Friday, January 11, 2013

Meeting at KN Nutrition . . .

Assalammualaikum w. b. t. . .

Malam nie just nak sharing pasal meeting tadi. Yang mengetuai meeting tue adalah cikgu Mahizal Azim dan cikgu Roshimah, selaku owner kelab KN. Nutrition. Meeting bermula jam 9.00 malam. Tapi aku saja datang awal sebab aku rasa down sangat sejak kebelakangan nih. Macam-macam yang aku fikirkan, kenapa ntah aku rasa sangat serabut. Meeting disertai oleh group dari kuala nerang jugak. Kakak Marfizah (World team), Shafizi (World team), Aku (Supervisor), Bangah (Senior Consultan) dan Hanip (distributor).

Meeting bermula dengan cikgu Azim bagitaw agenda atau perjalanan waktu SPECTACULAR nanti. Aku qualified untuk FRESHMAN CLASS, SUPERVISOR TRAINING dan jugak PARTY (tema malam tue 'Flying to Success'-nak pakai camna ek??adeeiiii). Alhamdulillah. . .qualified untuk event yang besar sangat mengharukan aku. Setahun sekali, maklum saja lah nama pun ulang tahun herbalife. Syukur padamu ya ALLAH. . .

Selepas agenda untuk spectacular, cikgu Azim membincangkan target untuk ke level seterusnya iaitu 'WORLD TEAM' and 'ACTIVE WORLD TEAM' but cikgu Azim lebih focus kepada active world team. Cikgu kata, bila kamu bole capai active world team, bisness kamu takkan jatuh. Active world team adalah tangga dimana kamu akan nampak bisness kamu berkembang sebelum ke level seterusnya. Focus dan plan semula cara kerja. Jadikan tahun nie lebih bermakna daripada tahun lepas.

Then, cikgu Azim suruh sharing pasal kerja untuk 10 hari yang lepas. Bermula dengan Shafizi (my sponsor) umur baru 21 tahun this year, but income around 3k-4k sebulan. Budak satu kampung jugak ngan aku. Terima kasih sebab tak pernah jemu ajar aku yang da tua nih, haha. . .Lepas Shafizi, giliran aku pulak sharing. Aku bagitaw yang aku agak slow sikit, 10 hari lepas. Tak taw kemana semangat tue hilang. Aku rasa macam aku tak dak group untuk sama-sama kerja. Sebab kat group KN. Nutrition mostly adik-adik yang lelaki berminat nak buat bisnes. Aku tak dak member perempuan. Aku rasa kurang selesa nak bergerak sama-sama mereka. Terus jatuh air mata. Cikgu Roshimah dan kakak Marfizah tengok aku nangis terus pakat menitiskan air mata sama-sama. Adussss. . .mintak maaf sangat-sangat. Sangat memalukan. Aku pon tak taw kenapa sejak kebelakangan nie cepat ja air mata nie jatuh. Then, aku dah tak boleh cakap apa-apa. Aku cuba tahan tapi tetap tak bole nak bercakap. Jujur aku katakan, aku sangat sayang this bisness sebab aku nampak masa depan aku dalam bisness neh. Cikgu Azim nasihatkan aku, "Naim bole menangis sekarang. . .Kurang semangat, jatuh bangun di herbalife. Cuma jangan stop!! Insyaallah, 5 tahun lagi naim akan menangis bila tengok income naim. Naim akan nangis time tue bila ingat balik semua nih. Percayalah. Saya dulu pon sama macam naim. 4 tahun lebih saya bertahan. Tengok income saya sekarang banyak mana. Insyaallah, cikgu yakin naim bole buat."

Terima kasih untuk cikgu Azim, cikgu Roshimah dan Kakak Marfizah sebab bagi aku semangat. Memang aku takkan berhenti dari this bisness. Aku yakin satu hari nanti semua impian aku akan jadi kenyataan. Cikgu Azim pesan, "Naim, lupakan yang dah lepas. Plan dan mulakan semula. Cikgu nak tengok kerja yang berterusan lepas nih. Bisness nie bisness kamu. Kamu yang letak income kamu. Kalau kamu nak income 10k, kerja ke arah itu lah."

Ya ALLAH, memang aku akui aku tak cukup kerja. Tak konsisten buat kerja. Mudah lemah semangat. Start dari hari esok aku akan bangun semula. Pagi esok aku ada fit club kat Tasik Jitra. Sambil-sambil bersenam, sambil-sambil buat kerja. Kerja di herbalife, very simple. Aku ja yang buat bagi complicated!! Lupakan perkara-perkara sampingan yang tak penting tue. Aku akan kerja sampai achieved target aku. This month mesti buat 2500vp!! Mesti jugak, ok!!

Ya ALLAH. . .Kuatkan aku. Permudahkan segala urusanku. Lapangkan hatiku. . .Luaskan rezekiMu ya allah. . .Semoga esok hanya akan ada perkara yang positif dan indah-indah sahaja. Aminnnnn. . . 


Wassalam . . .

No comments:

Post a Comment