Thursday, August 30, 2012

Khasiat Air Kosong

Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia. Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerana kebaikanya, ia amat penting bagi memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin.

Pentingnya air. .
1 – Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
2 – Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
3 – Air baik untuk sendi.
4 – Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
5 – Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
6 – Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
7 – Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
8 – Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

Sihatnya !
1 – Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
2 – Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
3 – Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
4 – Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
5 – Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
6 – Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
7 – Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .

Roadshow Pekan Naka

Assalammualaikum w.b.t....

Hai semua!!hari nie nak berceloteh pasal petang tadi ada p buat roadshow herbalife kat Pekan Naka. roadshow nie salah satu method untuk kita perkenalkan herbalife kat orang ramai. ramai yang tak tahu lagi pasal herbalife. tambah-tambah kat belah utara nie. so,kita yang tahu nih, menjadi satu kewajipan la untuk memperkenalkannya kat semua orang yang belum tahu. semoga semua orang nampak yang kesihatan nie sangat penting dalam hidup kita. 

prevention is better than cure, right?? so, tukarlah cara pemakanan kita sebelum nie dengan mengambil herbalife. tukar sarapan pagi dan sarapan malam kita. tengahari boleh makan macam biasa. tue yang menarik pasal herbalife. makanan biasa still kena makan. nasik pon still kena makan jugak. the important thing is air kosong mesti cukup setiap hari. minum banyak air kosong!!

 actually nak cerita pasal roadshow tadi lah. suka melalut jauh dulu..hahaha. kat tempat roadshow tue kita edarkan flyers dan jugak kita scan komposisi badan secara percuma. semua orang boleh try. lepas scan kita explain sikit tentang komposisi badan tue. bad or good dalaman badan kita tue. kalau berminat, bagi yang mampu bole beli terus package yang ada. untuk yang kurang mampu, bole p kelab nutrisi untuk minum dengan harga yang murah. setiap orang yang minum, akan ada seorang jurulatih yang guide. jurulatih akan guide customer yang minum tadi tue sampai dapat keputusan yang berkesan!!orang-orang naka sangat lah sporting abesss!! syok buat roadshow kat sana. walaupon kawasan kampung, tapi sangat sporting. 

enjoy sangat buat roadshow kat sana. roadshow start kol 6. kol 8 kita da berkemas untuk balik tunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba ALLAH pulak. keja, keja jugak. apa yang lagi penting adalah solat. kang tak berkat rezeki yang dapat tue. ok lah setakat tue dulu untuk hari nih. esok kita p buat roadshow kat pasar malam padang terap pulak. semoga orang-orang di sana lebih sporting!!aminnnn...


ready going to roadshow 

Wassalam... =)

Sunday, August 26, 2012

Istikharah Cinta

Assalammualaikum w.b.t

Bertemu kembali untuk entry kali nie. actually, aku baru ja sampai kat umah. tadi pagi ke Eastin Hotel, Penang. ada Mega Success Training Seminar (Mega STS) yang dianjurkan oleh Herbalife. menarik perkongsian untuk hari nie. tapi sayang, apa peluang yang aku nampak dan dapat dari sana aku tak pandai nak kongsi dengan orang-orang sekeliling yang aku sayang. mana tak nya, bila sebut pasal Herbalife ja masing-masing da bagi pandangan buruk.hmmm...p la tengok and dengaq dulu,sebelum nak buat apa-apa tanggapan tue...negetif betul pemikiran orang-orang kita..

its ok...aku akan buat dulu dan buktikan kat depa tue. biaq depa lak yang akan tanya aku sendiri nanti. semoga perjalanan aku dipermudahkan ALLAH...amin. bukan aku nak story pasal Herbalife sekarang nie..tengok tajok, istikharah cinta. ntah apa yang aku melalut ntah..(sorry ea). sebenaqnya macam nie, tadi on the way balik dari Penang (kira atas highway la time tue) aku dengaq lagu nie. ntah kenapa rasa sayu and tersentuh sangat..cuba hayati lirik lagu nie..kalau nak dengaq, dipersilakan download sendiri yer....sooo sorry. bole bagi lirik ja.hikhik..


Actually bukan tersentuh pasal cinta-cinta or nak cari pasangan nie, tapi sayu tentang solat sunat istikharah. da banyak kali aku berazam dan berniat nak buat solat sunat nie..tapi,tak pernah-pernah buat. kesal sangat dengan diri sendiri. kekadang bila kita buntu, kita xtahu nak pilih jalan yang mana betul dan salah, kita lupa yang ALLAH sentiasa ada untuk kita. ALLAH sentiasa menuggu kita 24jam. ALLAH suka bila kita meminta hanya padaNYA. Ya ALLAH, pandang lah aku dan beri lah petunjuk untuk aku memilih jalan yang benar...redhai dan berkati lah aku. lindungi lah aku dari sebarang musibah...hanya padaMu aku memohon..aku hambaMu yang lemah, leka, lalai dan kerdil di sisiMu, Ya ALLAH..

p/s: semoga aku dapat buat solat sunat istikharah nie...amin.

see you at the next entry ea.

Wassalam.


Really Sorry

Assalammualaikum w.b.t

Terlalu lama rasanya jari nie tak menulis sesuatu..bila ada seorang rakan tegoq, baru aku sedaq...amboiii..tak boley tinggai bahasa kedah dia aiiihhh..(mesti lah..hehe)..thanks ea, sebab tegoq aku and sudi merayap-rayap ke blog yang usang nie..sebagai manusia biasa kadang2 aku terleka seketika..huhu..maaf sangat2, sebab da lama tak update blog nie..mesti penulis yang laen tertanya-tanya kan?kenapa da lama sangat aku tak menulis (budget famous macam Dato' Siti plak)? sesekali tak salah..haha

Sebelum nie agak busy sangat dengan final year project actually, tapi still ada masa lah kalau setakat nak buka laptop and update blog tue...but, memandangkan internet di kolej kediaman aku really3x laju mcam sipotttt (maybe sipottttt tue lagi laju kot), maklum saja guna yang free.. and aku plak tak lah semampu mana nak beli broadband (membazir ja rasa, kadang-kadang) and dengan laptop pon macam sudi tak sudi ja...so, aku tak berapa ada hati nak menulis..
                                          
 
Gambar sekadar hiasan..hehe

Pada fikiran aku, kalau nak menulis blog nie...biarlah dari hati..ikhlas menulis.duduk dalam situasi yang tenang dan selesa. baru idea nak menulis tue ada (aku ja kot yang banyak alasan, orang lain bole ja). Sekarang aku bercakap tentang diri aku kan..macam tue lah hidup aku...idea akan datang kalau aku duduk dalam situasi yang tenang dan damai. umah plak sebelah hutan, memang tenang abeh la..haha..

Ok2..abeh ja final exam, walaupon result time tue tak kuar lagi..aku pon merehatkan diri aku kat umah selama seminggu camtue..then, aku buat herbalife dengan budak-budak kat K.N. Nutrisi club kat kuala nerang neh..bila dah bosan aku kuar buat keja part time jap kat Peladang Mart, Alor Setar. sebulan puasa aku kat sana. really2 happy and a lot of experience i have gained. pekerja kat sana sangat-sangat ramah and very friendly. thanks for everything..

Sambil-sambil keja kat sana, aku ada buat popia simpul and popia kari untuk dijual pada malam raya. sementara tue, ada jugak aku amek kueh raya dari orang untuk dijual (nak bagi penuh meja, and nampak pelbagai sikit). memandangkan, aku keja pada malam tue, so adik and rakan-rakan ambik aleh tugas aku untuk jual kat gerai pada malam tue. setakat bagi upah untuk buat duit raya sikit-sikit tue bole lah..alhamdulillah, thanks to adik and rakan-rakan.


Bila dah abeh semuanya, now i continue doing herbalife, as an independent distributor.. i don't know why i really happy doing all this job. kadang-kadang aku terfikir, aku nie lambat sedar apa yang aku suka buat sebenarnya..dulu follow ja apa orang buat.orang buat A, kita buat A..Orang buat B, kita pon buat B jugak. last-last...?? hmmmm.. it's not too late to ragret everything, i think...tak salah belajar semua benda..ilmu semua tue kan.. aku patut mula balik dari bawah...kalau aku minat bisnes, aku akan buat dari sekarang...

Kalau kita buat apa yang kita suka, kita minat...dengan izin ALLAH insyaallah, keikhlasan tue akan datang dalam hati kita. ok, da abeh pot pet pot pet. mesti da tak larat nak baca kan? sekarang tak dak alasan lagi untuk aku tak menulis taw. sebab sekarang banyak sangat masa free and internet pon da laju..cuma, laptop aku ja lah.. bertahan ya laptop..jangan buat hal taw. jangan sakit-sakit lagi. banyak kenangan dengan kamu ok..da masuk tahun ke-6 i think..really love u soooooooooooo much..

Sekian dulu untuk penulisan hari nie..rasanya masih belum terlambat untuk aku wishhhh,

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Selamat hari raya aidilfitri...maaf zahir & batin kepada semua pembaca (maklum lah raya kan sebulan..hehe).

see you at the next entry ea..i promise.. =)

wassalam...


Thursday, October 6, 2011

Demam


Assalammualaikum w.b.t

Baru hari ini aku dapat buka blog dan merayap-rayap ke blog2 yang lain, setelah 2 or 3 hari demam melanda. Sekarang pun masih ada rasa ketat-ketat hidung, lenguh-lenguh belakang...hukhukhuk...adoooiii, ai!! Lotih den!! Bosan sangat asyik terperap kat katil, tambahan pulak rindu gila nak merayau-rayau dan baca blog blogger-blogger yang laen...terutamanya blog Hami Asraff...huhuhu..Tapi, tak update blog plak saudara Hami Asraff nih. Mungkin busy barangkali. As a student, aku paham sangat la...Aku dapat pakej lengkap untuk ujian dari Allah kali neh...(demam+batuk+selsema)...menarik bukan?

Apakah yang membuatkan aku demam??Mungkinkah keadaan cuaca kat perlis neh? or sebab perubahan musim? cece...gaya-gaya perubahan musim tue, macam duduk kat London ja sebelum neh..haha..Mungkinkah berjangkit dari rumate aku yang baru saja lega demam..? Virusnya tempias kena aku..maklum saja lah duduk sebelah katil. Bleh lak virus tue merayap mai kat katil aku... Kalau lah aku nampak, aku penyet2 bagi lumat. Eeeeiii...geram!!

Ok, esok hari jumaat, dan hari yang paling ditunggu-tunggu untuk balik kampung. yeye....beshhhnya! Balik makan masakan kat rumah, tambah-tambah yang mama masak, mesti sembuh 100% punya...kan?? Air tangan ibu jugak ubat yang paling mujarab taw. Dengan pelbagai masalah dan keserabutan sepanjang minggu nih, aku bercadang nak rehat puas-puas sekejap...next entry, kita cerita lagi ok.

Jumpa lagi, ya...

Wassalam...=)

Hargailah Perasaan Orang Lain

Sering kita mentertawakan apa yang di lakukan atau apa yang ada pada diri seseorang,
tanpa kita sedari apa yang kita tertawakan itu telah menyakiti perasaan orang tersebut,
walau pun dengan kasar mata tidak terlihat, akan tetapi luka itu akan membekas si dalam hati,
bagaimana pun juga, manusia di berikan hati dan perasaan oleh ALLAH SWT
yang harus selalu kita jaga dan jangan sampai melukai perasaan itu,
serta jangan lah melihat seseorang dari pekerjaannya, 
tetapi lihat lah apa yang mampu kita berikan untuk nya,
kerana apa yang kita lakukan tak kan pernah sama oleh orang lain,
hargai lah itu kerana dengan menghargai apa yang di lakukan orang lain, 
maka kita akan dihargai oleh orang lain juga,
jangan lah pernah menghakimi seseorang walau pun itu hanya sebuah gurauan,
kerana tak selama nya gurauan itu adalah sebuah kelucuan
akan tetapi itu akan memberikan sebuah luka di hati yang sangat pedih

Doa HambaMu

Ya Allah,
Berilah aku kekuatan dalam menghadapi ujianMu.
Berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku tidak sesat.
Terangilah jalanku dengan cahayaMu.


Ya Allah,
Jadikanlah aku orang-orang yang kuat dan sabar dalam melayani kehendakMu.
Jadikanlah aku orang-orang yang redha atas sesuatu perkara yang menimpa.
Jadikanlah aku setabah para utusanMu ketika mereka sedang berjihad,
hingga akhirnya mereka menang memerangi musuhMu.


Ya Allah,
Berikanlah berita gembira buatku,
dan buat mereka yang sentiasa sabar dengan ujian yang menimpa.
Bukakan mata hati dan mata batinku agar bisa memahami
hikmah yang Engkau turunkan.


Ya Allah,
Jadikanlah aku hambaMu,
yang bersyukur atas nikmat dan rahmat yang Engkau kurniakan.
Hindarilah aku daripada menjadi orang-orang yang lalai dan
hindari juga aku dari menjadi orang-orang yang fasik.


Ya Allah,
Janganlah Engkau putuskan nikmat yang Engkau berikan padaku.
Pimpinlah aku agar terus berada di landasanMu yang benar ini.
Pimpinlah aku menjadi wanita solehah dan baik budi serta akhlaknya.


Ya Allah,
Ampuni segala dosa yang telah aku lakukan.
Berikanlah aku kejayaan di Dunia dan di Akhirat….

Amin…