Thursday, December 16, 2010

Salam Perkenalan

Assalammualaikum...
testing2..!!
1...2...3...
1st time nak try blogging neh..
tgk member2 luar sana ada blog cam beshhhh ja..
tp xpndai nak wat sangat...
nie pon aku belajar dari internet...bak kata orang "TRY N ERROR ja"..
aku suka baca blog orang...tentang masam manis kehidupan...
blog nie mestilah tentang perjalanan hidup aku yang x seberapa nie...dan jugak...koleksi2 menarik yang nak aku simpan sebagai kenangan dan tatapan pembaca di luar sana...

Ok, first of all diberi nama Nurul Naim bt Muhamad Razkhi..Dilahirkan kat rumah tok kat Kg Padang Petani, Langgar dan dibesarkan di Kuala Nerang, Kedah (memang anak jati Kedah). Of course nama abah Muhamad Razkhi dan nama mama Sharifah Ahmad (bukan sharifah aini taw). Abah cikgu kat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dan mama suri rumah sepenuh masa. Anak ke-2 dari 6 orang adik beradik yang tersayang. Ada sorang kakak dan 4 orang adik lelaki. Teringin nak adik pompuan la, mama...hikhik..

Ok, sekolah waktu time kecik-kecik dulu (kira sekolah rendah la ni) kat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai, pastu tingkatan satu kat Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad (sekarang dah jadi sekolah kluster), kenapa bukan time aku dulu depa xtukaq awai-awai ek? Lepas tingkatan tiga, aku continue aku punya study kat Sekolah Menengah Teknik Arau kat Perlis (form 4 dan form 5) dalam kos Kejuruteraan Mekanikal. Sekarang depa dah tukaq nama pon sekolah tue. Dah jadi sepenuhnya vokasional. Teknik Arau hanya tinggal sejarah...Xpa, kenangan masih tetap disimpan di hati...<3<3<3

Then, continue lagi aku punya study. Ya lah, selagi kita hidup biar penuh ilmu di dada. Ilmu xkan pernah habis untuk kita cari dan belajar. Bak kata pepatah, belajarlah kamu hingga ke negara China. Tapi, kenapa negara China ja ek? kenapa x negara Somalia ka, Chile ka, France ka? Whatever lah...

Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) Perlis menjadi destinasi untuk aku menyambung pembelajaran aku dalam bidang Diploma Kejuruteraan Pembuatan bagi tahun 2006-2009. Time tue aku diploma untuk 1st batch. Sebelum tue, Kukum xpernah ambik student diploma lagi. Then, Kukum bertukar nama kepada Unimap iaitu Universiti Malaysia Perlis (macam tak sedap ja). Then, aku apply lagi untuk continue degree kat Unimap dalam bidang yang sama. Alhamdulillah, aku dapat sambung dengan tempoh tiga tahun dari 2009-2012.

Akhir sekali, selepas Unimap aku belum tentukan lagi destinasi hidupku. Samada ingin sambung ke peringkat Master ataupun aku akan terus bekerja. Nanti-nanti aku tentukan. Aku perlukan pandangan dari semua pihak, baru aku akan buat keputusan. Semoga ALLAH merahmati perjuangan aku dan rakan-rakan di sini.
Wassalam dan salam perkenalan ya...

No comments:

Post a Comment