Thursday, September 12, 2013

Katak ooooh katak!!

Assalammualaikum w.b.t. . .

Tolonggg akuu!! Tolongggg!! Argggghhh... Tak boleh tidoq. Bunyi itu terlalu kuat, sampai terngiang ngiang di dalam kepalaku. Mentang-mentang laaa hari ni ujan seharian. Segenap ceruk dok berpesta. Pesta apaaaakah?? Barangkali mereka terlalu bahagia menyambut hujan?? Mungkinkah ada pertemuan antara mereka? Perlukah aku ambil tahu semua tue?? Atau mungkinkah mereka juga menyambut perayaan seperti aku? Entahhh...aku kurang memahami bahasa mereka. Perlukah aku menghadiri kelas tambahan unt0k belajar bahasa mereka?? Tapi siapa pula yang mahu menjadi gurunyaaa?? Semua persoalan ini bermain di fikiranku sekarang. Tolonglah perlahankan volume anda wahai encik katak.. Aku tahu nyanyianmu terlalu merdu. Mungkinkah akan masuk kedalam mimpi ku dan bertukar menjadi seorang putera yang tampan?? Alaaa...macam cita dongeng waktu kecik-kecik dulu... Kalau ianya akan bertukar menjadi putera yang tampan lebih baik aku paksakan segera diri ini untuk tidur... Bertemu kita di alam mimpi wahai putera katak yang tampan.. Pedulikan bahasa dan cerita aku. Tiada kena mengena antara yang hidup ataup0n yang telah meninggal dunia.. Khayalan semata mata.. Aku memang suka merepeks!! zzzz...


Wassalamm...zzzzz..

No comments:

Post a Comment