Friday, January 18, 2013

Alhamdulillah. . .

Assalammualaikum w. b. t. . . 

Walaupon saki baki letih pada hari ini masih terasa, tapi terasa nikmat dan berbaloi sebab majlis yang telah dirancang berjalan lancar seperti yang dikehendaki. Syukur alhamdulillah kehadrat illahi. . .Tanpa izin dariNya siapa lah kita. Majlis yang disebut tadi adalah Mini HOM dan Birthday Party untuk bulan Disember lepas dan January tahun ini. Awal minggu sudah dirancang dengan teliti. Actually tak berapa teliti sangat laaa. . .sebab tak pernah handle majlis-majlis cam neh. Rasa tak percaya pulak boleh buat. Kata kak Shima, try ja mula. Apa yang penting adalah berani untuk bermula. Berani menempuh kegagalan. . .Kalau tak, sampai bila-bila pon kita tak taw tahap kita di mana.

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran kami semua telah berjaya melaksanakan majlis ini. Walaupon kami hanya seramai 5 orang saja, tapi semua kerja dibuat bersama-sama. Letih dan penat dikongsi bersama. Menu yang dirancang adalah bihun goreng, buah-buahan, cucoq, air teamix herbalife. Aku turut sponsor keropok sebagai makanan sampingan. Sehari sebelum majlis kami berkumpul dan berbincang sekali lagi. Dan gambaq di bawah adalah hasilnya. hahaha. . .Herbalife is SIMPLE, FUN and MAGICAL.

Love my new family in HERBALIFE. . .

Tiba pada hari yang sepatutnya iaitu hari ini, sedari pagi kami berkumpul untuk mengemas kelab dan rehearsal sikit-sikit untuk melancarkan perjalanan majlis. Aku selaku mc memang dari semalam dah susun skrip. Panjang lebar tulis, yang rehearsal nya belum. Agak takut dan gemuruh juga memandangkan ini merupakan kali pertama aku nak jadi mc untuk majlis macam neh. Tapi bila ramai yang support aku rasa sedikit rilex walaupon disudut hati aku, hanya ALLAH yang tahu. Tapi, aku akan redah untuk bermula. Aku yakin aku boleh buat.

Majlis dimulakan dengan aku memperkenalkan diri, bercerita serba sedikit tentang company dan product herbalife. Terus masuk kepada testimoni dan pendapatan distributor herbalife. Seterusnya, aku pon menjemput International World Team Member Shafizi Shamsuddin (merangkap upline aku) sebagai guest speaker untuk sharing dengan tetamu yang hadir. Aku sangat terkedu bila dengaq sharing daripada Shafizi. Start buat bisness dari umoq 19 tahun. Sudah 1 tahun setengah consume herbalife. Last month income rm3500 dan telah melancong ke 3 buah negara dengan herbalife. Singapore, Macau, Hong Kong. Sangat luarrrbiasaaa. . . (Aku nak piiii jugak!! Uwaaaaa) Why herbalife beliau juga sangat menarik. Buat herbalife sebab taknak berjauhan dari family, nak bawak mak ayah tunaikan haji dengan duit herbalife, nak sponsor kawan-kawan main bola, nak melancong ke seluruh dunia dan nak buktikan orang yang tak skolah tinggi pon mampu pegang duit banyak!! Very inspired, right??

Lepas dah dengar sharing daripada Shafizi, kami juga ada sedikit recognition untuk senior consultant (35%), untuk success builder dan Qualified Producer (42%), dan lastly new supervisor (50%). Get Team Rosimah Saad telah dijemput untuk memberi sijil kepada sesiapa yang telah pon qualified. After that, kami ada sedikit cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Alhamdulillah. . .Lepas ja cabutan bertuah kami terus potong kek dan ajak semua orang untuk makan-makan. 

Lastly, sebelum kami makan kami adakan sesi bergambaq sebagai kenang-kenangan. Dan. . .inilah suasana nya. . . Hasil daripada event hari nih. . .Terima kasih kepada semua yang hadir untuk menceriakan majlis.

 Muka-muka ceria di KN Nutrition. . .(aku dibelakang, tak sedaq diri tue rendah. . . =)

 Alhamdulillah. . .Banyak pelajaran kami belajaq hari nih. Segala kelemahan mestilah dari diri kami sendiri. Segala yang baik-baik tentulah dari ALLAH s.w.t. Insyaallah. . .segala kekurangan kami akan jadikan pengalaman untuk mematangkan kami dan kami akan cuba perbetulkan di masa hadapan. Dan selepas ini kami akan rancang untuk next punya event. Antara plan yang dah dirancang adalah kami akan adakan Majlis Bacaan Yassin ataupon tahlil, Mega Shake Party, dan jugak Fruit Party. Itu ja yang telah disuarakan setakat ini. Insyaallah, kami akan plan lagi di masa hadapan untuk semua orang di Kuala Nerang. Doakan kami. . .semoga dapat bantu orang sekeliling menjadi lebih sihat dan dapat memberi sedikit sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Go!!Go!!! Aminnnn. . .

Wassalam . . .

No comments:

Post a Comment