Friday, December 21, 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH Yang Terindah (",)

Assalammualaikum w. b. t...

Jodoh itu rahsia Allah. Biar Allah yang tentukan. Sungguh, susunan Allah teramatlah indah. Cinta & jodoh itu urusan DIA. Cintakan DIA itu urusan kita. Jika kita cintakan DIA, sudah pasti DIA akan temukan kita dengan orang yang mencintai kita di jalanNya kan?

 Don't be sad!! Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah.

"Kita perempuan ni alergik betul dengan orang hensem. Suka sangat tengok kekacakan fizikal. Jumpa orang hensem mulalah, 'Oppa, Saranghae' (ala-ala drama korea gitu). Ramai wanita gelisah sebab prince charming nya tak sampai2?? Bukankan jodoh itu telah ditetapkan Tuhan. Kenapa perlu risau? Nanti tiba masanya, datanglah prince charming kita tu. Mungkin prince charming kita tu datang naik keldai kot sebab tu lambat sikit. Atau mungkin prince charming kita tu tengah cari pintu rumah kita untuk dia ketuk, tapi tak jumpa-jumpa. Percayalah 'kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang adalah peluang yang Allah bagi pada kita & dia untuk memperbaiki diri masing-masing. Nanti bila tiba masanya, bila prince charming kita tu dah jumpa pintu kita, bila dia ketuk sambil ucap 'Assalamualaikum'. Kita pun jawablah 'Waalaikumussalam, kenapa lambat sampai? hehe (",) "

 "Jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat memilikinya dengan apa cara sekalipun. Namun, jika Allah sudah takdirkan jika sesuatu itu bukan untuk kita, walau seisi alam ini membantu untuk mendapatkannya, kita tetap tidak akan memilikinya."

Hebat bukan kuasa Allah? Biarlah apa sahaja yang berlaku atau akan berlaku kita serahkan sahaja kepada Allah. Kerana Dia maha mengetahui. Kita hanya perlu berdoa dan berusaha. Berdoa agar Allah temukan kita dengan si 'dia' yang benar-benar boleh menjaga kita sepertimana parents kita jaga kita. Terima segala kekurangan kita, sanggup susah senang bersama kita, mampu menjadi imam dan memimpin kita menuju jannahNya. :') Jika kita mahu seseorang itu menerima kita seadanya, kita juga perlu menerima si 'dia' dengan seadanya. Terima segala kekurangannya. Jangan berkasih/berteman dengan seseorang kerana kelebihan. Kerana, mungkin hanya kerana satu kelemahan, anda mungkin akan menjauhinya nanti.

Somoga kita dikurniakan Allah dengan pasangan hidup yang benar-benar layak untuk diri kita & mampu membimbing kita untuk terus menjadi hamba yang sentiasa taat terhadapNya. Semoga bertemu dengan pemegang kunci pendua hati ya! (^_^)


Cintaku kepada tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya.

 Put your trust on ALLAH... (",)

For all readers : Jaga iman dan diri baik2 ya! Jangan terlalu memikirkan cinta manusia hingga meminggirkan Dia dari hati kita. Penuhkan hati dengan cinta Ilahi, meriahkan jiwa dengan rindukan Rasulullah, Semai kasih buat ibu bapa tercinta. Moga Dia redha sentiasa!! (^_^)

For husband & wife : Teruskan bercinta sampai syurga ya! <3 <3 <3


Wassalam...see at next entry! =)

No comments:

Post a Comment