Thursday, September 19, 2013

KeLiRuuuu... ^_^




Selamat malam semua warga blog. Sebelum jari ini melancar laju, mesti semua pembaca sekalian sudah tidur bukan?? Entah kenapa malam ini mataku susah sangat nak pejam. Fikiran menerawang jauhhh... Pusing kiri salah, pusing kanan salah.. Lantas dikegelapan malam, aku mengambil keputusan untuk mengira bintang. Bukan di langit, jauh sekaliiii...aku tidak akan termampu. Tapi ini bintang di dinding bilikku. Tak banyak mana...hanya tinggal 18 sahaja..banyak yang sudah gugur menyembah bumi. Ntah apa yang aku nak tulis sebenarnya. Aku sendiri kurang pastiiii. Apa yang aku pasti, jariku bergerak seiring dengan apa yang ada di fikiranku sekarang.


Yaaaa...yaaa...aku sendiri tidak memahami diriku. Begini ceritanya, semalam seseorang menghulurkan salam perkenalan kepadaku. Alhamdulillahhh...masih ada yang ingin bersahabat denganku. Tanpa soal bicara, aku terima dengan hati yang terbuka. Mana mungkin aku memberi jawapan tidak, takut nanti dianggap sombong pulak. 


Tapiiii...lama kelamaan, aku seolah olah memahami tujuan sebenar salam perkenalan itu dihulurkan. Ya ALLAH...apakah ini adalah kemahuanMu?? Namun...jauh di sudut hati kecil itu, hati itu menangis. Hati itu ingin sekali merasa bahagia dengan insan yang telah mengetuk pintu hatinya. Hati itu ingin sekali menerima insan yang sentiasa ada disaat duka dan laranya. Mampukah hati itu redhaaa dengan kemahuanMu?? Ya ALLAH...engkau maafkanlah hati dan jiwa ini. HambaMu insan yang kerdil, hina dan lemah di sisiMu...


Tetiba aku terasa seperti mahu melarikan diri jauuuuuhhh...jauuuhhh sekali. Mungkin ke sebuah pulau yang tiada seorang pon di sana. Tentu sekali yang tidak bole excess telefon ataupon internet. Hanya ada aku sahaja..dan yang pasti akan sentiasa ada rahmatMu di sana. Aku ingin mengabdikan diriku hanya padaMu...

Ya RABB...semoga hari esok akan terpancar sinar dan harapan baru. Bantu aku mencari jalan yang diredhaiMu...Aminnnn...


Wassalammm....

No comments:

Post a Comment