-kadang aku cemburu tengok orang lain bahagia. Cemburu tengok orang lain sibuk tersenyum dengan handphone masing-masing, tersenyum tengok orang lain yang membebel apabila ada yang mengambil berat. Jauh di sudut hati kenapa tak aku ditempat itu?? Terkenang kembali kenangan lalu. . .Hanya itu yang mampu temani diriku.

Adeiiii. . .kenapa jiwang sangat malam nie?? Please laaaa. . .Mungkin belum tiba masanya. . .Ya ALLAH, walaupun bukan sekarang, namun doaku semoga yang terbaik engkau hantar untuk diriku. Aminnnn. . .

Itu saja untuk hari ini. . .Terasa letih sangat. . .Ya allah, aku bersyukur kerana engkau telah berikan kesakitan ini kepada diriku kerna dengan itu telah ku tahu engkau masih menyayangiku. . .

Wassalam . . .


Tuesday, January 22, 2013

Aku Bahagiaaa =)

Assalammualaikum w. b. t. . .

Alhamdulillah. . .baru sebentar aku dapat order dari customer aku Kak Haini katanya nak upgrade ke 35%. Hari tue aku dah explain kat dia, macam mana nak consume herbalife dengan makan lebih murah. Herbalife adalah makanan nutrisi, yang telah membuatkan penyakit tiroid kak haini normal. Jadi, dia pon berminat untuk consume lagi product atau mungkinkah rezeki sunat dhuha pagi tadi??Hebat kuasa solat sunat dhuha. . .Aku percaya rezeki dari Allah s. w. t. . .Sedang aku kira-kira untuk buat order sambil duduk atas katilku yang empuk tue, aku biarkan pintu bilik ternganga. 


 Saja nak bagi senang mama or adik-adik nak masuk, tak payah aku nak bangun banyak kali untuk buka pintu. Malas aku!! Aku memang suka buat kerja atas katil, even waktu study dulu. Memang tabiat dah kotttt. . .Letih meniarap, berguling, tengok kipas, tengok bintang kat dinding. . .haha. . memang tak dak keja.


Sedang asyik aku dok kira-kira tue, mama pon masuk. "Buat apa keja pegang kalkulator jaaaa. . .kira apa??" tanya mama kat aku. Aku pon jawab, "Ada lah. . .". Aku malas nak explain panjang. . .yang penting dapat bagi duit kat mama untuk belanja sudah. Aku pon sambung kira. . .sebelum mama turun dari katil mama tengok laptop aku yang dok sandaq kat dinding katil tue. Aku buka facebook time tue. Saja biarkan terbuka. Mama cakap, "Mama nak tengok gambaq adam (cucu sulung, merangkap anak k.long). Buka sat kat mama." Aku pon layan kejap kerenah mama. Tekan kat sini ma, "Tekan anak panah nie untuk tengok gambaq-gambaq lain." Abeh semua gambaq mama tengok, aku pon cakap "Ma, try la chat dengan k.long. K.long online tue."

Mama cakap, "Mama mana reti nak tekan. K.ngah tulis laaa. . .mama habaq." Aku kata, "Ma kena belajaq sendiri. Kalau tak sampai bila pon tak taw nak chat. Senang jaaaa." Aku pon ajaq mama chat dengan k.long. Tulis satu ayat ja, pastu mama tanya "Nie nak padam macam mana nie? Pemadam mana?" haha. . .aku gelak. "Ma cari tengok kat situ yang tulis 'backspace'. Haaa, tue untuk padam." Mama gelak sambil bersandar kat badan aku. Bahagia aku rasa. Aku suka bila mama buat camtu. . .Aku rasa dekat dengan mama. Pastu aku tengok mama macam mengharap sangat k.long reply. Aku nampak dari sinar mata mama. Aku taw dia bahagia bole chat dengan anaknya yang jauh. . 

Aku pon sms k.long. "Mama yang dok chat ngan yong kat facebook tue. Cepat reply!!." Segera k.long melayan mama. Aku rasa senang hati tengok mama tersenyum. Senyuman tue sangat bermakna dalam hidup aku. Senyuman yang membuatkan hati aku bahagia dan berbunga-bunga. Aku pon tinggalkan mama dengan laptop aku. Aku keluar tengok tv. . .Tengok ja apa yang patut walaupon tak best. hahaha. . . Bila dah letih, mama pon cakap, "K.ngah nah sambung chat ngan k.long. Mama tak larat tekan dah. Satu-satu nak kena cari. Ngantok aihhh.." Aku sengih dengar bebelan mama. Aku sangat senang sekali. . .Then, aku pon continue ambik tempat mama chat dengan k.long.


To my beloved mama, i'll always make you smile. Bahagia sangat tengok mama senyum. Tak sanggup berjauhan dari mama. Hanya doa mama yang mampu bagi k.ngah kejayaan. Terima kasih ALLAH kerana anugerahkan aku mama yang TERBAIK di dunia. Semoga ALLAH memberi mama dan abah kesihatan yang baik untuk melihat anak-anakmu berjaya. Aminnnnn. . . <3 <3 <3

Wassalam. . .



Sunday, January 20, 2013

Sebak hati ini. . .

Assalammualaikum w. b. t. . .

Bila jari-jemariku yang comel nih dah start menaip, memang susah la nak berhenti. Nak start tadi loading dulu. . .hahaha. Actually aku nak story about tomorrow memandangkan tak sempat nak buka laptop, so aku postpone hari nie ja. Bole pulak macam tue ek. . .Kelmarin aku ke Fuller Hotel kat Alor Setar. Ada STS gen-H kat sana. Very inspired. Group KL turun sini untuk sharing and bagi tunjuk ajar tentang kekuatan depa kat sana. Memang sangat teruja. Sharing testimoni income dari 15k-91k . . .Masyaallah, muda mudi dalam herbalife memang very interesting. Datang pulak masing-masing dengan pasangan. Usia muda lagi dah kawen. Bahagia nya aku tengok. Hope one day aku pon akan macam tue jugak.

Lepas abes dari sana aku singgah ke kelab nutrisi. Rehat-rehat sambil bercerita kejap untuk menghilangkan letih. Then, mak cik sms sebab dia nak ambik product. Aku terus patah balik ke rumah tok sebab nak hantar product kat mak cik and sambil-sambil tue bole follow up mak lang aku skali.

Bila semua dah settle, tinggal aku dengan sepupu aku yang baru 8 bln kawen. Kami duduk berdua kat ruang tamu. Rupanya dia nak story kat aku something. Sedih aku dengar kehidupan dia. Actually, sepupu aku yang betol adalah husband dia. So, bila dia kawen dengan sepupu aku dia pon terus jadi sepupu aku jugak lah. Muda lagi, tahun nih baru umur 22 tahun sedangkan my real sepupu umurnya 28 tahun.

Dia cerita yang dia tertekan, kecewa dan tak bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Kesian sangat. . .dapat husband pulak yang macam tue. Tak ada pekerjaan tetap, panas baran pulak, kuat mengongkong and 1 yang aku tak bole lupa adalah dia cakap dia jumpa 'ganja' dalam bilik. Ya allah, terkejut aku dengaq. Aku tak sangka sangat. . .Aku memang kenal sepupu aku yang lelaki tue memang panas baran. Tapi, aku ingat bila dah kawen akan berubah. Tapi, rupanya lagi teruk.

Kesiannnn. . .Dia cerita kat aku pon sambil mata dah bengkak asyik nangis. Padan lah aku selalu tengok dia masam ja. Tak ada keceriaan disebalik wajah tue. Habis semua barang kemas peninggalan arwah mak dia kena gadai. Duit pulak langsung tak da. Nak keja, husband tak bagi. Konon dapat tanggung la sangat. Balik kampung sendiri pon kena marah. Bergaduh tue hampir setiap hari!

Ya ALLAH. . .Engkau tunjukkan jalan dan hikmah di sebalik engkau berikannya ujian. Dia cerita, dia akan cuba selamatkan rumah tangga dia selagi termampu. Dah la baru keguguran. Aku nampak dia sangat kuat menanggung semua tue. Tapi dia cakap setiap orang ada tahap kesabarannya. Aku hanya mampu mendengar dan memberi nasihat. Aku tak pernah lalui semua tue dan aku harap aku takkan lalui semua tue di alam rumah tangga aku nanti. 


Semoga engkau tabah menghadapinya. . .Mungkin kah di sebalik semua tue, terselit pelangi yang indah. Aku hanya mampu berdoa yang baik-baik saja di dalam rumah tangga kalian. Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui.

~ ~ Sebelum aku balik, aku cakap kat dia, "kak, sabaq banyak-banyak nah. Kak boleh luah kat saya, kalau kak rasa tak larat nak tanggung semua tue. Mungkin dengan cara tue, kak sedikit tenang." Then, dia nasihat aku, "Naim, kalau nak kawen pilih orang yang elok-elok. Kenai hati budi dia betul-betul. Jangan jadi macam kak." Sebak aku dengaq. Sepanjang drive terngiang-ngiang kata-kata tue. ~ ~

 Wassalam. . .

Friday, January 18, 2013

Fitness Club

Assalammualaikum w. b. t. . .

Tanggal 18/1/2013 seawal jam 7.00 am (actually tak berapa awal lah. . .hikhik) aku dah bersiap untuk ke fitness club kat Garden Kuala Nerang. Sebelum tue aku kejutkan adik aku yang paling kecik. Semalam dah janji nak bawak dia pi join skali. Japgi tak kejut membebel la seharian kat aku. So, around jam 7.30 am kami pon bertolak pi. Dekat jaaaa. . .Tak sampai 5 minit pon dari umah aku, kalau pi ngan transport la. Kalau jalan kaki tue, mungkin lama sikit. hehe...

Tengok adik aku semangat nak buat push up. . .xpadan ngan kecik.

Fitness club hari nih merupakan fitness club yang pertama kali dibuat. Alhamdulillah, lebih dari 10 orang yang join dan coachnya adalah cikgu aku jugak. Cikgu Azrol Nizar, merangkap cikgu sukan kat sekolah menengah dato' syed ahmad (sekolah aku waktu form 1- form 3 dulu). Hari nie rasa sedikit bangga dan bersyukur sangat sebab dapat buat 10 pusingan garden. But bukan nonstop lah. . .Habis satu pusingan, kita buat stretching sikit. Then, kita continue lagi. Lepas habis 10 pusingan, kita buat exercise lain pulak.

Berehat sebentar bersama Kit Kat =)

Semangat betol anip dan shafizi-bakar kalori tue!!

Lastly kami mendengar sedikit taklimat tentang kesihatan daripada coach kami. Before exercise minum shake and after exercise pon minum shake. Untuk dapatkan bentuk badan yang cantik. Next week kita bakar lagi kalori tue. Yessss3x!!Tak suka lemak. . .hahaha

Neway, gambaq aku satu pon tak dak. Sebabnya aku yang dok gila ambek gambaq orang. It's ok, thats all cuma untuk kenang-kenangan di hari tua. For the second fitness club, kita ambik gambaq ramai-ramai pulak ehhh. . .Terbaek. . . =)

That's all for today. See you at next entry.

Wassalam.

Alhamdulillah. . .

Assalammualaikum w. b. t. . . 

Walaupon saki baki letih pada hari ini masih terasa, tapi terasa nikmat dan berbaloi sebab majlis yang telah dirancang berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Syukur alhamdulillah kehadrat illahi. . .Tanpa izin dariNya siapa lah kita. Majlis yang disebut tadi adalah Mini HOM dan Birthday Party untuk bulan Disember lepas dan January tahun ini. Awal minggu sudah dirancang dengan teliti. Actually tak berapa teliti sangat laaa. . .sebab tak pernah handle majlis-majlis cam neh. Rasa tak percaya pulak boleh buat. Kata kak Shima, try ja mula. Apa yang penting adalah berani untuk bermula. Berani menempuh kegagalan. . .Kalau tak, sampai bila-bila pon kita tak taw tahap kita di mana.

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran kami semua telah berjaya melaksanakan majlis ini. Walaupon kami hanya seramai 5 orang saja, tapi semua kerja dibuat bersama-sama. Letih dan penat dikongsi bersama. Menu yang dirancang adalah bihun goreng, buah-buahan, cucoq, air teamix herbalife. Aku turut sponsor keropok sebagai makanan sampingan. Sehari sebelum majlis kami berkumpul dan berbincang sekali lagi. Dan gambaq di bawah adalah hasilnya. hahaha. . .Herbalife is SIMPLE, FUN and MAGICAL.

Love my new family in HERBALIFE. . .

Tiba pada hari yang sepatutnya iaitu hari ini, sedari pagi kami berkumpul untuk mengemas kelab dan rehearsal sikit-sikit untuk melancarkan perjalanan majlis. Aku selaku mc memang dari semalam dah susun skrip. Panjang lebar tulis, yang rehearsal nya belum. Agak takut dan gemuruh juga memandangkan ini merupakan kali pertama aku nak jadi mc untuk majlis macam neh. Tapi bila ramai yang support aku rasa sedikit rilex walaupon disudut hati aku, hanya ALLAH yang tahu. Tapi, aku akan redah untuk bermula. Aku yakin aku boleh buat.

Majlis dimulakan dengan aku memperkenalkan diri, bercerita serba sedikit tentang company dan product herbalife. Terus masuk kepada testimoni dan pendapatan distributor herbalife. Seterusnya, aku pon menjemput International World Team Member Shafizi Shamsuddin (merangkap upline aku) sebagai guest speaker untuk sharing dengan tetamu yang hadir. Aku sangat terkedu bila dengaq sharing daripada Shafizi. Start buat bisness dari umoq 19 tahun. Sudah 1 tahun setengah consume herbalife. Last month income rm3500 dan telah melancong ke 3 buah negara dengan herbalife. Singapore, Macau, Hong Kong. Sangat luarrrbiasaaa. . . (Aku nak piiii jugak!! Uwaaaaa) Why herbalife beliau juga sangat menarik. Buat herbalife sebab taknak berjauhan dari family, nak bawak mak ayah tunaikan haji dengan duit herbalife, nak sponsor kawan-kawan main bola, nak melancong ke seluruh dunia dan nak buktikan orang yang tak skolah tinggi pon mampu pegang duit banyak!! Very inspired, right??

Lepas dah dengar sharing daripada Shafizi, kami juga ada sedikit recognition untuk senior consultant (35%), untuk success builder dan Qualified Producer (42%), dan lastly new supervisor (50%). Get Team Rosimah Saad telah dijemput untuk memberi sijil kepada sesiapa yang telah pon qualified. After that, kami ada sedikit cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Alhamdulillah. . .Lepas ja cabutan bertuah kami terus potong kek dan ajak semua orang untuk makan-makan. 

Lastly, sebelum kami makan kami adakan sesi bergambaq sebagai kenang-kenangan. Dan. . .inilah suasana nya. . . Hasil daripada event hari nih. . .Terima kasih kepada semua yang hadir untuk menceriakan majlis.

 Muka-muka ceria di KN Nutrition. . .(aku dibelakang, tak sedaq diri tue rendah. . . =)

 Alhamdulillah. . .Banyak pelajaran kami belajaq hari nih. Segala kelemahan mestilah dari diri kami sendiri. Segala yang baik-baik tentulah dari ALLAH s.w.t. Insyaallah. . .segala kekurangan kami akan jadikan pengalaman untuk mematangkan kami dan kami akan cuba perbetulkan di masa hadapan. Dan selepas ini kami akan rancang untuk next punya event. Antara plan yang dah dirancang adalah kami akan adakan Majlis Bacaan Yassin ataupon tahlil, Mega Shake Party, dan jugak Fruit Party. Itu ja yang telah disuarakan setakat ini. Insyaallah, kami akan plan lagi di masa hadapan untuk semua orang di Kuala Nerang. Doakan kami. . .semoga dapat bantu orang sekeliling menjadi lebih sihat dan dapat memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Go!!Go!!! Aminnnn. . .

Wassalam . . .

Saturday, January 12, 2013

Ada apa dengan HARI INI. . .

Assalammualaikum. . .

Alhamdulillah. . .semalam dapat tidoq lena. Lega rasa hati. . .Pagi nie bangun awal. Lepas solat subuh terus bersiap-siap untuk ke Herbalife Success Training Seminar kat Alor Setar. Event start pukul 11.00am but aku kena sampai awai sebab aku jadi action team. Tugas aku tolong bancuh shake untuk ahli action team yang lain ja. Kerjasama dalam kumpulan tue penting sebab nak menjayakan majlis. No problem. But, aku rasa pengalaman jadi action team pon menarik jugak sebab aku lebih rapat dengan semua orang. Then, aku bole makan seberapa banyak shake yang aku suka. Nyammm. . .nyammm. . .shake memang sedap. Tambah pulak ada 5 flavour. Semua aku mix sekali. Waaaa. . . Terbaik arrr. Tahniah to my body!! Sebab dapat nutrisi yang seimbang dan sangat berkhasiat hari neh. Love you, my body!

After STS, aku jumpa member sekolah yang dah lama tak jumpa. 9 tahun tue!! Windu kamooo. . .haha. Actually, bukan member sangat la but my close senior. Jumpa balik dalam facebook jugak. Zaman sekarang katakan. . .Semua informasi di hujung jari ja. Nak story sikit pasal my senior neh. Orangnya kecik-kecik jaaaa. . .But, of cause la lagi tinggi dari aku. Zaman sekolah dulu, sangat suka kacau aku senyap-senyap. Hantar bunga la time 'rose day'. Bagi apple la time 'apple day'. haha. . .Comel betol, sama macam tuannya. Dah tue, siap menyamar kat dalam telefon lagi!Adeiii. . .bila ingat balik memang lawak gila kenangan dulu. But, story dia tentang kehidupan dia sangat menyentuh perasaan aku. Kesian sangat. Baru ja putus tunang. . .gara-gara pihak perempuan terpikat dengan lelaki lain. Sedih kan. Malu family dia. Begitu hebat tamparan yang diterima oleh family dia. Dekat sebulan ja nak sampai tarikh kahwin. Aku doakan dia dapat mulakan hidup baru. Tahun baru nih, buka buku baru. . .coret cerita baru yang indah-indah ok!! May GOD bless you always!!

Around pukul 6.00 pm aku bertolak balik untuk ke kelab nutrisi. Sebab ada 2 orang nak taw macam mana nak turun berat dengan herbalife. So, keja tetap keja. Anytime bole sampaikan misi Mark Hughes. Alhamdulillah, rush drive sampai kelab around 6.35 pm da. Member 2 orang tue pon tengah tunggu. So sorry. . .memang rasa bersalah sangat. Hari nie disebabkan Cikgu Azim ada, dan memang nak Cikgu Azim ada pon sebab dia sangat lah pakar bab nak explain-explain kat orang dengan penuh keyakinan neh. Jadi Hukum ABC pon terbentuk. Aku hanya pemerhati yang belajar macam mana cara nak close orang. Alhamdulillah. . .malam nie 2 orang new member aku dapat. Ayu dan Linda, Welcome to Herbalife!! Insyaallah saya akan tolong kamu sedaya upaya untuk turunkan berat badan tue yer!! Dapatkan result yang membanggakan dengan apa yang di invest taw!

Around jam 9.00 pm, aku balik rumah. Sebelum tue Cikgu Azim sharing sikit. Kata-kata yang aku tak dapat lupa adalah, "Jaga hubungan dengan Allah. Kalau diri terasa jauh, cepat dekat-dekat kan balik. Sebelum tidoq jangan lupa solat sunat hajat dan solat sunat taubat. Di pagi hari, jangan sesekali tinggal solat sunat dhuha. Sunat dhuha sangat besar ganjarannya. Pintu Rezeki Allah seluas langit. Kejap ja buat. Dan lagi satu, jaga hubungan sesama insan dalam pergaulan. Jaga batas-batasan nya. Tue saja. Semoga tahun nie kita sama-sama dapat bayar zakat. Insyaallah bisness kita takkan jatuh. Tue ja senjata yang kita ada untuk memajukan bisness kita, dan tue semua tak ada pada orang kafir".


Alhamdulillah. . .Syukur dengan hari ini. Dah tepat jam 10.55 pm. So,aku nak solat dan terus tidoq. Esok nak keluar kerja lagi. Letih rasa hari nih, but love doing this job. Very enjoy and no stress-stress!! Selamat malam semua. . .Semoga hari esok lebih baik dari hari ini. Begitu juga dengan anda.

Wassalam. . .

Friday, January 11, 2013

Meeting at KN Nutrition . . .

Assalammualaikum w. b. t. . .

Malam nie just nak sharing pasal meeting tadi. Yang mengetuai meeting tue adalah cikgu Mahizal Azim dan cikgu Roshimah, selaku owner kelab KN. Nutrition. Meeting bermula jam 9.00 malam. Tapi aku saja datang awal sebab aku rasa down sangat sejak kebelakangan nih. Macam-macam yang aku fikirkan, kenapa ntah aku rasa sangat serabut. Meeting disertai oleh group dari kuala nerang jugak. Kakak Marfizah (World team), Shafizi (World team), Aku (Supervisor), Bangah (Senior Consultan) dan Hanip (distributor).

Meeting bermula dengan cikgu Azim bagitaw agenda atau perjalanan waktu SPECTACULAR nanti. Aku qualified untuk FRESHMAN CLASS, SUPERVISOR TRAINING dan jugak PARTY (tema malam tue 'Flying to Success'-nak pakai camna ek??adeeiiii). Alhamdulillah. . .qualified untuk event yang besar sangat mengharukan aku. Setahun sekali, maklum saja lah nama pun ulang tahun herbalife. Syukur padamu ya ALLAH. . .

Selepas agenda untuk spectacular, cikgu Azim membincangkan target untuk ke level seterusnya iaitu 'WORLD TEAM' and 'ACTIVE WORLD TEAM' but cikgu Azim lebih focus kepada active world team. Cikgu kata, bila kamu bole capai active world team, bisness kamu takkan jatuh. Active world team adalah tangga dimana kamu akan nampak bisness kamu berkembang sebelum ke level seterusnya. Focus dan plan semula cara kerja. Jadikan tahun nie lebih bermakna daripada tahun lepas.

Then, cikgu Azim suruh sharing pasal kerja untuk 10 hari yang lepas. Bermula dengan Shafizi (my sponsor) umur baru 21 tahun this year, but income around 3k-4k sebulan. Budak satu kampung jugak ngan aku. Terima kasih sebab tak pernah jemu ajar aku yang da tua nih, haha. . .Lepas Shafizi, giliran aku pulak sharing. Aku bagitaw yang aku agak slow sikit, 10 hari lepas. Tak taw kemana semangat tue hilang. Aku rasa macam aku tak dak group untuk sama-sama kerja. Sebab kat group KN. Nutrition mostly adik-adik yang lelaki berminat nak buat bisnes. Aku tak dak member perempuan. Aku rasa kurang selesa nak bergerak sama-sama mereka. Terus jatuh air mata. Cikgu Roshimah dan kakak Marfizah tengok aku nangis terus pakat menitiskan air mata sama-sama. Adussss. . .mintak maaf sangat-sangat. Sangat memalukan. Aku pon tak taw kenapa sejak kebelakangan nie cepat ja air mata nie jatuh. Then, aku dah tak boleh cakap apa-apa. Aku cuba tahan tapi tetap tak bole nak bercakap. Jujur aku katakan, aku sangat sayang this bisness sebab aku nampak masa depan aku dalam bisness neh. Cikgu Azim nasihatkan aku, "Naim bole menangis sekarang. . .Kurang semangat, jatuh bangun di herbalife. Cuma jangan stop!! Insyaallah, 5 tahun lagi naim akan menangis bila tengok income naim. Naim akan nangis time tue bila ingat balik semua nih. Percayalah. Saya dulu pon sama macam naim. 4 tahun lebih saya bertahan. Tengok income saya sekarang banyak mana. Insyaallah, cikgu yakin naim bole buat."

Terima kasih untuk cikgu Azim, cikgu Roshimah dan Kakak Marfizah sebab bagi aku semangat. Memang aku takkan berhenti dari this bisness. Aku yakin satu hari nanti semua impian aku akan jadi kenyataan. Cikgu Azim pesan, "Naim, lupakan yang dah lepas. Plan dan mulakan semula. Cikgu nak tengok kerja yang berterusan lepas nih. Bisness nie bisness kamu. Kamu yang letak income kamu. Kalau kamu nak income 10k, kerja ke arah itu lah."

Ya ALLAH, memang aku akui aku tak cukup kerja. Tak konsisten buat kerja. Mudah lemah semangat. Start dari hari esok aku akan bangun semula. Pagi esok aku ada fit club kat Tasik Jitra. Sambil-sambil bersenam, sambil-sambil buat kerja. Kerja di herbalife, very simple. Aku ja yang buat bagi complicated!! Lupakan perkara-perkara sampingan yang tak penting tue. Aku akan kerja sampai achieved target aku. This month mesti buat 2500vp!! Mesti jugak, ok!!

Ya ALLAH. . .Kuatkan aku. Permudahkan segala urusanku. Lapangkan hatiku. . .Luaskan rezekiMu ya allah. . .Semoga esok hanya akan ada perkara yang positif dan indah-indah sahaja. Aminnnnn. . . 


Wassalam . . .

Thursday, January 10, 2013

Can't SLEEP!!

Assalammualaikum w. b. t. . .


Disebabkan mata tak boleh nak pejam, lantas aku ambik keputusan untuk menulis sesuatu. Pusing kiri, pusing kanan still tak dapat nak pejam mata, laptop yang ada kat sebelah terus aku on balik. Banyak jasa kau padaku, wahai laptop. Mungkin sebab hadiah dari abah bila aku dapat masuk universiti, sebab tue dapat bertahan lama.

Macam-macam yang mengganggu fikiranku. Jatuh jugak air mata malam nih. Da lama tak nangis. . .Adeiii. . .Lemah balik. Kenapa eh?? Kenapa sekarang bila nak melangkah ke 25 tahun baru aku nak fikirkan semua benda-benda tuh. Hyperhidrosis!! Dari kecik aku alami penyakit neh. Aku pon tak ingat sejak bila. Takkan waktu aku baby? Mungkinkah? Tapi yang pasti waktu aku sekolah rendah, aku dah alami semua tue. Apa puncanya aku pon tak pasti. Memang tak dapat dikesan!!

Kalau nak diingatkan balik, waktu aku kecik-kecik dulu asal mewarna ja mesti comot lukisan aku. Gara-gara warna tue kembang sebab kena peluh. Bila tulis mesti kena lapik dengan kertas, kalau tak dakwat mesti kembang. Tak pon tangan mesti kena lap kat kain atau tisu. . .Sedihnyaaaa. . .

Walaupon bukan 24jam, tapi aku tetap rasa tak selesa. Bila masok sekolah menengah, setiap hari pakaian mesti kena basuh. Stokin setiap hari mesti ditukar. Kadang-kadang setiap hari 2 pasang stokin, sebab aku tak selesa bila cuaca panas. Tangan dan kaki mesti cepat berpeluh. Bila salam dengan cikgu or orang yang lebih tua mesti orang akan tanya, "Sejuknya tangan. . Awat ketaq ka?" tak pon mesti akan tanya, "Awat tangan basah nie?". Apa yang aku mampu lakukan hanyalah senyum tanpa berkata apa-apa. Aku masih ingat kenangan waktu aku practice nasyid waktu form 1 dulu. Aku bahagian alat muzik. Aku main tamborin. Time tue practice dengan pakaian pengawas warna biru. Practice dalam dewan pulak, memang panas!! Bila time aku main, ada seorang abang senior tegoq. Dia tunjuk kat baju aku. Mungkin dah lama dia perhati. . .Bila aku main tamborin tue, peluh kat tangan mercik kena baju. Baju biru memang nampak jelas lah. Lain la baju sekolah biasa yang warna putih tue. Bila dia tegoq depan-depan camtue terus aku lari keluar dewan. Nangis. Then aku ceritakan dekat ustazah tentang penyakit aku tue. Ustazah pon faham, dan abang senior tue pon slow-slow pujuk aku. Memalukan!! So, bila aku dapat main aku akan main. Kalau tak bole, aku akan stop kejap. Ataupon main sambil pegang tuala kecik. huhuhu

Bila masuk universiti pulak, time presentation mesti aku gelabah. Ketaq. Takot nak present kat depan. Tangan ngan kaki mesti berpeluh. Waktu mula-mula dulu, kawan-kawan pon hairan. Tapi, bila aku explain semuanya, depa pon faham dengan masalah aku. Then, yang paling aku trauma bila kena scan jari. Kalau time tue, tangan aku berpeluh memang cop jari takkan dapat detect. Pernah jadi dah waktu kat tabung haji dulu. Berkali-kali kena try again and again. Sedih, malu, segan semua ada. . .Tue kali terakhir aku pi. Lepas tue, memang tak pi dah!! Cari bank yang tak kena scan jari. huhuhu. . .

Dulu aku tak pernah rasa stress sangat sebab aku rasa penyakit aku tak seserius dengan orang lain. Mungkin ada yang lebih menderita dari aku. Aku patut bersyukur at least aku tak diduga seteruk mereka yang menanggung penyakit yang lebih serius. Aku patut rasa bersyukur. . .Tapi ya ALLAH, kadang-kadang aku lemah juga. Kadang-kadang aku merasakan tidak adil untuk aku. Berdosakah aku, ya ALLAH. . .

Tambahan pulak bila aku baca info dari internet. Macam-macam aku fikir. Macam mana bila aku dah berumah tangga nanti?? Adakah ia menjadi satu masalah? Aku takut sangat. . .Sampai terasa macam aku tak patut berumah tangga barangkali. . .Mungkinkah ianya menyusahkan nanti? Dapatkah si dia terima kekurangan aku nanti? Macam mana hidup aku nanti, ya ALLAH. . .

Terasa macam nak pergi jauh dan menyendiri. . .Jauh dari hidup semua orang. Hanya dunia aku saja. Bole tak macam tue?? Apa yang aku fikirkan nie. . .Maafkan aku, ya ALLAH. . .


Semoga aku dapat tidur dengan lena lepas ni. . . Selamat malam semua.

Wassalam . . .


Wednesday, January 9, 2013

Hyperhidrosis

Assalammualaikum w. b. t. . . .

Around jam 3.00 ptg tadi, aku ke Klinik Rakyat kat Pokok Sena. Last aku pi rasanya bulan 7 tahun lepas. Tetiba hari nie, aku terasa rindu pulak nak jumpa doktor tue (haha. . .ayat tak ley blah laaa. . .). Doktor India kot, tapi dia baik. Nasib aku baik sebab bila aku sampai, orang tak ramai pon. Yes!! Sementara tunggu nama aku panggil, aku pon baca article yang melekat kat dinding tue. Yang tertarik hati aku pasal satu article bunyi macam nie, "Rawatan Hyperhidrosis. Tanya doktor anda bagaimana rawatannya?". . .

Setelah aku baca dan amati semuanya baru aku taw penyakit yang aku hadapi dari kecik tue, namanya HYPERHIDROSIS. . .Bila nurse tue panggil aku, aku pon melangkah masuk. Bila da jumpa doktor, sebelum aku melangkah keluar aku tanya jugak doktor tentang penyakit tue. Dari kecik memang aku kerap sangat berpeluh kat kaki ngan tangan sampailah sekarang. . .Mungkinkah sepanjang hayat aku??. Aku ceritakan masalah aku kat doktor. Doktor tue cakap, penyakit nie tak bahaya, cuma mungkin kamu rasa tak selesa, hilang keyakinan, malu dan sebagainya. . .

Memang semua tue aku lalui dari kecik. . .But, aku tak pernah salahkan sesiapa. Mungkin ada hikmah ALLAH bagi aku penyakit nih. Balik rumah, aku search kat intermet. Bila baca, rasa takut melanda diri. Rasa nak nangis pulak. Sedih dan sebak. Ya allah, sesungguhnya aku kuat hanya denganMu, hidupku matiku hanya dengan izinMu. . .Aku takut nak tempoh hari-hari mendatang. . .Permudahkan lah semuanya. Semoga Engkau sentiasa di sisiku, ya ALLAH. . .Aminnnnn. . .

Wassalam . . .

Sunday, January 6, 2013

FT Island - I Wish

Assalammualaikum w. b. t. . .

Tetiba rasa nak post video klip neh. Comel sangat!! Berulang kali tengok dan pasang volume kuat-kuat. . .Rasa semua problem hilang. . .hahaha. Satgi skali ngan aku hilang dalam mimpi. . . Adeiii!

 Tekan PLAY taw!!

Daaaa. . .Bye-bye.

Wassalam . . .


What I've done??Blurrrr. . .

Assalammualaikum w. b. t. . .

Pertama sekali nak say sorry. . .kat someone. Mungkin dah terlanjur cakap, kadang-kadang buat sesetengah pihak terguris hati. Terlajak perahu boleh diundur, but terlajak cakap . . .huwaaaa. . .sedihnya!!! Apa aku dah buat neh?? Tak taw nak cakap apa. . .kecewa dengan diri sendiri!!

Actually, tak terniat nak cakap macam tue pon. Tapi, ntah kenapa!! Memang aku hanya layak duduk sorang-sorang. Tak payah nak bergaul dengan sesapa. Mesti tak da orang yang sakit hati nanti. . .Apa aku nak buat neh. . .blurrr. . .



~ Care too little, you'll lose them. But if you care too much you'll get hurt!


Wassalam. . .

Saturday, January 5, 2013

Rindu saat itu. . .

Assalammualaikum . . .

Terjadinya post ni sebab aku rasa bosan dan mula geledah gambaq-gambaq lama. Tersenyum sorang-sorang. . .huwaaaa. . . Really miss my frenz. . . Di mana kamu semua?? huhu. . .Bila kita boleh lepak macam dulu-dulu? Kalau diingatkan balik, memang banyak sangat kenangan kita bersama. Abeh tak taw nak pi mana, start moto tepi pantai k.perlis jugak jadi mangsa kita. Lepak atas batu kat tepi jalan tue. . .sembang-sembang, main buaian kat playground (kanak-kanak dewasa), nganga mulut sambil makan angin malam. Bila jam 12 tengah malam, balik hostel sambung sembang kat bilik pulak. Kalau tak ngantok jugak, bukak cerita hantu, tengok ramai-ramai dalam gelap!! Tapi bantal kat depan muka, pastue sampai part hantu keluaq masing-masing menjerit!! haha. . .Then, bila dah abeh idea kita main mekap-mekap. Pengerusinya mesti la si Larp neh (dalam gambaq - belakang sebelah kiri). . .Kawan aku yang tinggi lampai dan cantik manis tue memang pandai mekap!! Alangkah seronok, bila ingat balik. . .huhu

Busan time!!- (main mekap-mekap dan amek gambaq)

Hujung minggu, bila kita bosan mula la masing-masing konvoi ke bukit ayaq. Tak main la naek keta, merempit laaaa (but semua ladies k, tak remaja la ada lelaki. . .payah!!!haha). . . Kata member, sebab apa kita naik moto adalah senang!! Kita pi dan balik pakai seluaq dan baju yang sama. Tak payah nak salin-salin! Baju yang basah tadi bila naik moto nanti, sementara nak sampai kat hostel kering laaaa. . .Lawak kan zaman remaja kita??hehe

Holiday Time-Bukit Ayaq!!

Merempit Time!! Hahaha

Bila duit ptptn masuk, kita keluaq pi jauh sikit. Tapi, paling jauh Penang ja lah. . .Abeh seronok la bole keluaq ramai-ramai pi Penang. Pi tengok wayang sampai sana, macam la kat Aloq Setaq tak dak wayang kannn. . .Perlis lain la. Tak payah nak cakap, memang tak dak!!

Apa yang paling best?? Yang setiap hari kita buat bersama adalah. . .pi kelas dengan naik bas sekolah kuning!!Kat dalam bas, time pi kuliah mesti tidoq punyaaa. . .Tempat ke-2 yang paling best untuk tidoq, kalau tanya budak-budak unimap, for sure la dalam bas kuning. Laen la kalau budak-budak yang pi ngan keta kan. . .Mesti tak dak kenangan terindah tue!!Rugi-rugi. . . Time balik dari kelas mesti mulut tak berenti nak bercakap, turun dari bas pon bercakap, jalan nak balik hostel pon still bercakap. hahaha. . .

Kanak-kanak riang baru nak balik sekolah!!

Pastu bila sampai waktu makan, kita makan ramai-ramai. Buat bulatan dan makan bersama. Kalau time cuti, memang malas nak keluaq cari makan. Tambah-tambah hari ahad. Mesti banyak kedai tak buka. So, bila ada member nak keluaq, masing-masing order makan. Kesian kat member tue, kena bawak banyak-banyak. Tapi kawan punya pasal, apa pon no problem!!! Seronok sangat persahabatan kita. . .

Memang banyak kalau nak dikenangkan. . .Banyak sangat. . .Kalau boleh, nak undurkan balik masa tue. . .Nak ja lalui kehidupan tue sekali lagi. Ketawa, sedih, jatuh, bangun kita bersama. To all my BELOVED frenz. . . Suria, Shue, Wah, Larp, Sa, Mira dan Mak Wan, my wish >>>>>>>> All the best dalam apa jua bidang yang kalian lalui sekarang. Rindu sangat kat semua. . .Nak jumpa macam dulu-dulu balik. Kalau bole, jom kita pi holiday sama-sama!!! Nanti bila masing-masing dah ada family, susah pulak kan. . .apa kata kita plan sekarang?? Sementara masing-masing masih bujang neh, jom kita enjoy puas-puas. . yeahhh!!

Hepy time!!

Enjoy time (",)

Semoga persahabatan kita sentiasa diredhai oleh ALLAH s.w.t. dan berkekalan sampai akhir hayat. . .

Wassalam. . .

Wednesday, January 2, 2013

My dream in 2013. . .

Assalammualaikum w. b. t . . .

Tadi dok sibuk search kat google, tengok cotton jubah. . .Very nice. Sebenarnya dah lama berimpian nak tukar penampilan neh. Suka tengok budak-budak muda yang pakai jubah. But, very interested kat cotton jubah because nampak cool and simple ja. Tapi, agak-agak dengan ketinggian aku neh senang tak nak cari jubah yer?? Jangan-jangan nanti kena potong kat bahagian bawah. Oh, no!! Sayangnya! Search punya search aku jumpa jugak yang berkenan. Just nak letak dalam blog, because that's one of my dream for this year. So, bila aku buka blog aku takkan lupa dream aku dan bekerja lebih kuat lagi!! Antaranya . . .












Sukanya tengok Irma Hasmie. Nak-nak jadi camtue jugak!!!


Simple tak? Nanti pi survey kat Alor Setaq ja lah. Senang dan puas hati boleh tengok jenis kain. Bole try sekali. hehe. . . 
 
Wassalam . . .