Tuesday, September 10, 2013

Kecewa..again and again...

Assalammualaikum w.b.t...

Setelah sekian lama menyepi, kali ni aku hadir lagi dengan entry terbaru. Tajuk kali ni pasal kekecewaan aku..eh, bunyi cam tak kecewa pulak.hiihii...

Nak start dari mana ekk??haaa...camni citanyaaa...aku ingatkan raya puasa kali ni adalah raya aku yang paling bahagia. Rupanya apa yang aku harapkan tidak menjadi. Rencana ALLAH mungkin lebih baik dari segala-galanya.

Sehari sebelum puasa, seorang sahabat tempat aku praktikal time diploma dulu mintak izin untuk lebih rapat dengan aku. Aku terima dengan hati terbuka disebabkan dah lama aku kenal dengan dia. Lama-lama sekali dia contact aku. Tapi tetiba raya kali ni dia betul-betul serius. Aku percaya setiap kata-katanya. Memang sangat menampakkan kematangannya. Tapi, seperti apa yang aku cakapkan tadi. Rencana ALLAH lebih baik dari percaturan manusia.

Hubungan kami hanya mampu bertahan selama 3 minggu sahaja. Di tempat keja, rupanya ada seorang kakak yang sudah lama menyimpan perasaan kat dia. Disebabkan kakak tue sudah banyak berjasa kepadanya, dia memilih kakak tue daripada aku. Hanya ALLAH yang tahu perasaan aku saat tue. Namun aku redha dan bersyukur kerana ALLAH tunjukkan semua ini seawalnya.

Apa yang aku tak faham adalah kakak tue sudah pon berumah tangga dan mempunyai anak-anak. Ya ALLAH...sesungguhnya apa terjadi hanya engkau saja yang tahu. Selamatkanlah rumah tangganya dan jauhkanlah aku dari sifat seperti itu. Sesungguhnya aku tak tahu masa depanku macam mana. Tapi, doaku semoga suatu saat nanti andai aku bergelar seorang isteri, jadikanlah aku seorang isteri yang taat pada perintah suami selagi tidak bertentangan dengan suruhanMU...jadikanlah aku seorang isteri yang solehah..dan jadikanlah aku bidadari hanya untuk suamiku..sesungguhnya syurga seorang isteri terletak pada tangan seorang suami. Peliharalah aku Ya ALLAH...aminnnn...

Sesungguhnya aku kuat kerana aku tahu ENGKAU sentiasa disisiku Ya RABB...




Sekian dulu...sesungguhnyaaa ALLAH sentiasa bersamaku.

Wassalamm...






No comments:

Post a Comment