Thursday, January 31, 2013

Diuji ALLAH. . .

Assalammualaikum w. b. t. . .


Seharian hari nie terlantar. . .suhu badan semakin meningkat. Pening dan sakit terasa. Nak suap nasik pon terasa sakit tekak. Adeiiii. . .nie gara-gara tak cukup air dalam badan la neh. Time spectacular hari tue, tak boleh nak minum air banyak. Maklum saja lah, pi sana semata-mata nak training. So, tak nak ketinggalan banyak kelas gara-gara keluar ke toilet. Tiket bayar mahal tue. . .So, biarlah berbaloiiiiii. Then, sakit pon dapat. huhuhu. . . 

Semalam gagah jugak untuk jadi mc for Herbalife Opportunity Meeting kat K.Nerang. . .Disebabkan aku antara gen-H yang agak lama, tugas sebagai mc diserahkan kepada aku. Mulanya aku nak tolak, tapi cikgu kata buat saja. Apa pon aku tak ready, main rembat jaaaa. . .Kugagahi jua sebab tak nak kecewakan mana-mana pihak and aku rasa this is time for me to learn something. Memang aku belajar. . .Belajar dari pengalaman dan kesilapan untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan.

Hari ni, online ja keja aku. Bila buka facebook, banyak invitation dari member. Ramainya yang nak bertunang. . .Tak kurang yang nak mendirikan rumah tangga. .Alangkah bahagianya aku tengok. Timbul sedikit kecemburuan jauh di lubuk hati. . .Laju air mata mengalir di pipi. Bila demam macam nih memang aku terlalu sensatif. Tak pasal-pasal jaaaa. . .Adeiii. . .

Bila nak sampai turn aku pulak. . .Terus termenung jauh dan mendongak ke siling sambil berfikir. . .Adakah insan itu di luar sana? Kenapa lambat sangat nak datang? Mungkin naik kuda agaknya. . .haha. .gembirakan hati sendiri. Walaupon aku tersenyum bahagia, selalu belajar untuk sibukkan diri namun kadang-kadang aku cemburu tengok orang lain bahagia. Cemburu tengok orang lain sibuk tersenyum dengan handphone masing-masing, tersenyum tengok orang lain yang membebel apabila ada yang mengambil berat. Jauh di sudut hati kenapa tak aku ditempat itu?? Terkenang kembali kenangan lalu. . .Hanya itu yang mampu temani diriku.

Adeiiii. . .kenapa jiwang sangat malam nie?? Please laaaa. . .Mungkin belum tiba masanya. . .Ya ALLAH, walaupun bukan sekarang, namun doaku semoga yang terbaik engkau hantar untuk diriku. Aminnnn. . .

Itu saja untuk hari ini. . .Terasa letih sangat. . .Ya allah, aku bersyukur kerana engkau telah berikan kesakitan ini kepada diriku kerna dengan itu telah ku tahu engkau masih menyayangiku. . .

Wassalam . . .


No comments:

Post a Comment