Friday, February 25, 2011

GeRammmmm...

Rasa penat sangat ari nie...pening,lenguh2 semua cukup da..
penat dengan pihak pengurusan kat sini..kalau xcukup kuat,rasa-rasa da benti agaknya...
benci..nyampah...ya allah,aku cuba sepositif mungkin...huhuhu...
mungkin ada hikmahnya,di sebalik semua nie..

tapi, masih ada geram tue kat hati nie...maklumlah aku manusia biasa..
ada rasa marah,geram,nyampah,meluat,sakit ati...semua tue ada...
tapi, satu ja...aku xpandai nak tunjuk depan orang...biar la kena marah,
kena perli or whatever...semua tue aku simpan dalam hati...
sebab tue kekadang bila xmampu nak tahan, menitis jugak
air mata nie...sedih sangat rasa...
ya allah, hanya padaMu aku mengadu nasib..
hanya Engkau yang tahu apa yang aku lalui...
Perhatikanlah aku selalu,Ya Allah....
Amin...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari kiamat adalah
orang yang paling banyak berselawat kepadaKu"......Al Nasai & Ibnu Hibban.


Selamat menyambut Maulidur Rasul 1429H saya ucapkan buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena Maulidur Rasul kali ini, biarlah sama-sama kita kembali menyusuri sirah Rasulullah saw, meneladani sifat & peribadi Rasulullah saw dan mengikuti segala sunnah Rasulullah saw dengan sebenarnya.

Monday, February 14, 2011

JaDiLaH WaNiTa yG PaLiNg BahAgiA

Setelah sekian lama rasa x ter'update' blog neh,gara-gara tenet slow 
and xsempat..tenet kat umah lak xley guna...ermm..sabo jer lah..
kali nie,nak update tentang buku yang baru dibeli...
time kuar jalan-jalan dengan abah..
abah cakap nak p POPULAR (location-PACIFIC a.staq),nak tengok2 buku..
last-last abah yang xbeli,aku lak yang beli..
buku tue macam menarik2 aku untuk beli ja..
aku pon xtaw kenapa...
belek punya belek,amik jugak lah...
jangan berkira sangat dengan ilmu...
nanti xbeli,dok terbayang-bayang lak kat umah..
hikhik...
Tajuk buku : Jangan Bersedih-Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia, then
Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
Apa yang menarik tentang buku neh???
Summary-buku nie mengimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya, merasa senang dengan kurniaan Allah yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembiralah dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya. 
Saudariku,
Bacalah buku ini agar ia dapat mengusir segala macam kesedihan dari dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.
Saudariku,
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal kepada kesedihan, tinggalkan kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhlah dari keputusasaan dan kegagalan. 
Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah dan merasa puas dengan qada dan qadarNya.
Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan:
"Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredaan 
dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini."

Monday, February 7, 2011

HaVinG a BiRthDaY ToDaY...=)

Hari nie,genap 23 tahun aku hidup di dunia nie..
Thanks to all my frenz,yang wish pada hari nie...
Semoga hari-hari mendatang akan lebih bermakna dan ceria..
Ya allah,pnjgkan umurku...supaya aku dapat membalas semua jasa abah dan mama dulu,
sebelum Engkau menjemputku,ya allah...
Jadikan aku anak yang solehah,jadikan aku hamba yang taat pada suruhanmu...
Perhatilah aku...tegurlah segala kesilapanku...
semoga aku menjadi hambamu yang beriman....
Amin....


Sunday, January 23, 2011

DeRmA DaRaH

22hb January 2011

Semangat aku bangun pagi neh..semangat nak p derma darah...untuk Hospital Tengku Fauziah..
kempen tue bertempat kat kolej kediaman laen..aku ngan rakan-rakan bersiap sedia untuk 
p cna...sebelum p,kami breakfast ckt..tue antara syarat-syarat untuk menderma..
sampai kat cna,mcm biasa lah...kena la baca syarat2 dulu..
bila syarat-syarat semua mencukupi,baru bole isi borang...

antara syaratnya ;
~umur mestilah 18 tahun ke atas..(budak2 kecik xyah derma la ek)~
~berat badan wajib 45kg ke atas..(lau kurang dari tue,takut membahayakan diri sendiri lak)~
~bukan dalam waktu subur (period)~
~x pregnant...(confirm la aku bukan kategori tue lgi,he)~
~xda sebarang penyakit..(takut effect kat si penerima lak)~
~hemoglobin wajib 12.5 ke atas..(kena check dulu la..lau x,aku pon xtaw..)~
then,banyak lagi la...

so,aku pon p ke bahagian untuk check hemoglobin...cukup or x,untuk melayakkan aku menderma..
"saya cucuk ckit kat jari yer"...kata mak cik nurse tue  kat aku..
macam 1st time lak kena...masuk ari nie,da 5x aku p kempen menderma...
tp,hanya 2x aku dapat menderma..yg selebihnya tue,hemoglobin aku xcukup..hanya 
cukup untuk aku sorang...huhuhu..

darah aku jenis A +ve..ikut mama or abah ek??
xkisah la mana2 pon...hehe...jnji anak mama n abah..
tunggu punya tunggu,jwpannya mengecewakan...huhuhu...hemoglobin aku 
cuma 11.9...ala...aku suruh nurse tue check skali ag...
tp,tetap jawapn yg sama..
kecewanya aku...kiranya da 3x aku xley menderma...darah aku cukup 
untuk aku sorang ja...

ehmm...so,aku tunggu la rakan-rakan yang bole menderma..
nurse td bagi vitamin nak bantu tambahkan hemoglobin aku..
then nasihat aku macam-macam...makan sayur la..
makan tue la,makan nie la...semua aku makan la...
tp,nak wat mcm mana...mana aku taw,hemoglobin aku cukup x...
confirm la vitamin tue aku xmau mkn...effect dia akan menambahkan selera makan..
naek berat badan aku nanti..
huhuhu...xmau la...da cukup berat kot..
k,lah...laen kali saya try lagi yer mak cik nurse...

maceh...

Ada sedikit info untuk tatapan pembaca,


14 Jun setiap tahun telah disambut sebagai Hari Menderma Darah sedunia.

Ulama dan pemikir Islam terkenal Dr. Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa menderma darah adalah salah satu bentuk sedekah yang paling utama di zaman sekarang ini. Sebabnya menjadi aktiviti menderma darah dalam konteks ini bukan sekadar membantu, tetapi sudah sampai ke taraf menyelamatkan nyawa seseorang. Jadi nilainya sangat tinggi di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT:

ومن أحياها فكأنما أحيا الناس جميعًا

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya”. (Al-Maidah: 32).

Aktiviti menderma darah sangat besar ertinya dan boleh menyelamatkan nyawa seseorang. Satu unit darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa mangsa-mangsa seperti demam denggi, mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah terutamanya musim perayaan, ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin, bayi yang memerlukan pertukaran darah, pesakit Talasemia, pesakit Anemia, mangsa kebakaran, pesakit leukemia, pesakit Haemifilia dan ramai lagi.



##pesanan-kepada rakan2 kat luar cna,derma lah darah..at least kita ley buat baik kepada masyarakat..n darah kita yang lama tue,ley ganti dgn darah yang baru...beshhhhh taw...=p

Friday, January 14, 2011

Hospital Pulau Pinang

Jarum jam menunjukkan lagi 5 minit pukul 5...mama kejutkan aku untuk temankan mama n abah ke hospital pulau pinang..aku merangkap peneman n driver untuk mama n abah pagi neh..argghhh...sejoknya..tanpa pikiaq pnjang aku pon,masak ler ayaq panas.mama tanya,ayaq apa atas dapoq tue...??aku apa lagi,tersengih-sengih macam kerang busuk...lalalala...sedapnya mandi guna ayaq panas..ley wat slalu la macam neh...
sampai kat Gurun,kami stop untuk solat subuh.then, teruskan prjalanan sebab takut jalan sesak.jalan kat penang bukan macam jalan kat kg nih...sesak sangat..2x tanya org,baru kami sampai kat hospital tue..pastu lak,nak kena cari parking.tue yang xberapa nak besh tue...pusing punya pusing,baru la jumpa tempat parking bertingkat...baru taw,yang ada parking bertingkat.patutla aku tengok dekat bawah tue,sikit ja tempat parkingnya...orite jugak la wat mcm tue..idea yang sangat bijak untuk sebuah negeri yang pesat membangun macam penang.
lepas buat pendaftaran,abah kena tunggu giliran untuk buat x-ray...pastu naek balik untuk jumpa pakar.mama temankan abah kat dalam.aku hanya tunggu kat ruang menunggu ja.lepas abah n mama kuar,aku tengok macam mama nanges..mama memang cepat sedih.doctor tue cakap,3 saluran utama kat jantung abah da tersumbat..lepas nie datang buat ujian darah n dengar ceramah pasal nak operation nanti.lepas dapat keputusan darah nanti,baru tentukan tarikh untuk buat operation.kalau darah abah ok,mungkin dalam masa 3 bulan lagi baru operate.tp,kalau darah abah da xberapa ok,kena cepat2 buat operation tue..
effect bila wat operation tue,maybe akan lebih sihat dari sebelum nie,meninggal,strok,buah pinggang and apa ntah lagi..ya allah...sebak aku dengaq...sebarang kemungkinan akan berlaku..tp,aku xkan putus2 berdoa supaya abah sihat balik macam dulu...aku sangat sayangkan abah..biarlah aku dapat bagi abah kebahagiaan dan kesenangan dulu...sebelum Engkau ambil abah dari aku sekeluarga...ya allah...aku tahu Engkau dengar permintaan hambaMu ini,ya allah...semoga kesihatan abah terpelihara dan panjangkan lah umur abah,ya allah ya robbal alamin....

Wednesday, January 12, 2011

Memberi Menambah Keyakinan Diri


source: www.earthmothercrafts.com
“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.
Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.
Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.
Pergi bercuti sepuas hati.
Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.
“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.
“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.
“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.
Si tukang kayu serba salah.
Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.
Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.
Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.
Terpaksa.
Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.
Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.
Malang sekali.
Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.
“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.
Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.
“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.
“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.
“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.
“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.
Menggeletar tangan si tukang kayu.
Hatinya ditaufan rasa sesal.
“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Dalam menghayati makna ERTI HIDUP PADA MEMBERI, hati sering dibisik was-was. Apa gunanya bersusah payah membantu. Cukuplah dengan segala kesusahan hidup kita yang sedia ada, kenapa mahu berpenat lelah untuk orang lain!
“Buat baik berpada-pada!” tokok sebuah peribahasa.
Hati yang akur dengan bisikan-bisikan ini akan mengeluh, “asyik aku sahaja yang memberi. Sesekali kenalah menerima. Terasa bagai dimanipulasi!”
Lalu datanglah segala penyakit sikap. Culas, acuh tidak acuh, ala kadar dan janji siap, menjadi sendi-sendi kerja yang dibuat tanpa sokongan jiwa.
Hakikatnya kehidupan tidak begitu.
Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan.
Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita berikan dalam khidmat kepada umat, tidak pernah kebaikan itu tidak berbalik kepada kita.
Hanya manusia yang lupakan Tuhan, tidak menyedarinya.
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” [Al-Israa' 17: 7]
Sumber:ABU SAIF @ www.saifulislam.com