Thursday, January 10, 2013

Can't SLEEP!!

Assalammualaikum w. b. t. . .


Disebabkan mata tak boleh nak pejam, lantas aku ambik keputusan untuk menulis sesuatu. Pusing kiri, pusing kanan still tak dapat nak pejam mata, laptop yang ada kat sebelah terus aku on balik. Banyak jasa kau padaku, wahai laptop. Mungkin sebab hadiah dari abah bila aku dapat masuk universiti, sebab tue dapat bertahan lama.

Macam-macam yang mengganggu fikiranku. Jatuh jugak air mata malam nih. Da lama tak nangis. . .Adeiii. . .Lemah balik. Kenapa eh?? Kenapa sekarang bila nak melangkah ke 25 tahun baru aku nak fikirkan semua benda-benda tuh. Hyperhidrosis!! Dari kecik aku alami penyakit neh. Aku pon tak ingat sejak bila. Takkan waktu aku baby? Mungkinkah? Tapi yang pasti waktu aku sekolah rendah, aku dah alami semua tue. Apa puncanya aku pon tak pasti. Memang tak dapat dikesan!!

Kalau nak diingatkan balik, waktu aku kecik-kecik dulu asal mewarna ja mesti comot lukisan aku. Gara-gara warna tue kembang sebab kena peluh. Bila tulis mesti kena lapik dengan kertas, kalau tak dakwat mesti kembang. Tak pon tangan mesti kena lap kat kain atau tisu. . .Sedihnyaaaa. . .

Walaupon bukan 24jam, tapi aku tetap rasa tak selesa. Bila masok sekolah menengah, setiap hari pakaian mesti kena basuh. Stokin setiap hari mesti ditukar. Kadang-kadang setiap hari 2 pasang stokin, sebab aku tak selesa bila cuaca panas. Tangan dan kaki mesti cepat berpeluh. Bila salam dengan cikgu or orang yang lebih tua mesti orang akan tanya, "Sejuknya tangan. . Awat ketaq ka?" tak pon mesti akan tanya, "Awat tangan basah nie?". Apa yang aku mampu lakukan hanyalah senyum tanpa berkata apa-apa. Aku masih ingat kenangan waktu aku practice nasyid waktu form 1 dulu. Aku bahagian alat muzik. Aku main tamborin. Time tue practice dengan pakaian pengawas warna biru. Practice dalam dewan pulak, memang panas!! Bila time aku main, ada seorang abang senior tegoq. Dia tunjuk kat baju aku. Mungkin dah lama dia perhati. . .Bila aku main tamborin tue, peluh kat tangan mercik kena baju. Baju biru memang nampak jelas lah. Lain la baju sekolah biasa yang warna putih tue. Bila dia tegoq depan-depan camtue terus aku lari keluar dewan. Nangis. Then aku ceritakan dekat ustazah tentang penyakit aku tue. Ustazah pon faham, dan abang senior tue pon slow-slow pujuk aku. Memalukan!! So, bila aku dapat main aku akan main. Kalau tak bole, aku akan stop kejap. Ataupon main sambil pegang tuala kecik. huhuhu

Bila masuk universiti pulak, time presentation mesti aku gelabah. Ketaq. Takot nak present kat depan. Tangan ngan kaki mesti berpeluh. Waktu mula-mula dulu, kawan-kawan pon hairan. Tapi, bila aku explain semuanya, depa pon faham dengan masalah aku. Then, yang paling aku trauma bila kena scan jari. Kalau time tue, tangan aku berpeluh memang cop jari takkan dapat detect. Pernah jadi dah waktu kat tabung haji dulu. Berkali-kali kena try again and again. Sedih, malu, segan semua ada. . .Tue kali terakhir aku pi. Lepas tue, memang tak pi dah!! Cari bank yang tak kena scan jari. huhuhu. . .

Dulu aku tak pernah rasa stress sangat sebab aku rasa penyakit aku tak seserius dengan orang lain. Mungkin ada yang lebih menderita dari aku. Aku patut bersyukur at least aku tak diduga seteruk mereka yang menanggung penyakit yang lebih serius. Aku patut rasa bersyukur. . .Tapi ya ALLAH, kadang-kadang aku lemah juga. Kadang-kadang aku merasakan tidak adil untuk aku. Berdosakah aku, ya ALLAH. . .

Tambahan pulak bila aku baca info dari internet. Macam-macam aku fikir. Macam mana bila aku dah berumah tangga nanti?? Adakah ia menjadi satu masalah? Aku takut sangat. . .Sampai terasa macam aku tak patut berumah tangga barangkali. . .Mungkinkah ianya menyusahkan nanti? Dapatkah si dia terima kekurangan aku nanti? Macam mana hidup aku nanti, ya ALLAH. . .

Terasa macam nak pergi jauh dan menyendiri. . .Jauh dari hidup semua orang. Hanya dunia aku saja. Bole tak macam tue?? Apa yang aku fikirkan nie. . .Maafkan aku, ya ALLAH. . .


Semoga aku dapat tidur dengan lena lepas ni. . . Selamat malam semua.

Wassalam . . .


2 comments:

  1. saya juga penderita hyperhidrosis..
    kadang juga saya merasa tidak bersyukur dan aneh.. dan obatnya pun mahal..

    semangat saja ya buat kamu...
    fighting !

    ReplyDelete
  2. Hi nurul saya juga penderita hiperhidrosis terutama di kaki,,kaki saya selalu keringat,, terutama keringat dingin ketika bekerja diruangan ber ac. Hal yg selalu saya tanamkan dalam diri adalah selalu bersyukur akan nikmat dari tuhan dan let it go the things u cannt control..dan trus mencoba berdamai dengan keadaan. Wish to hear your reply soon...semoga bagi teman2 khususnya Wanita tetap selalu semangat ya :) youre not alone

    ReplyDelete