Thursday, December 27, 2012

Roadshow Aneka, Jitra

Assalammualaikum w. b. t. . .

Ok, entry aku petang tadi aku cakap nak sharing pasal aku punya roadshow kat Aneka, Jitra kan? Meh sini aku nak cerita. Sapa nak baca, baca. Sapa tak mau baca, bole keluar dari blog aku yang comelll neh!! Cuba tengok gambaq kat bawah dulu ehhh...nanti aku cerita..

Tue booth kami yang comel lagi menarik hati, bertempat kat pintu masuk utama Aneka. Yang pakai baju hijau tue, cikgu aku. Yang baju belang-belang tue, customer yang buat analisis badan kat dia. Dia tengah explain la tueee...Cikgu aku nie, orangnya kecik and rendah ja...Tapi, tinggi la sikit dari aku neh..adeiiii..Bukan panggilan 'cikgu' kat dalam herbalife taw. Tapi, my real cikgu yang mengajaq aku waktu aku form 1 dulu. Nama dia cikgu Azrol Nizar, merangkap cikgu Pendidikan Jasmani aku. Cuti-cuti sekolah camnie, dia wat keja nie laaaa...Still mengajaq kat Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad (sekolah aku yang dulu2 tue). Ujung minggu dia pon ikut aku wat roadshow kat pasar tani. Memang sangat rajin. Testimoni dia pon hebat jugak...Even cikgu sukan, tapi still ada masalah berat badan. Perut buncit and tidoq macam-macam lagu berkumandang. Lagu apa, tak tanya pulak.haha...nama saja cikgu sukan, kan cikgu?? Lepas consistent ambik herbalife, 2 bulan turun 12kg and maintain sampai sekarang. Dalam herbalife dah world team. Income around Rm4000 - Rm5000 sebulan. Waaaaa....hebat bukan?? Semuanya bergantung pada diri sendiri kalau serius nak berubah. Tak ada sapa nak paksa-paksa. Tak syok kan kalau ada orang paksa? Nanti kalau kena paksa, ambik product yang mahal cam na pon, for sure tak jadi apa. haha..

Yang lagi satu, aku nak sharing pasai akak yang tengah bagi flyers tue. Pakai jeans and tudung colour merah tue. Cuba teka umoq kak tue berapa??(kat bawah nanti aku bagitaw) hehe...Nama kak tue, Kak Salmiah. Saiz seluar dia pakai sama ngan aku kot. Tercabar gila bila dengaq dia gitaw. Turun 8kg, lepas consume herbalife..banyak petua-petua yang aku dapat dari akak neh. Antaranya, "Dik, adik jangan makan pelam taw (time tue dia nampak aku beli pelam ngan jambu, lapaq kot. Shake tak bawak). Pelam banyak asid kat dalamnya, memang tak elok untuk kulit muka. Pastu, teloq pon jangan makan taw (memang favourite la kak oiiii, haha). Tak elok jugak. Lepas shake, adik try ambik lebihan shake tue and sapu kat muka. Akak selalu amalkan buat cam tue. Akak saja try-try ja...Tapi, ya allah, kulit muka kak sal nie memang sangat cantek!! Puteh gebu, licin, cekang jaa, tak dak kedut langsung! Umoq kak nie 48 tahun and anak lak 4 orang!! Memang tabik gila cara dia jaga kulit and pemakanan dia.

Time aku buat roadshow, tue lah keja aku. Bagi flyers kat orang, jemput orang untuk buat analisis badan. Tengok dalaman kita macam mana. Kita hanya jaga luaran saja. Luaran cantik, semua orang senang hati. Tapi, dalaman kita tak pernah ambik taw. Sel badan kita nie bukan perlu makanan yang hanya sedap-sedap di pandangan kita saja. Tue nafsu semata-mata taw..Kalaulah sel badan kita bole cakap, mesti dia akan kata cam nie, "dah la oiiii, bagi la aku makan herba, serat, protein, vitamin pulak!!aku perlukan zat-zat kat dalam tue...bukan taw bagi aku makan lemak jaaaa!!" 

Member aku pernah kata, "weh, kalau la badan kita nie transparent, mesti takut kan?? Semua lemak-lemak kita nampak kat orang!! Tambah yang selalu smoking tue, ntah macam mana peparu dia kan??". haha...aku gelak ja dengaq dia berceloteh. Sebab tak transparent la, semua orang tak sedaq. Kalau tak for sure, manusia kat atas muka bumi nie dah slim melim!!haha

Haha, tue ja lah aku nak sharing about today. Nanti panjang-panjang nak baca pon malas kan?? Tapi, lagi satu lupa nak cakap. Kekadang tue, bila bagi flyers kat orang ada yang tak nak ambik. Ada yang dari jauh lagi dah angkat tangan. Ada yang ambik and buang ja flyers tue. Perasaan terguris dihati tue, still ada. But, no problem!! Kita hanya manusia biasa, tak bole nak paksa-paksa orang. Tapi, tak salah kan kalau kita ambik dan senyum. Tengok orang yang macam tue, rasa tenang and sejuk hati nie...Tue lah manusia, macam-macam perangai ALLAH bagi. Aku belajaq macam-macam time aku buat roadshow. That's all yang aku nak sharing hari nih. Terasa berat mata and letih badan nih!! hehe...time to sleep, gud nite everybody!!


P/s untuk readers: Apa salahnya, ambik flyers tue dan simpan. Mana nak taw satu hari nanti kita, adik beradik, sedara or kawan kita perlukannya. At least kita boleh tolong sampaikan kat dia. 

P/s untuk diri sendiri: Sepanjang around 4 month aku buat bisnes nih, banyak perkara yang dah aku belajaq. Jangan terlalu sombong dan ego sangat dengan diri sendiri, banyakkan senyuman, banyak bersedekah (hanya setakat yang aku mampu), and banyak muhasabah diri sendiri..aminnn.

Wassalam....

Wednesday, December 26, 2012

ALLAH always by my side ...

Assalammualaikum w. b. t . . .

Sebenarnya aku tak taw nak tulis apa hari nie. Tapi, tangan nie rasa gatal-gatal nak tulis something. Nak cerita pasal apa ehhh?? Hari nie turn aku roadshow pukul 6ptg - 10mlm kat Aneka Jitra. So, sekarang tengah siap-siap lah, sempat lagi nak menulis blog. No problem!! Just enjoy your life. hikhik..

Pagi tadi ada member tanya. "Eh, abah tak marah ka wak, balik lewat malam??" and jawapan aku "selagi mama and abah bagi sepenuh kepercayaan kat aku, insyaallah aku tak akan musnahkan kepercayaan tue." Mungkin kerja aku macam tue. Tapi bukan setiap hari, aku keluar malam. Abah dan mama tahu aku anak mereka yang macam mana (yang paling manja!!haha...xkot!). 

Then, hari tue balik rumah tok pon ada jugak cousin aku soal. "Naim, tak takut ka balik sorang malam-malam cam neh??". Kebetulan hari tue, aku pi rumah tok sorang-sorang. Aku lebih senang buat kerja sorang-sorang. Tak menyusahkan sesapa, tak terikat dengan sesapa..ikut suka hati aku laaaa...hehe. Jawapan aku kat dia, "kat jalan tue banyak lampu. Ramai orang, nak takut buat apa. Bukan aku nak cakap besar, tapi selagi niat kita sebelum kuar dari rumah tue betol, insyaallah ALLAH akan pelihara kita. Setiap kali keluar dari rumah, memang aku takkan lupa baca ayat kursi dan aku doa, Ya ALLAH...selamatkan aku dari sebarang benda jahat, lindungi aku dari aku keluar rumah sampai aku balik. Alhamdulillah, sampai sekarang belum ada sebarang benda mahupun manusia yang jahat mengganggu aku.

Actually, perasaan takut memang ada. Tambah-tambah sebagai seorang pompuan. Macam-macam bole jadi. Memang aku sentiasa beringat. After masuk keta, terus kunci pintu. Cermin memang xbuka dah..Handset lak 24jam memang duduk atas riba ja. Senang bila ada apa-apa, terus kita bole call sesiapa yang terlintas di fikiran ketika tue. Selalunya, kalau keta rosak, tak ada orang laen yang aku akan call..Memang abah 24jam..aku jenis yang cepat gelabah. Tak sempat nak pikiaq orang lain. Abah the only one SUPERMAN aku. hehe... luv abah!!

Orite, sampai sini dulu aku nak cerita untuk hari nie. Jap gi nak ke Jitra, buat roadshow. Nanti balik, kalau aku tak letih, aku cerita pasal roadshow hari nie eh...Doakan aku..Kat bawah nie aku letak gambaq time Boot Camp hari tue, kat Ixora Hotel, Penang. Memang sangat-sangat best!! But, gambaq nie nampak macam aku gemok jaaaa...mungkin bahagia sebab time tue aku dah qualified SUPERVISOR!! Actually, that's my dream!! Sebagai permulaan aku dalam HERBALIFE!!

~Peace!!~

Ok, lah dah terover lewat dah nie. Bubye..

Wassalam... (^_^)

Sunday, December 23, 2012

Tak Dak Keja (^_^)

Assalammualaikum w. b. t

Selamat pagi semua..hari nie indah sungguh, burung-burung berkicauan lagi haaa (da tepi umah ada hutan, memang dengaq jelas laaa bunyi burung, hikhik), cuaca pon sangat menarik, tak panas langsung..macam dok Cameron Highland pon ada..haha (budget laaaaa). Sapa nak rasa suasana sejok macam nie, bole mai umah aku sekarang...lepas nie tak sure laaa dapat rasa kesejukan macam nih lagi. haha... 

Sebelom aku merepek panjang, lebih baek aku bagitaw tujuan aku pos entry nih!! Pagi tadi, sedang leka aku dok mengonline (ada ka perkataan cam neh ^_^) facebook, jari-jemari neh terus gatal merayap ke web Nizarazu. Banyak information yang aku dapat kat sana. Tapi, kalau tajuk information berkaitan dengan hantu or anything yang seram-seram memang aku tak buka laaaa...dasar penakot!!whatever... (",)

Dalam aku dok baca banyak-banyak benda tue, video yang 1 nie memang menarik hati aku untuk sharing dengan semua. Nak taw tak video apa?? cer teka...cer teka...hehe. Mesti semua orang penah tengok waktu kecik-kecik dulu, even sampai sekarang aku dok join adik-adik tengok lagi..haha. Sapa tak penah tengok, mungkin kat umah dia tak da tv laaa kot, kann.. kecian jgk. Takpa-takpa untuk sapa-sapa yang penah tengok ja lah ehhh... Sapa pernah tengok cita Doremon?? Angkat tangan laju-laju...yeah!!

Tue kenangan zaman-zaman kecik aku tueee...even dok tengok sampai sekarang, still tak taw makna disebalik lagu tue. Tapi, hari nie terserempak lak...ala comeiiii2..Meh sini nak share dengan semua yerrrr...


And video yang bawah nie pulak, penyanyi untuk lagu tue...Aku pon tak pasti penyanyi asal tak. Tapi, mengikut sumber dari youtube, tue penyanyi asal dia lahhh..comelll kan?? ntah sekarang umoq penyanyi nie berapa...


Tue ja aku nak sharing untuk hari nie...hehe..kembali ke zaman kanak-kanak!! beshhhh sangat (",)

Wassalam... (^_^)

Keluarga TerCINTA (^_^)

Assalammualaikum w. b. t


Sementara tunggu family aku sampai umah...pi makan kenduri kat Perak seharian hari nih!! Isawnya tak sampai-sampai lagi.. kenapa ehh?? Tenang-tenang...doa banyak-banyak dalam hati.. Semoga semuanya selamat..aminnnnn.. Ya ALLAH, selamatkan semuanya..Jari nie lak cam tak bole duduk diam ja hari neh...nak menaip ja...ok, aku nak cita pasal family aku...nak baca, baca lah...tak mau baca, cepat-cepat tekan butang merah kat atas sebelah kanan tue yerrr..hehe (^_^)



Apakah maksud keluarga sebenarnya?? Terus aku search kat Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (amboiiiii..hehe). Keluarga bermaksud = seisi rumah tangga (yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak). Pada pandangan aku pulak, keluarga adalah insan yang ada dalam umah nie, dari aku kecik sampai aku sebesaq sekarang nih. 

Keluarga aku terdiri daripada abah (ketua keluarga), mama (suri rumah yang ditauliahkan untuk menjaga anak-anak termasuk aku, hehe), k.long (of couse, the only one kakak yang aku ada), aku (budak yg paling comey dlm umah nie, perasan!!), mamat (adik aku yg paling gemok, haha), didi (adik aku yg ada taik lalat besaq kat atas mulut, hikhik), awie (adik aku yg PMR baru-baru nie dapat 6A2B, Iam proud of you!!), adik (yg paling kecik and manja and mengada, geram!!)...

Itu lah keluarga yang aku ada...susah senang, gelak ketawa, bergadoh, merajuk semua bersama-sama...haha. Macam-macam perangai ada..Yang pasti, aku sayang sangat keluarga aku. Dan hari nie ada pertambahan ahli keluarga, ok.. Adik aku, mamat tue bawak balik 2 ekor arnab yang comeiiii..geram aku tengok!! siap bagi nama lagi, yg jantan nama Jojo and yg betina pulak nama Mojo..haha. Ntah amek kat mana nama tue..

Ohhh, sebelum terlupa...Terima kasih abah and mama sebab besaqkan k.ngah sampai sebesaq neh..haha. Tahan dengan perangai and sikap k.ngah yang kadang-kadang suka merajok, suka mengomel tak kena tempat..huhu. Semoga suatu hari nanti, k.ngah dapat balas semua jasa-jasa abah dan mama...walaupun memang tak kan dapat terbalas.. tapi, k.ngah janji akan bahagiakan abah dan mama..Luv abah, mama, and my family so muchhhhh!! Muaahhhx!!
## At last, call jugak mama. Last-last jawapan mama, laaaa...mama call umah tdi gtaw kata tidoq umah mak cik. Awat adik xgtaw ka?? Adeiii..punya la aku susah hati. Siap la budak-budak nie esok!! Patut la tenang ja depa tidoq. Salah aku jugak, awai-awai xmau tanya...call mama pon tak, konon xmau tunjuk sangat la isaw tue...kan da padan muka kat diri sendiri...neway, alhamdulillahhhh....boleh tidoq dengan tenang.. (",)

Pengajaran : Rajen-rajen la call mama and abah.. =) 

Wassalam... (^_^)

Saturday, December 22, 2012

Bersabarlah...ALLAH Sentiasa DiSisimu


Assalammualaikum w. b. t

Ada sesiapa tertanya-tanya tak, berkenaan tajuk kat atas tueeee?? hehe...perasan!! Actually, tengah dengar nasyid kat youtube tadi. Pastu terserempak dengan video kat bawah nie...rasa sayu sangat, but comel taw gambar kat video tue. Asyik sayu ja aku nie kannn?? Adeiiii...memanglah hati nie sensetif betul. Tak taw kenapa..haha. So, aku pun buat keputusan nak post ja kat blog nih, kot-kot ada yang rasa 'down' ka, tak bersemangat ka, kena benti keja ka, kena marah ka, kena kutuk ka...bole la tekan 'PLAY' kat video tue...jangan play saja pulak. Baca dan jugak hayati ayat-ayat yang tertulis kat video tue tau!!

 

Aku dulu pun pernah jugak rasa lemah sangat...ada masalah yang berat, mesti nangis jaaa...memang cepat air mata  nie jatuh. Nama pun manusia kannn, mana ada yang tak ada masalah. Setiap orang mesti ada masalah. Cuma macam mana kita nak selesaikan masalah tue, pandai-pandai lah diri sendiri...jangan sampai memakan diri sudah. Walau macam mana berat masalah kita tue, mesti last skali akan ada jalan keluarnya, ada hikmah di sebalik tue..percaya lah..

Daaaa, tak mau celoteh panjang malam nih. Lastly, sebagai penutupnya...

Bertemu lagi di next entry ehhh...semoga nukilan yang tak seberapa nie, dapat bagi manfaat walaupun sedikit kepada orang lain.

Wassalam... (",)

Friday, December 21, 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH Yang Terindah (",)

Assalammualaikum w. b. t...

Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah teramatlah indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan?

 Don't be sad!! Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah.

"Kita perempuan ni alergik betul dengan orang hensem. Suka sangat tengok kekacakan fizikal. Jumpa orang hensem mulalah, 'Oppa, Saranghae' (ala-ala drama korea gitu). Ramai wanita gelisah sebab prince charming nya tak sampai2?? Bukankan jodoh itu telah ditetapkan Tuhan. Kenapa perlu risau? Nanti tiba masanya, datanglah prince charming kita tu. Mungkin prince charming kita tu datang naik keldai kot sebab tu lambat sikit. Atau mungkin prince charming kita tu tengah cari pintu rumah kita untuk dia ketuk, tapi tak jumpa-jumpa. Percayalah 'kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang adalah peluang yang Allah bagi pada kita & dia untuk memperbaiki diri masing-masing. Nanti bila tiba masanya, bila prince charming kita tu dah jumpa pintu kita, bila dia ketuk sambil ucap 'Assalamualaikum'. Kita pun jawablah 'Waalaikumussalam, kenapa lambat sampai? hehe (",) "

 "Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat memilikinya dengan apa cara sekalipun. Namun, jika Allah sudah takdirkan jika sesuatu itu bukan untuk kita, walau seisi alam ini membantu untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan memilikinya."

Hebat bukan kuasa Allah? Biarlah apa sahaja yang berlaku atau akan berlaku kita serahkan sahaja kepada Allah. Kerana Dia maha mengetahui. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha. Berdoa agar Allah temukan kita dengan si 'dia' yang benar-benar boleh menjaga kita sepertimana parents kita jaga kita. Terima segala kekurangan kita, sanggup susah senang bersama kita, mampu menjadi imam dan memimpin kita menuju jannahNya. :') Jika kita mahu seseorang itu menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima si 'dia' dengan seadanya. Terima segala kekurangannya. Jangan berkasih/berteman dengan seseorang kerana kelebihan. Kerana, mungkin hanya kerana satu kelemahan, anda mungkin akan menjauhinya nanti.

Somoga kita dikurniakan Allah dengan pasangan hidup yang benar-benar layak untuk diri kita & mampu membimbing kita untuk terus menjadi hamba yang sentiasa taat terhadapNya. Semoga bertemu dengan pemegang kunci pendua hati ya! (^_^)


Cintaku kepada tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya.

 Put your trust on ALLAH... (",)

For all readers : Jaga iman dan diri baik2 ya! Jangan terlalu memikirkan cinta manusia hingga meminggirkan Dia dari hati kita. Penuhkan hati dengan cinta Ilahi, meriahkan jiwa dengan rindukan Rasulullah, Semai kasih buat ibu bapa tercinta. Moga Dia redha sentiasa!! (^_^)

For husband & wife : Teruskan bercinta sampai syurga ya! <3 <3 <3


Wassalam...see at next entry! =)

Friday, December 14, 2012

Doa Dhuha (Doa Murah Rezeki)

Assalammualaikum w.b.t..

Tetiba jari jemariku yang comel neh (perasan!!), nak menaip jaaa...hari nie, aku nak sharing pasal doa dhuha..lama dah mama suruh aku hafal doa neh..tapi, xbole2 hafal pon..tetiba bangun hari nie, mungkin ALLAH nak bagi aku hidayah agaknya, bila online ja terus nampak video doa dhuha...terus aku tekan butang 'PLAY'...sayu rasa hati nie. tetiba rasa sayu sangat cam nak nangisss ja, tak taw kenapa. terus aku download and play berkali-kali...

semoga aku dapat hafal dan amalkan. mama pesan berkali-kali doa dhuha nie sangat bagus untuk tambah dan murah rezeki dalam kehidupan kita..TEKAD!!!esok mesti buat sembahyang sunat dhuha!




Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Insyaallah..