Wednesday, October 29, 2014

K.E.M.B.A.L.I

Assalammualaikum w. b. t. . .

Lama sudah rasanya tak menjenguk blog nihhh...Rasanya hampir setahun sudah blog ni aku tinggalkan sepi dan tidak ter 'update'. Sebenarnya banyak benda yang aku ingin kongsikan sepanjang perjalanan hidup ini. Namun, sebagai manusia biasa kekadang aku terleka dan terlupa buat seketika.


Bermula 8hb Oktober 2014, mulalah saat aku bergelar Pelatih di Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) cawangan Yan, Kedah. Tahap pelatih ni selama 3 bln. Then, akan ke sementara dan tetap. Tetap tue tak tahu bila la  kan. Maybe 2 hingga 3 tahun. . . huuuu

Alhamdulillah. . . semuanya ALLAH aturkan dengan cukup baik sekali, di mana aku ditempatkan satu cawangan dengan sepupu iaitu anak Mak Long. So, dia pon offer aku untuk menetap sementara di rumah dia. Lagipon memang susah nak cari rumah sewa area sini. Pastu pulak rasa cam cost tinggi sikit sebab duduk sorang. Lain la kalau ada teman nak kongsi. So, buat masa sekarang aku just menetap di Sungai Petani, dan untuk duduk rumah sewa pulak nanti lah aku fikir-fikirkan. Insyaallah. . .


Alhamdulillah jugak suasana kerja memang happening dan sangat rilexs. Boss dan staff pulak memang sporting and cool habis. Insyaallah. . . semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ALLAH.

Sampai di sini saja aku nak kongsi buat masa sekarang. Semoga semua yang membaca blog ni akan sentiasa di dalam rahmatNYA. Bertemu lagi di lain entri yaaa. . .

Wassalam. . .


1 comment:

  1. Assalam...boleh saya tahu skop kerja sebagai pelatih Arrahnu.sebab saya akan bekerja ssbagai pelatih Arrahnu

    ReplyDelete