Thursday, December 27, 2012

Roadshow Aneka, Jitra

Assalammualaikum w. b. t. . .

Ok, entry aku petang tadi aku cakap nak sharing pasal aku punya roadshow kat Aneka, Jitra kan? Meh sini aku nak cerita. Sapa nak baca, baca. Sapa tak mau baca, bole keluar dari blog aku yang comelll neh!! Cuba tengok gambaq kat bawah dulu ehhh...nanti aku cerita..

Tue booth kami yang comel lagi menarik hati, bertempat kat pintu masuk utama Aneka. Yang pakai baju hijau tue, cikgu aku. Yang baju belang-belang tue, customer yang buat analisis badan kat dia. Dia tengah explain la tueee...Cikgu aku nie, orangnya kecik and rendah ja...Tapi, tinggi la sikit dari aku neh..adeiiii..Bukan panggilan 'cikgu' kat dalam herbalife taw. Tapi, my real cikgu yang mengajaq aku waktu aku form 1 dulu. Nama dia cikgu Azrol Nizar, merangkap cikgu Pendidikan Jasmani aku. Cuti-cuti sekolah camnie, dia wat keja nie laaaa...Still mengajaq kat Sekolah Menengah Dato' Syed Ahmad (sekolah aku yang dulu2 tue). Ujung minggu dia pon ikut aku wat roadshow kat pasar tani. Memang sangat rajin. Testimoni dia pon hebat jugak...Even cikgu sukan, tapi still ada masalah berat badan. Perut buncit and tidoq macam-macam lagu berkumandang. Lagu apa, tak tanya pulak.haha...nama saja cikgu sukan, kan cikgu?? Lepas consistent ambik herbalife, 2 bulan turun 12kg and maintain sampai sekarang. Dalam herbalife dah world team. Income around Rm4000 - Rm5000 sebulan. Waaaaa....hebat bukan?? Semuanya bergantung pada diri sendiri kalau serius nak berubah. Tak ada sapa nak paksa-paksa. Tak syok kan kalau ada orang paksa? Nanti kalau kena paksa, ambik product yang mahal cam na pon, for sure tak jadi apa. haha..

Yang lagi satu, aku nak sharing pasai akak yang tengah bagi flyers tue. Pakai jeans and tudung colour merah tue. Cuba teka umoq kak tue berapa??(kat bawah nanti aku bagitaw) hehe...Nama kak tue, Kak Salmiah. Saiz seluar dia pakai sama ngan aku kot. Tercabar gila bila dengaq dia gitaw. Turun 8kg, lepas consume herbalife..banyak petua-petua yang aku dapat dari akak neh. Antaranya, "Dik, adik jangan makan pelam taw (time tue dia nampak aku beli pelam ngan jambu, lapaq kot. Shake tak bawak). Pelam banyak asid kat dalamnya, memang tak elok untuk kulit muka. Pastu, teloq pon jangan makan taw (memang favourite la kak oiiii, haha). Tak elok jugak. Lepas shake, adik try ambik lebihan shake tue and sapu kat muka. Akak selalu amalkan buat cam tue. Akak saja try-try ja...Tapi, ya allah, kulit muka kak sal nie memang sangat cantek!! Puteh gebu, licin, cekang jaa, tak dak kedut langsung! Umoq kak nie 48 tahun and anak lak 4 orang!! Memang tabik gila cara dia jaga kulit and pemakanan dia.

Time aku buat roadshow, tue lah keja aku. Bagi flyers kat orang, jemput orang untuk buat analisis badan. Tengok dalaman kita macam mana. Kita hanya jaga luaran saja. Luaran cantik, semua orang senang hati. Tapi, dalaman kita tak pernah ambik taw. Sel badan kita nie bukan perlu makanan yang hanya sedap-sedap di pandangan kita saja. Tue nafsu semata-mata taw..Kalaulah sel badan kita bole cakap, mesti dia akan kata cam nie, "dah la oiiii, bagi la aku makan herba, serat, protein, vitamin pulak!!aku perlukan zat-zat kat dalam tue...bukan taw bagi aku makan lemak jaaaa!!" 

Member aku pernah kata, "weh, kalau la badan kita nie transparent, mesti takut kan?? Semua lemak-lemak kita nampak kat orang!! Tambah yang selalu smoking tue, ntah macam mana peparu dia kan??". haha...aku gelak ja dengaq dia berceloteh. Sebab tak transparent la, semua orang tak sedaq. Kalau tak for sure, manusia kat atas muka bumi nie dah slim melim!!haha

Haha, tue ja lah aku nak sharing about today. Nanti panjang-panjang nak baca pon malas kan?? Tapi, lagi satu lupa nak cakap. Kekadang tue, bila bagi flyers kat orang ada yang tak nak ambik. Ada yang dari jauh lagi dah angkat tangan. Ada yang ambik and buang ja flyers tue. Perasaan terguris dihati tue, still ada. But, no problem!! Kita hanya manusia biasa, tak bole nak paksa-paksa orang. Tapi, tak salah kan kalau kita ambik dan senyum. Tengok orang yang macam tue, rasa tenang and sejuk hati nie...Tue lah manusia, macam-macam perangai ALLAH bagi. Aku belajaq macam-macam time aku buat roadshow. That's all yang aku nak sharing hari nih. Terasa berat mata and letih badan nih!! hehe...time to sleep, gud nite everybody!!


P/s untuk readers: Apa salahnya, ambik flyers tue dan simpan. Mana nak taw satu hari nanti kita, adik beradik, sedara or kawan kita perlukannya. At least kita boleh tolong sampaikan kat dia. 

P/s untuk diri sendiri: Sepanjang around 4 month aku buat bisnes nih, banyak perkara yang dah aku belajaq. Jangan terlalu sombong dan ego sangat dengan diri sendiri, banyakkan senyuman, banyak bersedekah (hanya setakat yang aku mampu), and banyak muhasabah diri sendiri..aminnn.

Wassalam....

No comments:

Post a Comment